Saturday, 23 November 2013

Ibu. Ambo panggil mek.

Assalamualaikum.

Jah : haritu aku baloh nge abe aku. sibuk                                                           tanyo aku, aku oyat dok ko mok aku                                                           pasa aku baloh nge yo
       (haritu aku gaduh ngan abang aku. abang aku                                             sibuk tanya aku, aku bagitau tak kat mak aku                                             tentang aku gaduh ngan dia)
Aku : bakpo?
       (kenapa?)
Jah : homla, takut mok aku sero aty nge yo 
        la tu. kalo mok sero aty nge kito kew 
        payoh nok berkat hidup ni.
       (yela, risau kalau mak aku terasa hati 
       dengan dia lettew. kalau mak terasa hati
       ngan kita kan susah nak berkat hidup kita ni)
Aku : ooooo...

After a while, aku terjumpa satu artikel ni dalam newspaper. Kisah benar. Menarik untuk dikongsi bersama ngan korang hehe. Ceritanya begini:

Seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak remaja. Si isteri seorang yang baik cuma tidak bertudung. Si anak-anak remaja pula kurang meluangkan masa bersama-sama beliau. Beliau mempunyai segala-galanya. Keluarga. Harta. Pekerjaan. Kehormatan. Namun, kehidupan masih terasa seperti ada yang kurang. Lalu, ditanya beliau kepada ustaz tentang perasaan beliau yang kurang enak ini. Ustaz pon memberitahu beliau supaya bertanya kepada ibunda jika ada perkara yang terguris di hati.
Pulanglah beliau ke kampung seorang diri untuk bertanya kepada ibunda jika ibunda ada terasa hati. Setelah ditanya dengan bersungguh-sungguh, akhirnya ibunda memberitahu bahawa ibunda ada terasa hati dengan beliau tentang certain things (aku tak ingat apa) walaupon setiap hari raya beliau selalu meminta ampun dengan ibunda.
Setelah meminta maaf semua tu, pulanglah beliau ke rumah di bandar dan alangkah terkejutnya beliau melihat si isteri sudah memakai tudung dan si anak-anak pula mahu makan bersama-sama dengan beliau.

Masa aku baca artikel ni, masa tu cuti sem. Sentap jugak masa tu takut ada mek terasa hati ngan aku. Tapi aku buat-buat cool aje sebab malu nak tanya face-to-face. Confirm-confirm aku nangis kalau tanya face-to-face hehe sebab rasa macam banyak dosa ngan mek T.T

So setelah pulang ke kampus, barulah aku call mek. Mula-mula tu tak tahu jugak nak susun ayat acane. Malu uollsss. Namun, setelah berfikir sejenak. Aku dapat idea! Ideanya begini, aku call mek n cite balik pasal artikel kat atas. Pastu dengan suara yang terketar-ketar, barulah aku tanya mek kalau-kalau mek ada terasa hati ngan aku. Jawapan mek? Mestilah takde. Aku anak yang baik ok (konon). Sejak daritu, aku bertekad nak jaga perkataan aku n hati mek elok-elok hihi ^^

Ha! Begitulah ceritanya. Dah-dah pi call mak korang tanya tentang ni. Aku dah bagi tips kan. Kalau korang malu-malu kucing nak mintak maaf ngan mak korang macam aku ni. Bolehla guna cara aku ni ekekeke. Percuma tak perlukan bayaran. Kalau nak bayar pon bleyyy hehe. Ok bye! Assalamulaikum. Selamat mencuba.

kata-kata mek setiap kali nak amek gamba
"hok aloh tok payoh amek gamba la, hodoh tuo doh"
hehe. mek. mek tetap comem macam anak dia hehe.

Thursday, 21 November 2013

Mencari Semangat yang Hilang (Resepi Bihun Sup)

Assalamualaikum. Macam biasa, tajuk entry haruslah drama-drama sikit ahahaha. Takde kelas selama 2 minggu membuatkan hidup aku bukan seperti manusia dah. Buat report pK (tu pon sebab kena nta), makan Dominos (reward diri sebab buat report pK walaupon baru buat half time tu), shopping kat Kenanga Mall (konon nak reward diri sendiri sebelom stud (?)), attend wedding kat Tengganu, bangun, tido, makan, tengok Family Outing gelak huha-huha, bangun, tido, makan, tengok FO gelak huha-huha lagi. Ahhhh aku tidak boleh begini lagi. Kan dah janji awal sem haritu tak nak begini lagi. I got to do somethin with myself and my soulll~

