Assalamualaikum dan hai korangggg.. Aku ni jenis yang tak aktif sangat orangnya dalam aktiviti kampus. Kamon, aku ada 4 tahun kot untuk habiskan life as a university student. First, second year rilek-rilek ah dulu kan, buat apa nak buzykan diri, banyak lagi kot peluang+aktiviti kampus yang menunggu aku di kemudian hari. Kalo aku asyik join semua aktiviti, bosanlah nanti nak tunggu abes belajar 4 tahun. Itulah apa yang kufikirkan di kala itu. Biasalah budak-budak (padahal umur dah nak masuk 20 tahun da hehe).
Dah third, fourth year ni aku cubalah jugak memaksimakan diri untuk join semua aktiviti kampus. Mana tidaknya, dalam sedikit masa lagi, kehidupan aku yang bergelar sebagai mahasiswi ini bakal berakhir uhuk! Amiiinnn, doakan :)
"adakah betul tindakan aku pegi talk ni? aku ragu-ragu. dahla malam ni ada test". (kata hati kecilku yang baik hati ini) hehe ;p |
Oleh itu, inilah salah satu program yang aku join itu hari. Bayar rm50 kalau uni yang organize, kalo kat luar bleh tahan mahal jugak dalam rm200-300 (kot). Mana nak cari ni? ehihihi
Kalau korang nak tau, farmasi ni bidang ia bleh tahan bercabang-cabang jugakla. Selain dari jadi farmasi yang kat hospital, farmasi jugak diperlukan dalam industri pharmaceutical aka kilang buat ubat untuk memastikan kualiti ubat terjamin. Bagi aku dan kebanyakan student farmasi ni, kitaorang tak minat sangat bekerja kat kilang ni. Bleh dikatakan 2% jugakla minat aku dalam industri ni. Namun talk inilah merupakan salah satu permulaan yang bijak yang bakal mengubah mind set aku(cewahhhhh), surprisingly % minat aku dalam industri ni naikla jugak walaupon tak banyak. Maybe kena join banyak talk macam ni lagi perhaps in the future. Manusia memang begitu, kalau tidak didedahkan dengan satu-satu bidang atau perkara, minat tu takkan wujud atau bakal hilang, benarlah seperti kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Hey, korang ingat pepatah ni sesuai untuk cari pasangan hidup je ker? hihu
a big salute to the speakers and organizer! |
Ahhhh speakers cool gile dengan ilmu masing-masing. Ada one time tu dua speakers+chairman sedang berdiskusi atas pentas. Dah macam forum plak aku tengok. Rugi tak amek gamba untuk tontonan korang hehe. This is unexpected entry post okey. Agaknya bila dorang jumpa kat kedai mamak, beginilah situasi dialog dorang:
orang berilmu 1: "i heard by using this new machine, it can help us in developing my new drug product"
orang berilmu 2: "yes,yes its true"
orang berilmu 3: "how come it happens? can u explain more?"
orang berilmu 2: "sure, it can help by blablablabla..................(infiniti)"
Beliau-beliau ni memang penuh dengan pengalaman dalam bidang industri. Nothing can beat experiences okayyy! Surprisingly, tumpuan aku 120/100% kat talk dorang. Mana nak cari, padahal dalam lecture nak capai tumpuan 80% pon susah ehihihi. Kenapa ini berlaku? sebab :
1. talk bayar rm50, lecture free
2. speakers tak bagi dorang punya slide presentation, lecturers bagi
3. speakers bleh jumpa dorang sekali tu je, lecturer hari-hari bleh jumpa
4. talk is like second lecture cuma dah banyak relate antara theories and applications, lecture first time receive informations kan
tadaa! aku dapat pita pengukur. sesapa nak beli baju online ke nak ukur lemak ke, blehla pinjam ngan aku hehe. dapat beg laptop yang aku pakai kat dalam gamba+several things. |
No comments:
Post a Comment