Saturday, 16 March 2013

My skincare routine (days)

Assalamualaikum. Daku tahu kulitku tidaklah semulus mana untuk berkongsi rahsia penjagaan kulit sehari-hari. Namun, hati ini sering meronta-ronta meminta si puan punya hati untuk membuat entry ini. Daku juga pernah menyimpan impian untuk menjadi vlogger sepertimana bubzbeauty namun ianya hanya tinggal sebagai kenangan.

1. Cuci muka


Bangun pagi gosok gigi dan cuci muka. Cuci muka kalau boleh jangan lebih dari dua kali sehari. Dulu, aku selalu berasa pelik kenapa biasanya insructions kat pencuci muka tu cakap "cuci muka dua kali sehari". Aku cam bialah aku nak cuci banyak-banyak kali pon since muka aku ni berminyak kan. Tsktsktsk. Salah uolls! Kita tak boleh cuci muka dengan pencuci muka banyak-banyak kali, kalau cuci muka dengan wudhuk banyak-banyak kali baru boleh hekhek. Ini kerana minyak kat muka kita tu sebenarnya berfungsi sebagai pelembap untuk memberi kelembapan kepada kulit kita. So bila cuci muka banyak-banyak kali, kulit kita akan menjadi terlalu kering. Oleh itu, untuk mengekalkan kelembapan kulit, minyak akan keluar lagi banyak dan kulit kita akan lagi berminyak!

2. Toner


Selepas cuci muka, kita pakai toner. Wa begitu suci meja study aku, tenang hidup hekhek. Toner fungsinya adalah untuk mengecilkan liang-liang roma. Aku suka guna botol yang ber-spray sebab aku akan rasa fresh di muka. Boleh dibeli kat watsons atau guardian pastu letakla toner dalam botol tu.

3. Moisturizer


Memang aku sengaja letak gamba tak sharp sebab kalau tak nanti akan kelihatan urat-urat tangan hekhek. Fungsi moisturizer ni adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Oleh itu, selepas cuci muka dengan pencuci muka, cepat-cepat pakai toner dan moisturizer supaya kelembapan kulit akan kekal. Oleh itu juga, minyak takde la nak keluar banyak-banyak sebab kulit dah pon dilembapkan dengan toner dan moisturizer. Moisturizer yang aku pakai ni oil-based, aku tak sabar nak tunggu ianya habis sebab nak cuba moisturizer yang water-based pulak. Sepertimana yang aku baca, moisturizer yang water-based akan lebih selesa dipakai sebab tak berminyak.

4. Limau nipis


Tips ni aku dapat dari sorang pakcik. Dia cakap perahkan limau nipis kat kapas dan sapu kat muka 20 minit sebelum mandi. Kita akan berasa gatal-gatal kat muka. Since ianya senang untuk dibuat dan kedengaran seperti menjadi untuk merawat resdung, aku pon buatlah tapi malangnya muka aku tak gatal-gatal pon. Walaubagaimanapun usah kecewa, selepas lima hari mencubanya, aku dapat berasakan kulit muka aku semakin lembut maka aku meneruskanlah usaha ini. Sekian sahaja. Assalamualaikum dan sweetsweetsweet dreams :)

Friday, 8 March 2013

Berjerawat I

Assalamualaikum. Menengok Beto di kaca tv3 sambil berblog memang dua perkara yang menggembirakan hati. hekhek. Namun begitu, tujuan utama saya pada malam ini bukanlah untuk mempromosikan Beto. hekhek (lagi).

Another tips for penjerawat-penjerawat tegar mahupon bukan.

1. Berpantang

Berpantang memang sangat-sangat penting bagi penjerawat tahap ketiga. Maksud berpantang adalah menahan diri dari makan benda yang membuatkan kita alergik. Masa jerawat aku di tahap ketiga dulu, memang aku berpantang. At least takde la nampak muka cam monster sangat kan. Kesannya pon memang memberangsangkan tapi yang penting kena bersabar sebab kesannya bakal kelihatan dalam 5-6 bulan mungkin. Mesti korang cam "sampai bila aku nak berpantang dan hanya mahu melihat makanan-makanan itu". Jangan risau, jerawat kita bakal berkurangan dari tahap ketiga ke tahap kedua. Oleh itu, bolehla kita makan makanan itu apabila jerawat kita semakin berkurangan tapi mesti dalam kadar sedikit. Kalau boleh elak, elakkanlah.