Nasib baiklah semalam pasar malam kat puncak alam. So, aku pergilah kesana. Berkira-kira ingin membeli barang dapur yang kelihatannya semakin berkurangan di dapur. Dan mahu juga keluar dari rumah kecilku ini yang sudah beberapa hari terperap di dalam rumah sahaja. Dan seterusnya, mencari semangat yang hilang (untuk stud) ;p

morning! :)
Ini semua gara-gara FO. Aku tengok dorang buat French Toast makan ngan susu untuk breakfast so aku buatla juge. Tetapi tidaklah aku tahu namanya apa sebab masa kecik-kecik dulu kakak aku selalu juga buat ni. Pecahkan telur n masukkan gula. 1 telur 1 sudu pereh gula (sedikit, jangan sampai 1 sudu penuh, orang Kelantan panggil pereh hehe). Goreng. Nyum-nyum ^^.

Untuk lunch pula. Fikirku ingin membuat sup ayam untuk tatapan tengah hari. Boleh pula dibuat bihun sup waktu dinner. 2 dalam 1. Senang bukan? ehihihi. Boleh pula dijamu untuk osmet yang ke hospital. Dahla harini korang present kan?

1. Ayam (obvious sangat kan)
2. Rempah ratus (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
3. Bawang putih, merah n halia
4. Sup bunjut adabi (semestinya sup bunjut adabiii eheh!)
5. Air secukup rasa
6. 3,4 biji lada hitam
7. Garam, gula
8. Ajinomoto (secret weapon) ehihihi
9. Kentang.

Begitu senang bukan bahan-bahan untuk membuat sup.

Ini pula cara-caranya:

1. Panaskan minyak sedikit dan tumis bahan no. 2 n 3.
2. Masukkan air secukup rasa. 1 cawan ka, 2 cawan ka. Ske aty hang la.
3. Masukkan sup bunjut adabi dan lada hitam (ketuk dulu lada hitam tu)
4. Masukkan ayam, kentang, garam, gula n ajinomoto secukup rasa.

Tada! Siap!

nak tahu garam tu cukup rasa ke tak,
mek cakap tengok kejernihan sup.
kalau jernih, tak cukup la tu ;p
Babai-babai ;p Assalamualaikum!

Monday, 18 November 2013

Teluk Cempadak di luar pagar ... (sila sambung sendiri)

Assalamualaikum. Eeeee teruk ngat pantun setengah kerat aku ni, ada ke teluk cempedak di luar pagar, pastu suruh sambung sendiri plak. Cane ah korang boleh buat pantun on the spot camtu. Impress gile kot. Genius sungguh! Nanti sesapa pandai buat pantun ni, aja la aku iye. Nak jugak merasa diri ini genius sebegitu rupa ehihi. Iollss sebut sal teluk cempadak ni, iolllss singgah di teluk cempadak, pahang hari tu otw balik dari wedding akak batchmate kat Tengganu. Best gile! ehiehiehiehi. Nanti singgah la kat sana. Tak rugi bak hang hehe.

this is Teluk Cempadak yo!

aha kesian korang tak nampak gambar
pemandangan kat belakang,
nampak muka aku je akakaka.
jap eh, ada lagi gambaq kat bawah ehu!

saya buat tanda peace yo!
buat plak di beach yang cool yo!
Nampak tak ala-ala macam pantun dua kerat yang tak siap kat caption gambaq kat atas. Peace, beach. Lebih kurang sama kan sebutan dia. Pastu untuk menambahkan lagi sebutan yang sama kat hujung tu, aku tambah yo! kat dua-dua hujung ayat. Ha nampak tak permainan aku kat situ ehehehe ;p

subhanAllah! cantik sungguh ciptaan Allah.
tenang sungguh aku tengok gambaq ni. cc: nora


ikut hati, nak jugak main-main kat sini,
namun ku sedar berapa umurku uhu!
pecaya tak kitaoang nak bejalan sampai ke hujung sana?
acane? ada titi ah! jom-jom ikut itewww.


ayuh ikutku berjalan di atas titi!
Keylah: Amboii kapel kat depan ni kemain siap pegang-pegang tangan lagi.             Jeles sanghattt mak!

Sakilah: Eh, tu dah kawen la, bersangka baik-bersangka baik. Kalo belom               kahwin, doakan mereka yang terbaik, cepat-cepat kahwin untuk                 mengelak maksiat. Jangan kutuk-kutuk.

