Friday, 24 May 2013

Resepi Tomyam

Assalamualaikum. Ada satu perkataan yang melambangkan bulan 5 tahun 2013 iaitu penat. Kalau tiga perkataan, perkataannya ialah penat nak mampuih. Oleh itu, marilah kita mereleasekan kepenatan kita ini dengan memasak. Wah release penat dengan memasak. Kelas ko kilah. Aku ada satu resipi tomyam. Memang sedap gilak r kalo korang try masak tomyam guna resipi ni ehek!

Masa aku kecik-kecik dulu, hati kecilku selalu berkata-kata "mesti susah gile nak masak tomyam sedap macam ni". Masa aku bercuti kat rumah kakak aku tahun lepaih ke dua tahun lepaih, kakak aku ada ajar aku masak tomyam sebab bila dia suh aku masak, aku akan cakap "tak pandai masak!" dengan selambanya. Bila dia ajar, rupa-rupanya senang sangat aih nak masak tomyam ni! Anda hanya memerlukan 9 bahan sahaja.

1. Bawang putih
2. Bawang merah
3. Serai
4. Daun limau purut
5. Cili
6. Perencah tomyam adabi
7. Ayam/Sotong/Udang
8. Sayuran
9. Air

Cara-cara memasak:
  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili bagi hancur guna mortar and pestle.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ini ikut turutan (bawang putih, bawang merah, cili).
  3. Bila dah wangi semerbak, masukkan bahan utama iaitu ayam/ sotong/ udang. Biarkan sebentar sambil kacau-kacau sikit. (lol korang taukan kacau maksudnya apa, kacau in bahasa bangku pon kacau jugak kan?)
  4. Masukkan air secawan atau dua cawan (ikut sukahati).
  5. Masukkan serai yang telah diketuk, daun limau purut, perencah tomyam adabi (adabi punya perencah memang the best!) dan sayuran.
  6. Jangan lupa masukkan garam dan ajinomoto. Biasanya ajinomoto ini adalah senjata rahsia masakan aku haha.

Ini namanya sotong tomyam banjir. Nanti bila malas menguasai diri, boleh makan kuah dengan teloq goreng. yumyum :D Perencah tomyam tinggai sikit sahaja tapi letak air banyak-banyak so nampak cayaq tapi sedap je. Tengokla sapa masak. Ok babai assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...