2. Tidur

Salah satu sebab utama kulit berjerawat adalah disebabkan hormon yang tak stabil. Antara sebab hormon tak stabil adalah stress. Antara sebab stress adalah banyak kerja dan tak cukup tidur. Oleh itu, pastikan kita tidur sekurang-kurangnya 5 jam satu malam. Bila kita cukup tidur, hormon kita takdela menggila tak tentu arah dan akan menjadi lebih stabil. It's like hormone goes back to the right places with the right roles. Selain itu, pastikan waktu jam tidur kita adalah normal, mungkin dari pukul 12 malam ke 5 pagi (?). Ini adalah kerana, waktu-waktu beginilah kulit kita akan aktif ber-regenerate.

3. Terima teguran

Memang annoying bila ada orang tegur pasal muka kita. Rasa macam nak larik je dari perbualan yang sedang berlaku itu pastu akan rasa down satu hari. Itulah yang berlaku kat aku dulu-dulu. Walaubagaimanapun, teguran mereka bukanlah sekadar omong kosong sahaja. Sudah tentu tujuan utama mereka-mereka yang menegur kita adalah kerana mereka prihatin dan mahu menolong. Macam-macam tips yang aku dapat, letak daun jambu batu la, kunyit la, kulit kayu manis la dan sebagainya. Look at the bright side girls. Mungkin salah satu dari tips yang diberikan oleh mereka sebenarnya sesuai dengan kulit kita. Ianya seperti Allah menghantar mereka untuk membantu kita menyelesaikan masalah kita. Haiz, unfortunately i was too young to realize that. Cewah! Babai :)

Sunday, 3 March 2013

Review A Gentleman's Dignity

Assalamualaikum. Hari tu aku bosan. Aku mesej kawan aku "weh hang suggest kat aku drama korea apa yang best, nak yang romantik!". Kawan aku pon balas "a gentleman's dignity, flower boy next door, scent of a woman." Scent of a woman aku dah tengok tapi separuh jalan. Aku cam tak boleh buat keputusan nak pilih a gentleman's dignity ke flower boy. Pastu aku godek-godek video kat youtube, rata-rata komen kata gentleman's best. Aku tengok hero ia tak hensem pon, tua plak tu, muka cam cengkung je. Best ke cite ni? Tapi aku pon mencuba nasib.


"Cerita ini mengisahkan kisah cinta empat orang sahabat. Kesemua lelaki. Berumur 41 tahun. Berkawan semenjak dibangku sekolah lagi. Masing-masing mempunyai karakter yang berbeza-beza. Si hero merupakan seorang yang playboy.
Si heroin ni dah lama suka kat Tae San (kawan si hero) tapi dalam diam je. Masa si heroin ni nak meluahkan perasaan kat Tae San, Tae san plak mintak nombor phone kawan si heroin dan dorang start dating. Si hero plak mestilah suka kat si heroin kan. Pada mulanya, si heroin tak suka kat si hero. Dan bermulalah momen-momen sweet si hero nak mengorat si heroin. Dalam pada itu, ada seorang remaja yang datang ke korea untuk mencari ayahnya."
Aku bagi bintang 4.5/5. 0.4 sebab bosan. Disebabkan aku tak berminat dengan kisah cinta tiga orang lelaki selain daripada si hero, itu yang menyebabkan sedikit bosan. Kalo sampai turn kisah cinta dorang, aku skip je. Aku tengok kisah cinta si hero je.

Si hero dan heroin ni memang ada chemistry. Babak romantik dorang membuatkan hati aku berbunga-bunga. No wonder la si hero ni salah satu aktor yang dibayar mahal. Oh! 0.1 lagi aku salahkan mekap atau lighting. Kesian my hero nampak cam terlebih putih dan buruk sedikit tapi tetap hensem. Ceh! mula-mula bukan main lagi cakap buruk la, apa la, tula suka sangat judge orang kan. Aih walaupon aku ni perempuan, aku tetap jeles, umur dah 41 tahun pon still attractive and charming lagi. Tak tak tak. Ini semua hanya gara-gara gaya rambut, takde belly and karakter dia yang berkeyakinan itu.

Satu kelainan drama ni adalah prologue. Macam pembuka cerita setiap episod. Mengisahkan friendship dorang. Sweet sangat! Dan kelakar. Ah! salah seorang pelakon drama ni Soo Ro. Sama je cara dia bercakap dalam drama dengan Family Outing. LOL.