Me split personality lol.


both gambar kat atas gamba otw naik titi.
cantik an batu dia? rasa nak bawak balik satu.
tidoq atas tu bila stresss (pehal?)


tada! dah sampai!

iteww memang suka sangat pakai skirt datang pantai.
feeling-feeling princess and gadis hawaiii giteww ihik!


yeye nora, nak ke sana ye?
jom-jom!



Cer teka berapa ekoq monyet dalam gambar ni? Dah teka? Banyak an. So jangan pepandai bawak plastik makanan meniti atas titian, nanti kang disambaqnya monyet. Mana hang nak larik? Tak pepasal muka cantik jadi kurang cantik, yang tak cantik lagi la wikiwikiwiki.

amboi hang, pantang nampak kedai ha, teruih serbu.
ditinggalnya aku kat belakang ni ehi!

i feel energized men!

Sunday, 10 November 2013

22 Pesanan Ah kepada Diri Ini

Assalamualaikum. Memetik daripada status facebook UiTM Puncak Alam pada 20/10/2013 menyatakan bahawa:
[BERITA SEMASA]Menurut catatan buletin utama tv3 "Murung catat kes kedua tertinggi selepas sakit jantung".
Seyesly begitu ramai orang murung di dunia ini dikala kita huha huha gembira? Tanpa kita sedari langsung? Kesian dorang. Dorang kenapa murung sebegitu rupa? ehehehe (kau kenapa ehehe tengah-tengah sirius ni).

Macam biasa ayat aku macam good-good aje ehehe macam tak penah murung. Okla. Once. Mild. Tapi nak cakap murung pon macam tak betul je sebab tak didiagnos oleh doktor. Jiwa kacau barangkali.

Baiklah berbalik kepada topik murung itu tadi, tanda-tandanya adalah seperti takde mood, helpless, hopeless, rasa diri dan hidup tidak berguna lagi, hilang minat untuk buat apa-apa pon (almost ever day) dan yang paling bahaya sekali ialah rasa macam nak bunuh diri. Dan banyak lagi tanda-tandanya, korang bleh google.

Jika korang mengalami tanda-tanda ni, please please please, please have someone to talk with okay. Bahaya kot. Tapi aku faham, nak cite masalah ni pon bukan bleh cite kat sembereno orang je kan, iyalah masalah kite, kalau boleh cukuplah sorang tahu. Tu pon sebab tak tahan nak tanggung sorang-sorang, kan?

Namun begitu, aku kira beruntung juga sebab ada Ah. Ah ni one of my bestfren masa kat sekolah menengah dulu. Aku memang comfortable cite masalah aku ngan Ah. Nasihat dia pon aku bleh terima dengan hati terbuka.

Bukanlah nak cakap kawan-kawan aku yang lain aku tak selesa nak cite masalah aku atau aku tak leh terima nasihat dorang cuma Ah yang paling aku selesa. Mungkin chemistry mungkin. Mungkin tak semua orang selesa cite masalah kat Ah sebab dorang takde chemistry. Mungkin dorang cite masalah dorang kat orang lain (iaitu bukan Ah), yang dorang lebih selesa and ada chemistry. Setiap orang ada kelebihan dan chemistry masing-masing. Ahhh nampak tak betapa berhati-hatinya aku menyusun ayat supaya bestfren-bestfren aku yang lain tak terasa hati hehe (hello my bestfrenssss! sayang korang muahmuah ;*). Ahaha perasan ramai bestfrens lettewww ekekeke.

mek ah, mek ti, mek lah
Dan ini pesanan beliau dikala aku meluah apa yang terbuku dihati di suatu ketika dulu;

1. Rajin-rajin renew mind setting
2. Leave out negative thinking, welcome positive thinking
3. Smile to strangers
4. Wi sedekoh
5. Baca quran
6. Solat lebih
7. Reward diri sendiri
8. Benda kecik-kecik ni selalu menjadikan kita bahagia
9. Solat awal waktu
10. Lepas solat duk lama sikit atas sejadah, bebel n mengadu kat Allah, everything, every single things, even benda tu belum selesai lagi, hati mesti rasa tenang
11. Sebelum tido, maafkan semua orang
12. Setiap kali bangun pagi or masa ready nak pegi kelas, masa tengok cermin, cakap "aku nak bagi the best untuk chapter hidup aku hari ni"
13. Semua orang lagi menghargai sifat dan perangai y baik n menyenangkan dari orang lain
14. Baiki n perbaikkan agama n akhlak kita dulu
15. Banyak lagi usaha boleh buat
16. Kau tu hebat!!
17. Love ur life
18. Love what u have today
19. Hope for the best of tomorrow
20. Allah tu sayang kat kita
21. Dia nak jadikan kita orang y kuat day by day. Dia tak nak iman kita statik sebab tu Dia bagi banyak ujian
22. Tenangkan diri, everytime rasa terganggu, istighfar n selawat

motip?
Motipnya adalah baca no. 12 okey. Takde kaitan? Ahahaha. No. 10 and no. 1 tu paling mujarab. Cubalah! Prevention better than cure.

