Thursday, 14 February 2013

Berjerawat

Sempena hari raya cina pada tahun ini, saya dengan baik hati pergi menemani mek ke pasar tani untuk membeli barang-barang. Ketika saya dan mek berjalan kesana dan kemari untuk membeli barang-barang, saya terlihat muka seorang remaja yang dipenuhi jerawat. Saya boleh klasifikasikan jerawat beliau dalam tahap ketiga dimana ianya adalah tahap yang paling teruk. Ini mengingatkan saya kepada diri saya yang dulu kerana saya pernah mengalami masalah itu. Kalaulah saya dan beliau boleh berbicara dari hati ke hati, pasti kami akan menjadi kawan baik dengan automatiknya. Walaubagaimanapun, biarlah saya sampaikan bicara ini melalui blog sahaja. Saya sampaikan sedikit tips bagi anda-anda yang mengalami jerawat tahap ketiga. Ingat! tahap ketiga sahaja ok!

1. Doktor

Berjumpa dengan doktor. Aku sangat-sangat-sangat menggalakkan korang pergi berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Aku pernah pergi jumpa doktor masa zaman matrik. Memang sembuh la jerawat aku tapi korang kena banyak bersabar sebab kesannya akan nampak dalam masa 6 bulan camtu. Dengan kesabaran yang menggunung-ganang ni dan jerawat aku sudah sembuh sepenuhnya seterusnya aku bebas dari menggunakan pencuci muka yang diberi oleh doktor, aku pon beralih la kepada produk T** A*****. Malangnya, kesabaran aku yang aku simpan selama berbulan-bulan hancur begitu sahaja. Jerawat aku tumbuh balik! Moral of the story jangan guna produk ITU!

2. Bekam

Aku pernah cuba berbekam masa kat uni masa sem 3 ke 4 sebab kawan yang ajak. Seronok! Masa mula-mula tu rasa cam takut gak tapi ok je. Tak sakit pon. Aku cuba yang RM5 dan RM15. Dan memang logikla kan yang mahal lagi best. Fungsi berbekam adalah nak buang darah kotor. Salah satu faktor yang menyebabkan jerawat adalah banyak sangat kekotoran dalam badan kita. Oleh itu, berbekam adalah salah satu cara untuk membuang kekotoran dalam tubuh anda. Disamping itu, makcik bekam dan google cakap ianya adalah sunnah nabi. Walaubagaimanapun, kesasihannya tidak dikenalpasti sebab aku tak jumpa buku yang menyatakan begitu sebab aku ni yang kurang membaca. Aku pasti mencubanya lagi bila kewangan aku dah kukuh hekhek.

3. Air

Disebabkan berjumpa dengan doktor dan berbekam ni agak leceh kerana kita perlu pergi ketempat kejadian dan memerlukan $$$. Meh aku cadangkan cara yang agak senang. Air ini sangat penting dalam kehidupan kita-kita yang mengalami masalah kulit ini. Ini disebabkan oleh kekotoran dalam badan kita tidak tahu bagaimana ingin keluar dari badan kita maka terjadilah jerawat. Oleh itu, pastikan anda meminum air 8 gelas sehari sekurang-kurangnya maka kekotoran dari tumbuh kita akan keluar melalui 'membuang'. Korang perasan tak yang korang-korang yang ada masalah kulit ni ada masalah nak 'membuang' jugakkan so salah satu cara untuk selesaikan kedua-dua masalah adalah dengan minum air banyak-banyak. Oleh itu, jom minum air masak banyak-banyak!

4. Ubat jerawat

Aku percaya ubat jerawat juga memainkan peranan penting untuk sembuhkan jerawat. Aku pernah cuba produk cosmoderm dan kesannya sangat memuaskan hati tetapi disebabkan ubat itu susah untuk dijumpai, aku pon cubalah pula ubat jerawat oxy. Kesannya lebih kurang sama sahaja. Oleh itu, korang boleh cuba mana-mana yang berkenan dihati.

5. Sabar

Yang paling penting kita perlu bersabar kerana ianya tidak akan sembuh dalam sekelip mata sahaja. Aku mengaku ada je yang cepat sembuh masalah jerawat dorang dan ada jugak yang tak sembuh-sembuh macam aku. Walaubagaimanapun, anda tidak perlu sedih berduka lara kerana bukan anda seorang sahaja yang mengalami masalah itu. Jika anda berasa kesorangan, saya ada disini menemani anda. Ianya merupakan salah satu proses dalam kehidupan dan pengalaman yang amat berharga. Saya percaya 10tahun akan datang, kita akan menoleh kebelakang dan berbangga dengan diri kita kerana berjaya menempuh dugaan yang diberikan oleh Allah ini dengan baik sekali dan tersenyum. Cewah! Sekian sahaja tazkirah di petang hari ini. Dan yang paling penting jangan tinggal solat! Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...