Saturday, 23 February 2013

Review Faith the Great Doctor


Assalamualaikum :)

Tidak kurang seminggu lagi cuti semester bakal berakhir. Oleh itu, marilah kita menghabiskan sisa-sisa cuti semester ini dengan melakukan marathon movie dan drama sebelom anda menyesal. Sudah lama rasanya saya tidak menonton drama korea kerana agak kecewa dengan storyline mereka. Tetapi drama korea faith the great doctor yang dilakonkan oleh Lee Min Ho ini merubah segala-galanya. hekhek.


"Apa lagi yang mahu dikatakan. Sudah tentu tarikan utama saya menonton drama ini adalah kerana si hero utama. Pada mulanya saya tidak begitu tertarik untuk menonton drama ini kerana saya merasakan storyline ia hanya so-so atau membosankan tambahan lagi ianya adalah drama dulu-dulu. Walaubagaimanapun, ternyata tekaan saya salah sama sekali.
Storyline ia sangat mantap! Begini ceritanya, Korea pada masa itu merupakan salah satu negara jajahan China. Raja China mengahwinkan puteri baginda dengan putera Korea. Walaubagaimanapun, ada pihak lain yang ingin merampas takhta Raja Korea. Oleh itu, mereka melakukan pelbagai cara termasuklah ingin membunuh Raja dan Permaisuri Korea dan Permaisuri Korea itu cedera teruk dibahagian leher.
Doktor yang kacak pada masa itu menyatakan mustahil bagi beliau untuk merawat permaisuri Korea kecuali jika terdapat 'Doktor Tuhan'. Penasihat Raja menyatakan bahawa menurut cerita dulu-dulu memang terdapat 'Doktor Tuhan'. Ini kerana terdapat satu pintu ajaib yang akan terbuka pada satu-satu masa dan 'Doktor Tuhan' itu masuk kedalam pintu ajaib itu dan tidak pulang-pulang.
Oleh itu, kerana setia kepada Raja dan negara, Min Ho yang merupakan seorang pahlawan pada masa itu masuk kedalam pintu ajaib untuk mencari 'Doktor Tuhan' dan berjumpa dengan si heroin yang merupakan seorang doktor di tahun 2012. Min Ho membawa balik si heroin ke zaman beliau. Dan bermulalah kisah cinta mereka".

Tapi bagi aku, kalo nak expect kisah cinta mereka yang jiwang-jiwang, takde la sangat sebab drama ini banyak berkisar tentang politik. Tentang pihak yang ingin merampas takhta Raja Korea dan bagaimana Min Ho berjuang untuk mempertahankannya. Memang sangat menarik! Aihhh Min Ho memang sangat charming dalam drama ni dengan tahap keyakinan yang sangat tinggi.

Cinta? Mestila ada kisah cinta antara mereka berdua, kalo tak, akan bosanla cerita ini cuma aku tak ingat da. Dah lama tengok cite ni haha. Dan kisah cinta antara Raja dan Permaisuri tu pon agak comel jugak. Untuk mempertahankan takhta Raja, si heroin pon terpaksa melalui kesengsaraan yang agak perit. Bayangkan terpaksa hidup di zaman purbakala, aih mestila rasa cam nak balik! Nak melalui hidup yang normal di tahun 2012. Dan ending ia walau agak mengelirukan tetapi sangat menarik.

Emmm yang kurang dari cite ni mungkin probs, aku tak dapat merasakan aura hidup pada zaman dahulukala. Tak macam cite Hong Kong yang kungfu tu, pergh memang dapat aura kehidupan dahulukala. Pastu Min Ho punya watak still tak boleh lari dari watak Jun Pyo dia tu. Apa-apa pon, aku bagi bintang 4.7/5. 0.3 sebab salah probs. Salah Min Ho dimaafkan sebab masa ending dia sangat hensem haha. Oh! kalau nak cerita romantik-romantik aku cadangkan A Gentlemans' Dignity. It's review's coming :)

Thursday, 14 February 2013

Berjerawat

Sempena hari raya cina pada tahun ini, saya dengan baik hati pergi menemani mek ke pasar tani untuk membeli barang-barang. Ketika saya dan mek berjalan kesana dan kemari untuk membeli barang-barang, saya terlihat muka seorang remaja yang dipenuhi jerawat. Saya boleh klasifikasikan jerawat beliau dalam tahap ketiga dimana ianya adalah tahap yang paling teruk. Ini mengingatkan saya kepada diri saya yang dulu kerana saya pernah mengalami masalah itu. Kalaulah saya dan beliau boleh berbicara dari hati ke hati, pasti kami akan menjadi kawan baik dengan automatiknya. Walaubagaimanapun, biarlah saya sampaikan bicara ini melalui blog sahaja. Saya sampaikan sedikit tips bagi anda-anda yang mengalami jerawat tahap ketiga. Ingat! tahap ketiga sahaja ok!

