Assalamualaikum. Aku ni memang selalu ada niat untuk mendengar ceramah atau tazkirah di masjid atau mana-mana majlis ilmu. Tapi, disebabkan kekangan masa, takde transport dan masjid/tempat majlis ilmu tu jauh, niat suci murni aku tu selalu tergendala. Bunyi macam alasan kan? Aah memang alasan pon. Bak kata orang-orang tua versi aku, "hendak seribu daya, tak hendak berdalih-dalih".
Namun begitu, disebabkan zaman sudah moden dengan teknologi terkini seperti teknologi youtube, aku pon meneruskan niat aku yang tergendala itu dengan niat untuk mendengar ceramah (bukan ceramah politik) di youtube. Aku pon bukak laptop dan google youtube dan selepas jari-jemari runcing aku menari-nari diatas keyboard laptop, tanpa disedari tiba-tiba keluar video Bruno Mars. Kemudian aku cakap dalam hati "tengok akaun youtube meta". Selepas seketika berada di akaun youtube... "eh anwarhadi upload video baru, bubzbeauty pon, matluthfi pon, laye ah meta". Dan aku terus hanyut di dunia maya itu. hekhek.
Namun begitu, hati dan jiwa ini terasa kosong. No wonder la sebab ustaz dan uztazah pernah bagitau yang kita-kita ni at least sekali seminggu kena dengar ceramah/tazkirah untuk makanan rohani. Tambahan lagi, kita ni merupakan insan yang sering lupa. Perkara ini dibuktikan apabila perkataan "insan" itu sendiri yang memberi maksud lupa. Oleh itu, kita-kita ni haruslah sering diingatkan. Alhamdulillah niat suci murni aku yang dulu-dulu terlaksana jua walaupon tidaklah seberapa apabila secara tak sengaja aku terdengar slot motivasi pagi di IKIM pada pukul 7.30 pagi. Slot ni memang mantap pastu ustaz ustazah yang menyampaikan motivasi pagi ni memang bestla, isi mantap, tidak tersasar dari tajuk dan bebas dari unsur politik. Ha cubalah anda mendengarnya. Saya tak tipu eheks! Assalamualaikum :)
Saturday, 6 April 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Keperluan ke Hospital (improvised version)
Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...
-
Hai & assalamualaikum. Best jugak kalo dapat menyirup se- sip kopi pagi-pagi ni sambil menulis blog. Mungkin lain bezanya perasaan...
-
Assalamualaikum dan hai. Entry kali ini takde intro haha harap maklum. Pusing memikirkan rasa macam nak pakai shawl je tapi tudung bawa...
-
Assalamualaikum. Memanglah nampak seperti rm5k tu jumlahnya banyak untuk satu semester. Tapi kalau dah namanya duit. Pasti mengalir laju bak...
bagus...truskan usaha anda...
ReplyDeletehehehe...
kalu dop pon bacola tafsir hehehe
insyaAllah.. harap2 konsisten la eheks!
ReplyDelete