Sunday, 10 November 2013

22 Pesanan Ah kepada Diri Ini

Assalamualaikum. Memetik daripada status facebook UiTM Puncak Alam pada 20/10/2013 menyatakan bahawa:
[BERITA SEMASA]Menurut catatan buletin utama tv3 "Murung catat kes kedua tertinggi selepas sakit jantung".
Seyesly begitu ramai orang murung di dunia ini dikala kita huha huha gembira? Tanpa kita sedari langsung? Kesian dorang. Dorang kenapa murung sebegitu rupa? ehehehe (kau kenapa ehehe tengah-tengah sirius ni).

Macam biasa ayat aku macam good-good aje ehehe macam tak penah murung. Okla. Once. Mild. Tapi nak cakap murung pon macam tak betul je sebab tak didiagnos oleh doktor. Jiwa kacau barangkali.

Baiklah berbalik kepada topik murung itu tadi, tanda-tandanya adalah seperti takde mood, helpless, hopeless, rasa diri dan hidup tidak berguna lagi, hilang minat untuk buat apa-apa pon (almost ever day) dan yang paling bahaya sekali ialah rasa macam nak bunuh diri. Dan banyak lagi tanda-tandanya, korang bleh google.

Jika korang mengalami tanda-tanda ni, please please please, please have someone to talk with okay. Bahaya kot. Tapi aku faham, nak cite masalah ni pon bukan bleh cite kat sembereno orang je kan, iyalah masalah kite, kalau boleh cukuplah sorang tahu. Tu pon sebab tak tahan nak tanggung sorang-sorang, kan?

Namun begitu, aku kira beruntung juga sebab ada Ah. Ah ni one of my bestfren masa kat sekolah menengah dulu. Aku memang comfortable cite masalah aku ngan Ah. Nasihat dia pon aku bleh terima dengan hati terbuka.

Bukanlah nak cakap kawan-kawan aku yang lain aku tak selesa nak cite masalah aku atau aku tak leh terima nasihat dorang cuma Ah yang paling aku selesa. Mungkin chemistry mungkin. Mungkin tak semua orang selesa cite masalah kat Ah sebab dorang takde chemistry. Mungkin dorang cite masalah dorang kat orang lain (iaitu bukan Ah), yang dorang lebih selesa and ada chemistry. Setiap orang ada kelebihan dan chemistry masing-masing. Ahhh nampak tak betapa berhati-hatinya aku menyusun ayat supaya bestfren-bestfren aku yang lain tak terasa hati hehe (hello my bestfrenssss! sayang korang muahmuah ;*). Ahaha perasan ramai bestfrens lettewww ekekeke.

mek ah, mek ti, mek lah
Dan ini pesanan beliau dikala aku meluah apa yang terbuku dihati di suatu ketika dulu;

1. Rajin-rajin renew mind setting
2. Leave out negative thinking, welcome positive thinking
3. Smile to strangers
4. Wi sedekoh
5. Baca quran
6. Solat lebih
7. Reward diri sendiri
8. Benda kecik-kecik ni selalu menjadikan kita bahagia
9. Solat awal waktu
10. Lepas solat duk lama sikit atas sejadah, bebel n mengadu kat Allah, everything, every single things, even benda tu belum selesai lagi, hati mesti rasa tenang
11. Sebelum tido, maafkan semua orang
12. Setiap kali bangun pagi or masa ready nak pegi kelas, masa tengok cermin, cakap "aku nak bagi the best untuk chapter hidup aku hari ni"
13. Semua orang lagi menghargai sifat dan perangai y baik n menyenangkan dari orang lain
14. Baiki n perbaikkan agama n akhlak kita dulu
15. Banyak lagi usaha boleh buat
16. Kau tu hebat!!
17. Love ur life
18. Love what u have today
19. Hope for the best of tomorrow
20. Allah tu sayang kat kita
21. Dia nak jadikan kita orang y kuat day by day. Dia tak nak iman kita statik sebab tu Dia bagi banyak ujian
22. Tenangkan diri, everytime rasa terganggu, istighfar n selawat

motip?
Motipnya adalah baca no. 12 okey. Takde kaitan? Ahahaha. No. 10 and no. 1 tu paling mujarab. Cubalah! Prevention better than cure.

Aku letak satu gamba yang almost normal. Nanti kang orang ingat aku dah tak betol ehihihi. Bye! Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...