1. Doktor

Berjumpa dengan doktor. Aku sangat-sangat-sangat menggalakkan korang pergi berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Aku pernah pergi jumpa doktor masa zaman matrik. Memang sembuh la jerawat aku tapi korang kena banyak bersabar sebab kesannya akan nampak dalam masa 6 bulan camtu. Dengan kesabaran yang menggunung-ganang ni dan jerawat aku sudah sembuh sepenuhnya seterusnya aku bebas dari menggunakan pencuci muka yang diberi oleh doktor, aku pon beralih la kepada produk T** A*****. Malangnya, kesabaran aku yang aku simpan selama berbulan-bulan hancur begitu sahaja. Jerawat aku tumbuh balik! Moral of the story jangan guna produk ITU!

2. Bekam

Aku pernah cuba berbekam masa kat uni masa sem 3 ke 4 sebab kawan yang ajak. Seronok! Masa mula-mula tu rasa cam takut gak tapi ok je. Tak sakit pon. Aku cuba yang RM5 dan RM15. Dan memang logikla kan yang mahal lagi best. Fungsi berbekam adalah nak buang darah kotor. Salah satu faktor yang menyebabkan jerawat adalah banyak sangat kekotoran dalam badan kita. Oleh itu, berbekam adalah salah satu cara untuk membuang kekotoran dalam tubuh anda. Disamping itu, makcik bekam dan google cakap ianya adalah sunnah nabi. Walaubagaimanapun, kesasihannya tidak dikenalpasti sebab aku tak jumpa buku yang menyatakan begitu sebab aku ni yang kurang membaca. Aku pasti mencubanya lagi bila kewangan aku dah kukuh hekhek.

3. Air

Disebabkan berjumpa dengan doktor dan berbekam ni agak leceh kerana kita perlu pergi ketempat kejadian dan memerlukan $$$. Meh aku cadangkan cara yang agak senang. Air ini sangat penting dalam kehidupan kita-kita yang mengalami masalah kulit ini. Ini disebabkan oleh kekotoran dalam badan kita tidak tahu bagaimana ingin keluar dari badan kita maka terjadilah jerawat. Oleh itu, pastikan anda meminum air 8 gelas sehari sekurang-kurangnya maka kekotoran dari tumbuh kita akan keluar melalui 'membuang'. Korang perasan tak yang korang-korang yang ada masalah kulit ni ada masalah nak 'membuang' jugakkan so salah satu cara untuk selesaikan kedua-dua masalah adalah dengan minum air banyak-banyak. Oleh itu, jom minum air masak banyak-banyak!

4. Ubat jerawat

Aku percaya ubat jerawat juga memainkan peranan penting untuk sembuhkan jerawat. Aku pernah cuba produk cosmoderm dan kesannya sangat memuaskan hati tetapi disebabkan ubat itu susah untuk dijumpai, aku pon cubalah pula ubat jerawat oxy. Kesannya lebih kurang sama sahaja. Oleh itu, korang boleh cuba mana-mana yang berkenan dihati.

5. Sabar

Yang paling penting kita perlu bersabar kerana ianya tidak akan sembuh dalam sekelip mata sahaja. Aku mengaku ada je yang cepat sembuh masalah jerawat dorang dan ada jugak yang tak sembuh-sembuh macam aku. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu sedih berduka lara kerana bukan anda seorang sahaja yang mengalami masalah itu. Jika anda berasa kesorangan, saya ada disini menemani anda. Ianya merupakan salah satu proses dalam kehidupan dan pengalaman yang amat berharga. Saya percaya 10tahun akan datang, kita akan menoleh kebelakang dan berbangga dengan diri kita kerana berjaya menempuh dugaan yang diberikan oleh Allah ini dengan baik sekali dan tersenyum. Cewah! Sekian sahaja tazkirah di petang hari ini. Dan yang paling penting jangan tinggal solat! Assalamualaikum :)

Thursday, 7 February 2013

Keyakinan

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh:)

Hari ini saya dengan hati yang terbuka ingin berkongsi satu video mengenai keyakinan. Sedang saya menggodek-godek video di youtube, isi dari video ini begitu menyentuh perasaan saya. Bagi anda-anda yang tidak suka melihat video atau line internet anda tidak semaju mana sama seperti saya, janganlah risau bergundah-gelana kerana saya ada disini membantu anda. Walaubagaimanapun, untuk kepuasan yang maksima silalah dengar sendiri video ini kerana maksudnya lebih sampai dan tidak semua dicatitkan. http://www.youtube.com/watch?v=GT9DeDNba9c

Here we go!

