Monday, 6 May 2013

Mengundi

Assalamualaikum. Tahniah kepada yang menang PRU13. Jangan emo-emo pada yang kalah. Bak kata Ustaz Pahrol:
Yang menang, tunaikanlah amanah dan janji... 
Yang kalah, usah menunggu kuasa untuk berjasa dan berbakti... 
Yang masih belum berpuas hati, tuntutlah keadilan dengan berhati-hati 
Jelas sekali jalur siasah perlukan dukungan dakwah dan tarbiah. 
Yang 'jauh' kita dekati dengan dakwah. 
Yang 'dekat' kita perkukuhkan dengan tarbiah. 
Di Taif, Allah menunjukkan ada zuriat Islam dalam perut Jahiliah. 
Di Uhud, ada gamitan dunia yang menggugat keikhlasan mujahadah. 
Di Hunain, ada kebanggaan yang menyekat nusrah dan barakah. 
Jika kita belum upaya memindahkan pemerintahan kepada iman...mari terus berusaha memindahkan iman kepada pemerintahan. 
Dan alangkah indahnya jika kita usahakan kedua2nya sekali! 
Dengan pujuk kasih sayang... bukan dengan amuk kebencian. 
Mungkinkah kerana belum teguh keikhlasan? Atau belum kukuh kebijaksanaan? Atau kedua2nya sekali? 
Tidak ada istilah kalah di jalan Allah.
Baca banyak-banyak kali dan sematkan dalam hati (Sakilah,2013). Lembut sungguh kata-kata Ustaz. Terus aku admire giteww.

Aku menghabiskan masa dengan mek aku tiga hari sahaja. Tiga hari dalam satu sem je bak hang. Kalaulah sel-sel research aku tau, mesti dorang da bagi keputusan yang memberangsangkan dah. Tapi aku fikir, mereka tidak tahu. Nasib baik ada cuti mengundi, kalau tak memang asyik nak emo jela aku sem ni eheks! Nilah sebab utama aku excited gile nak balik mengundi eheks (lagi). Senyum kawan-kawan, senyum :) Jangan emo sangat :)

First-timer mengundi, seronok bak hang. Sebab kedua aku excited gile nak mengundi, perantau-perantau dapat duit kot. RM350 kalau korang amek dua-dua parti la kan plus korang perantau dari KL ke Kelantan. Tapi nampak cam impossible la nak dapat RM350 sebab kat tempat aku tu, salah satu parti kena angkat sumpah giteww baru dapat duit. Kelas ko jah.

Ha! Aku rasa seperti orang penting kot pada hari itu. Penting kepada Negara, Agama, Bangsa, Perdana Menteri, Tok-tok Guru dan tok-tok wakil. Bila lagi nak feeling-feeling penting kepada orang penting macam tu lagi kan. 5 tahun sekali je pon. Rugila bak hang kat sape-sape yang dah cukup umur tapi tak daftar mengundi lagi. Nak jadi orang penting dah tak mampu dah, feeling-feeling macam ni pada hari mengundi je yang mampu hekhek. Alah bukannya susah sangat pon, korang pi pejabat pos yang berdekatan dan cakap saya nak daftar mengundi! Ha senang bukan (padahal akunya, ketua kampung tolong daftarkan, kalau tak, tak wujudnya entry ni). Jangan tunggu last-last minute uolls, kalau bleh pegi terus lepas baca entry ni. Kawan aku yang daftar bulan 1 hari tu pon tak sempat mengundi semalam. Rugi-rugi.

Sebenarnya, aku nak buat pengakuan, bahawasanya aku ni adalah noob dalam bidang politik a.k.a lalang yang berakar juga. Kalau diminta berdebat sah-sah kalah. Ataupon, aku end up join parti yang ajak aku berdebat tu haha. Tapi macam aku cakap tadi, aku ni lalang berakar so still teguh kepada satu parti sahaja. Dan perasaan semalam tika MENUNGGU keputusan diumumkan, perasaan aku bercampu-baur. Aku tak sangka selalang-lalang aku ni pon, telah berperasaan begitu. Susah betol aku nak explain cane perasaan aku semalam, hanya orang-orang yang mengundi sahaja boleh tahu perasaan yang telah aku rasa itu. Cewahh! So cepat-cepat daftar mengundi. Sembang kencang tapi tak mengundi, tak macho tak cun la uolls.

2 comments:

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...