Thursday, 7 February 2013

Keyakinan

Assalamualaikum warahmatullahhiwabarokatuh:)

Hari ini saya dengan hati yang terbuka ingin berkongsi satu video mengenai keyakinan. Sedang saya menggodek-godek video di youtube, isi dari video ini begitu menyentuh perasaan saya. Bagi anda-anda yang tidak suka melihat video atau line internet anda tidak semaju mana sama seperti saya, janganlah risau bergundah-gelana kerana saya ada disini membantu anda. Walaubagaimanapun, untuk kepuasan yang maksima silalah dengar sendiri video ini kerana maksudnya lebih sampai dan tidak semua dicatitkan. http://www.youtube.com/watch?v=GT9DeDNba9c

Here we go!

1. Kita kena tahu apa yang membuatkan kita tak yakin dengan diri kita dan kekurangan kita dan cuba perbaiki kekurangan itu.
  • Kita memang takkan suka 100% tentang diri kita termasuklah orang yang kita sangka sempurna sekalipun.
  • Setiap orang mempunyai kekurangan. Kita kena ingat yang "kekurangan-kekurangan itulah yang membuatkan diri kita" ("it always flaws that put together that makes you,YOU")
  • Dapatkan buku dan pen dan senaraikan apa-apa sahaja yang kita tak suka tentang diri kita dan kenapa kita tak suka dan bagaimana nak perbaikinya.
  • Ramai yang tidak selamat (insecure) tentang diri mereka tetapi tidak cuba berusaha memperbaikinya.
  • Kita satu-satunya orang yang boleh memperbaikinya. Kita tidak boleh hanya berduka-lara dan mengharapkan orang lain yang memperbaikinya.

2. Jangan berasa kesian kepada diri sendiri.
  • Kenapa kita mesti berasa kesian dengan diri sendiri dan merendah-rendahkan diri? Apa yang membuatkan kita fikir kita tidak cukup bagus? Apa yang salah tentang diri kita? Itu semua tuhan yang beri, ibu kita yang beri. Kita mesti menerimanya.
  • Duduk dan berduka-lara dan membenci diri sendiri tidak akan membuatkan kita orang yang lebih baik dan tidak akan menambahkan keyakinan diri.
  • Sudah cukup media massa dan orang-orang tertentu membuatkan kita berasa kesian dengan diri kita, tidak kita sendiri.
  • "Saya tahu ia sangat susah tetapi mulalah dari hari ini untuk menerima diri sendiri"

3. Jangan membanding-bandingkan diri kita dengan orang lain.
  • Dimana-mana sahaja terdapat orang yang lebih bagus dari kita dan yang lebih teruk dari kita walaupon kita berusaha sekuat mana untuk menjadi sesempurna yang mungkin.
  • Kita hanya perlu mencari kepuasaan untuk diri sendiri.
  • Kita tidak perlu membandingkan diri dengan orang lain kerana orang itu tidak akan menjadi kita dan kita takkan menjadi orang itu. Oleh itu, ianya hanyalah sia-sia untuk membandingkan diri.

Yang terakhir keyakinan membuatkan kita seksi! :)

No comments:

Post a Comment

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...