Assalamualaikum. Menengok Beto di kaca tv3 sambil berblog memang dua perkara yang menggembirakan hati. hekhek. Namun begitu, tujuan utama saya pada malam ini bukanlah untuk mempromosikan Beto. hekhek (lagi).
Another tips for penjerawat-penjerawat tegar mahupon bukan.
1. Berpantang
Berpantang memang sangat-sangat penting bagi penjerawat tahap ketiga. Maksud berpantang adalah menahan diri dari makan benda yang membuatkan kita alergik. Masa jerawat aku di tahap ketiga dulu, memang aku berpantang. At least takde la nampak muka cam monster sangat kan. Kesannya pon memang memberangsangkan tapi yang penting kena bersabar sebab kesannya bakal kelihatan dalam 5-6 bulan mungkin. Mesti korang cam "sampai bila aku nak berpantang dan hanya mahu melihat makanan-makanan itu". Jangan risau, jerawat kita bakal berkurangan dari tahap ketiga ke tahap kedua. Oleh itu, bolehla kita makan makanan itu apabila jerawat kita semakin berkurangan tapi mesti dalam kadar sedikit. Kalau boleh elak, elakkanlah.
2. Tidur
Salah satu sebab utama kulit berjerawat adalah disebabkan hormon yang tak stabil. Antara sebab hormon tak stabil adalah stress. Antara sebab stress adalah banyak kerja dan tak cukup tidur. Oleh itu, pastikan kita tidur sekurang-kurangnya 5 jam satu malam. Bila kita cukup tidur, hormon kita takdela menggila tak tentu arah dan akan menjadi lebih stabil. It's like hormone goes back to the right places with the right roles. Selain itu, pastikan waktu jam tidur kita adalah normal, mungkin dari pukul 12 malam ke 5 pagi (?). Ini adalah kerana, waktu-waktu beginilah kulit kita akan aktif ber-regenerate.
3. Terima teguran
Memang annoying bila ada orang tegur pasal muka kita. Rasa macam nak larik je dari perbualan yang sedang berlaku itu pastu akan rasa down satu hari. Itulah yang berlaku kat aku dulu-dulu. Walaubagaimanapun, teguran mereka bukanlah sekadar omong kosong sahaja. Sudah tentu tujuan utama mereka-mereka yang menegur kita adalah kerana mereka prihatin dan mahu menolong. Macam-macam tips yang aku dapat, letak daun jambu batu la, kunyit la, kulit kayu manis la dan sebagainya. Look at the bright side girls. Mungkin salah satu dari tips yang diberikan oleh mereka sebenarnya sesuai dengan kulit kita. Ianya seperti Allah menghantar mereka untuk membantu kita menyelesaikan masalah kita. Haiz, unfortunately i was too young to realize that. Cewah! Babai :)
Friday, 8 March 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keperluan ke Hospital (improvised version)
Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...
-
Hai & assalamualaikum. Best jugak kalo dapat menyirup se- sip kopi pagi-pagi ni sambil menulis blog. Mungkin lain bezanya perasaan...
-
Assalamualaikum dan hai. Entry kali ini takde intro haha harap maklum. Pusing memikirkan rasa macam nak pakai shawl je tapi tudung bawa...
-
Assalamualaikum. Memanglah nampak seperti rm5k tu jumlahnya banyak untuk satu semester. Tapi kalau dah namanya duit. Pasti mengalir laju bak...
No comments:
Post a Comment