Thursday, 21 November 2013

Mencari Semangat yang Hilang (Resepi Bihun Sup)

Assalamualaikum. Macam biasa, tajuk entry haruslah drama-drama sikit ahahaha. Takde kelas selama 2 minggu membuatkan hidup aku bukan seperti manusia dah. Buat report pK (tu pon sebab kena nta), makan Dominos (reward diri sebab buat report pK walaupon baru buat half time tu), shopping kat Kenanga Mall (konon nak reward diri sendiri sebelom stud (?)), attend wedding kat Tengganu, bangun, tido, makan, tengok Family Outing gelak huha-huha, bangun, tido, makan, tengok FO gelak huha-huha lagi. Ahhhh aku tidak boleh begini lagi. Kan dah janji awal sem haritu tak nak begini lagi. I got to do somethin with myself and my soulll~

Nasib baiklah semalam pasar malam kat puncak alam. So, aku pergilah kesana. Berkira-kira ingin membeli barang dapur yang kelihatannya semakin berkurangan di dapur. Dan mahu juga keluar dari rumah kecilku ini yang sudah beberapa hari terperap di dalam rumah sahaja. Dan seterusnya, mencari semangat yang hilang (untuk stud) ;p

morning! :)
Ini semua gara-gara FO. Aku tengok dorang buat French Toast makan ngan susu untuk breakfast so aku buatla juge. Tetapi tidaklah aku tahu namanya apa sebab masa kecik-kecik dulu kakak aku selalu juga buat ni. Pecahkan telur n masukkan gula. 1 telur 1 sudu pereh gula (sedikit, jangan sampai 1 sudu penuh, orang Kelantan panggil pereh hehe). Goreng. Nyum-nyum ^^.

Untuk lunch pula. Fikirku ingin membuat sup ayam untuk tatapan tengah hari. Boleh pula dibuat bihun sup waktu dinner. 2 dalam 1. Senang bukan? ehihihi. Boleh pula dijamu untuk osmet yang ke hospital. Dahla harini korang present kan?

1. Ayam (obvious sangat kan)
2. Rempah ratus (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
3. Bawang putih, merah n halia
4. Sup bunjut adabi (semestinya sup bunjut adabiii eheh!)
5. Air secukup rasa
6. 3,4 biji lada hitam
7. Garam, gula
8. Ajinomoto (secret weapon) ehihihi
9. Kentang.

Begitu senang bukan bahan-bahan untuk membuat sup.

Ini pula cara-caranya:

1. Panaskan minyak sedikit dan tumis bahan no. 2 n 3.
2. Masukkan air secukup rasa. 1 cawan ka, 2 cawan ka. Ske aty hang la.
3. Masukkan sup bunjut adabi dan lada hitam (ketuk dulu lada hitam tu)
4. Masukkan ayam, kentang, garam, gula n ajinomoto secukup rasa.

Tada! Siap!

nak tahu garam tu cukup rasa ke tak,
mek cakap tengok kejernihan sup.
kalau jernih, tak cukup la tu ;p
Babai-babai ;p Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...