Saturday, 23 November 2013

Ibu. Ambo panggil mek.

Assalamualaikum.

Jah : haritu aku baloh nge abe aku. sibuk                                                           tanyo aku, aku oyat dok ko mok aku                                                           pasa aku baloh nge yo
       (haritu aku gaduh ngan abang aku. abang aku                                             sibuk tanya aku, aku bagitau tak kat mak aku                                             tentang aku gaduh ngan dia)
Aku : bakpo?
       (kenapa?)
Jah : homla, takut mok aku sero aty nge yo 
        la tu. kalo mok sero aty nge kito kew 
        payoh nok berkat hidup ni.
       (yela, risau kalau mak aku terasa hati 
       dengan dia lettew. kalau mak terasa hati
       ngan kita kan susah nak berkat hidup kita ni)
Aku : ooooo...

After a while, aku terjumpa satu artikel ni dalam newspaper. Kisah benar. Menarik untuk dikongsi bersama ngan korang hehe. Ceritanya begini:

Seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak remaja. Si isteri seorang yang baik cuma tidak bertudung. Si anak-anak remaja pula kurang meluangkan masa bersama-sama beliau. Beliau mempunyai segala-galanya. Keluarga. Harta. Pekerjaan. Kehormatan. Namun, kehidupan masih terasa seperti ada yang kurang. Lalu, ditanya beliau kepada ustaz tentang perasaan beliau yang kurang enak ini. Ustaz pon memberitahu beliau supaya bertanya kepada ibunda jika ada perkara yang terguris di hati.
Pulanglah beliau ke kampung seorang diri untuk bertanya kepada ibunda jika ibunda ada terasa hati. Setelah ditanya dengan bersungguh-sungguh, akhirnya ibunda memberitahu bahawa ibunda ada terasa hati dengan beliau tentang certain things (aku tak ingat apa) walaupon setiap hari raya beliau selalu meminta ampun dengan ibunda.
Setelah meminta maaf semua tu, pulanglah beliau ke rumah di bandar dan alangkah terkejutnya beliau melihat si isteri sudah memakai tudung dan si anak-anak pula mahu makan bersama-sama dengan beliau.

Masa aku baca artikel ni, masa tu cuti sem. Sentap jugak masa tu takut ada mek terasa hati ngan aku. Tapi aku buat-buat cool aje sebab malu nak tanya face-to-face. Confirm-confirm aku nangis kalau tanya face-to-face hehe sebab rasa macam banyak dosa ngan mek T.T

So setelah pulang ke kampus, barulah aku call mek. Mula-mula tu tak tahu jugak nak susun ayat acane. Malu uollsss. Namun, setelah berfikir sejenak. Aku dapat idea! Ideanya begini, aku call mek n cite balik pasal artikel kat atas. Pastu dengan suara yang terketar-ketar, barulah aku tanya mek kalau-kalau mek ada terasa hati ngan aku. Jawapan mek? Mestilah takde. Aku anak yang baik ok (konon). Sejak daritu, aku bertekad nak jaga perkataan aku n hati mek elok-elok hihi ^^

Ha! Begitulah ceritanya. Dah-dah pi call mak korang tanya tentang ni. Aku dah bagi tips kan. Kalau korang malu-malu kucing nak mintak maaf ngan mak korang macam aku ni. Bolehla guna cara aku ni ekekeke. Percuma tak perlukan bayaran. Kalau nak bayar pon bleyyy hehe. Ok bye! Assalamulaikum. Selamat mencuba.

kata-kata mek setiap kali nak amek gamba
"hok aloh tok payoh amek gamba la, hodoh tuo doh"
hehe. mek. mek tetap comem macam anak dia hehe.

No comments:

Post a Comment

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...