1. Cuci muka
2. Toner
Selepas cuci muka, kita pakai toner. Wa begitu suci meja study aku, tenang hidup hekhek. Toner fungsinya adalah untuk mengecilkan liang-liang roma. Aku suka guna botol yang ber-spray sebab aku akan rasa fresh di muka. Boleh dibeli kat watsons atau guardian pastu letakla toner dalam botol tu.
3. Moisturizer
Memang aku sengaja letak gamba tak sharp sebab kalau tak nanti akan kelihatan urat-urat tangan hekhek. Fungsi moisturizer ni adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Oleh itu, selepas cuci muka dengan pencuci muka, cepat-cepat pakai toner dan moisturizer supaya kelembapan kulit akan kekal. Oleh itu juga, minyak takde la nak keluar banyak-banyak sebab kulit dah pon dilembapkan dengan toner dan moisturizer. Moisturizer yang aku pakai ni oil-based, aku tak sabar nak tunggu ianya habis sebab nak cuba moisturizer yang water-based pulak. Sepertimana yang aku baca, moisturizer yang water-based akan lebih selesa dipakai sebab tak berminyak.
4. Limau nipis
Tips ni aku dapat dari sorang pakcik. Dia cakap perahkan limau nipis kat kapas dan sapu kat muka 20 minit sebelum mandi. Kita akan berasa gatal-gatal kat muka. Since ianya senang untuk dibuat dan kedengaran seperti menjadi untuk merawat resdung, aku pon buatlah tapi malangnya muka aku tak gatal-gatal pon. Walaubagaimanapun usah kecewa, selepas lima hari mencubanya, aku dapat berasakan kulit muka aku semakin lembut maka aku meneruskanlah usaha ini. Sekian sahaja. Assalamualaikum dan sweetsweetsweet dreams :)
No comments:
Post a Comment