Sunday, 20 October 2013

Suasana Aidiladha di Kelantan

Assalamualaikum. Orang cakap raya aidiladha kat Kelantan meriah. Idokla tahu kesahihannya. Itu orang yang kata. Bagi aku, aku rasa lebih kurang sama sahaja. Sama dengan suasana yang digambarkan dalam buletin utama tu "aidiladha disambut sederhana di seluruh negeri" hehe.

Sekarang aku dah pandai bersosial. Dulu-dulu, aku tak suka sangat keluar dari rumah. Panas. Puteri lilin sangatttt ahkak ni hehe walaupon sebenarnya aku ni dibesarkan di kampung dari baby sampai dah besar remaja begini.

So after solat sunat aidiladha, kitaorang pon berangkatla ke tempat penyembelihan. Tak jauh sangat dari rumah. Kampung sebelah sahaja.
lembu aka cow
penduduk no.1 : hebak lembu ni paka spek rayban bena.
penduduk no.2 : lebe mato-mato lembu ni, tok tido male, rusim nok 
                        wat korbe hari ni.

Haha macam-macam la korang dengan lawyer buruknya. Buat aku tersenyum-senyum kambing disitu ehehehe.
proses penyembelihan
tolong-menolong
Selepas proses penyembelihan dan si jejaka-jejaka muda dan tua sedang melapah, si perempuan-perempuan melayu terakhir-akhir ni plak sedang menyediakan bahan untuk memasak. Aku main potong je daging tu. Mek kata daging kena kasi potong melintang urat. Tak sesempat da aku nak tengok melintang urat ke mengikut urat ke. Kalo aku dok tilik uratnya lama-lama disitu, nampak sangat aku tak pandai potong daging ehehehe. So aku main potong jela. Maafla kalo sape-sape yang termakan daging yang keras tu ehehe. Tapi nasib baik kakak sulung aku cakap yang daging korban ni tak keras. So selamat la abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik, kakak-kakak ehehe.
masak-masak
Tolong-tolong masak. Aku plak tolong amekkan gambaq ehek!
Nampak tak suasana apa ni? Tak nampakkan? Takpe-takpe, ada lagi satu gamba kat bawah.
Ha ini suasana makan-makan. Makannnnn ;E Makan la uolllss after penat masak-masak ehehehe :p Nasib baik ada 4 ekor lembu je, cepatla sikit lunch kitaorang ehehe.

No comments:

Post a Comment

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...