1. Kita kena tahu apa yang membuatkan kita tak yakin dengan diri kita dan kekurangan kita dan cuba perbaiki kekurangan itu.
  • Kita memang takkan suka 100% tentang diri kita termasuklah orang yang kita sangka sempurna sekalipun.
  • Setiap orang mempunyai kekurangan. Kita kena ingat yang "kekurangan-kekurangan itulah yang membuatkan diri kita" ("it always flaws that put together that makes you,YOU")
  • Dapatkan buku dan pen dan senaraikan apa-apa sahaja yang kita tak suka tentang diri kita dan kenapa kita tak suka dan bagaimana nak perbaikinya.
  • Ramai yang tidak selamat (insecure) tentang diri mereka tetapi tidak cuba berusaha memperbaikinya.
  • Kita satu-satunya orang yang boleh memperbaikinya. Kita tidak boleh hanya berduka-lara dan mengharapkan orang lain yang memperbaikinya.

2. Jangan berasa kesian kepada diri sendiri.
  • Kenapa kita mesti berasa kesian dengan diri sendiri dan merendah-rendahkan diri? Apa yang membuatkan kita fikir kita tidak cukup bagus? Apa yang salah tentang diri kita? Itu semua tuhan yang beri, ibu kita yang beri. Kita mesti menerimanya.
  • Duduk dan berduka-lara dan membenci diri sendiri tidak akan membuatkan kita orang yang lebih baik dan tidak akan menambahkan keyakinan diri.
  • Sudah cukup media massa dan orang-orang tertentu membuatkan kita berasa kesian dengan diri kita, tidak kita sendiri.
  • "Saya tahu ia sangat susah tetapi mulalah dari hari ini untuk menerima diri sendiri"

3. Jangan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain.
  • Dimana-mana sahaja terdapat orang yang lebih bagus dari kita dan yang lebih teruk dari kita walaupon kita berusaha sekuat mana untuk menjadi sesempurna yang mungkin.
  • Kita hanya perlu mencari kepuasaan untuk diri sendiri.
  • Kita tidak perlu membandingkan diri dengan orang lain kerana orang itu tidak akan menjadi kita dan kita takkan menjadi orang itu. Oleh itu, ianya hanyalah sia-sia untuk membandingkan diri.

Yang terakhir keyakinan membuatkan kita seksi! :)

Sunday, 3 February 2013

Rahsia

Pada suatu hari ...


Kawan : "Weh mu nok tahu so rahsio dok?" 
             (Oit kau nak tahu satu rahsia tak?) 

 Aku : "Gapo gapo gapo? Aku meme tok leh dengar 
         rahsio-rahsio ni gak. Nok tahu slaluh." 
        (Apa apa apa? Aku memang tak boleh dengar 
        rahsia-rahsia ni. Nak tahu (in instant))

Anda nampak tak aura keterujaan si 'aku' bila terpacul perkataan rahsia daripada mulut si 'kawan'? Memang teruja bebeno. Teruja dari segi mental dan fizikal. Hekhek. Dan tiba-tiba si 'aku' diberikan hidayah dan terfikir ... "kalau aku tahu atau tak tahu pasal rahsia sidia sidie sidio pon, ia sebenarnya tidak memberi kesan apa-apa pon dalam hidup aku, hmmmm. Tahu tak tahu sama jew."

Kan? Mungkin ramai yang sedar tentang hakikat ini dan mungkin ramai jugak yang tidak sedar. Oleh itu, si 'aku' meyeru diri si 'aku' terutamanya dan mungkin anda diluar sana supaya mengurangkan keterujaan yang berkemungkinan besar bakal menambahkan dosa-dosa yang sudah sedia banyak itu. Dan mana tahu suatu hari nanti keterujaan ini bakal dihapuskan dengan sepenuhnya. Hekhek. Assalamualaikum :)

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...