Aku letak satu gamba yang almost normal. Nanti kang orang ingat aku dah tak betol ehihihi. Bye! Assalamualaikum.

Saturday, 2 November 2013

Waaahhh Kilah sekarang dah pandai pegi Talk ihik!

Assalamualaikum dan hai korangggg.. Aku ni jenis yang tak aktif sangat orangnya dalam aktiviti kampus. Kamon, aku ada 4 tahun kot untuk habiskan life as a university student. First, second year rilek-rilek ah dulu kan, buat apa nak buzykan diri, banyak lagi kot peluang+aktiviti kampus yang menunggu aku di kemudian hari. Kalo aku asyik join semua aktiviti, bosanlah nanti nak tunggu abes belajar 4 tahun. Itulah apa yang kufikirkan di kala itu. Biasalah budak-budak (padahal umur dah nak masuk 20 tahun da hehe).

Dah third, fourth year ni aku cubalah jugak memaksimakan diri untuk join semua aktiviti kampus. Mana tidaknya, dalam sedikit masa lagi, kehidupan aku yang bergelar sebagai mahasiswi ini bakal berakhir uhuk! Amiiinnn, doakan :)

"adakah betul tindakan aku pegi talk ni? aku ragu-ragu. dahla malam ni ada test".
(kata hati kecilku yang baik hati ini) hehe ;p

Oleh itu, inilah salah satu program yang aku join itu hari. Bayar rm50 kalau uni yang organize, kalo kat luar bleh tahan mahal jugak dalam rm200-300 (kot). Mana nak cari ni? ehihihi

Kalau korang nak tau, farmasi ni bidang ia bleh tahan bercabang-cabang jugakla. Selain dari jadi farmasi yang kat hospital, farmasi jugak diperlukan dalam industri pharmaceutical aka kilang buat ubat untuk memastikan kualiti ubat terjamin. Bagi aku dan kebanyakan student farmasi ni, kitaorang tak minat sangat bekerja kat kilang ni. Bleh dikatakan 2% jugakla minat aku dalam industri ni. Namun talk inilah merupakan salah satu permulaan yang bijak yang bakal mengubah mind set aku(cewahhhhh), surprisingly % minat aku dalam industri ni naikla jugak walaupon tak banyak. Maybe kena join banyak talk macam ni lagi perhaps in the future. Manusia memang begitu, kalau tidak didedahkan dengan satu-satu bidang atau perkara, minat tu takkan wujud atau bakal hilang, benarlah seperti kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Hey, korang ingat pepatah ni sesuai untuk cari pasangan hidup je ker? hihu

a big salute to the speakers and organizer!

Ahhhh speakers cool gile dengan ilmu masing-masing. Ada one time tu dua speakers+chairman sedang berdiskusi atas pentas. Dah macam forum plak aku tengok. Rugi tak amek gamba untuk tontonan korang hehe. This is unexpected entry post okey. Agaknya bila dorang jumpa kat kedai mamak, beginilah situasi dialog dorang:

orang berilmu 1: "i heard by using this new machine, it can help us in                                    developing my new drug product"
orang berilmu 2: "yes,yes its true"
orang berilmu 3: "how come it happens? can u explain more?"
orang berilmu 2: "sure, it can help by blablablabla..................(infiniti)"

Beliau-beliau ni memang penuh dengan pengalaman dalam bidang industri. Nothing can beat experiences okayyy! Surprisingly, tumpuan aku 120/100% kat talk dorang. Mana nak cari, padahal dalam lecture nak capai tumpuan 80% pon susah ehihihi. Kenapa ini berlaku? sebab :

1. talk bayar rm50, lecture free
2. speakers tak bagi dorang punya slide presentation, lecturers bagi
3. speakers bleh jumpa dorang sekali tu je, lecturer hari-hari bleh jumpa
4. talk is like second lecture cuma dah banyak relate antara theories and        applications, lecture first time receive informations kan

tadaa! aku dapat pita pengukur. sesapa nak beli baju online ke nak ukur lemak ke, blehla pinjam ngan aku hehe. dapat beg laptop yang aku pakai kat dalam gamba+several things.
Till then, see u soon! ;pppp

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...