Monday, 1 April 2013

Membaca

Assalamualaikum. Hari tu aku ada masalah dengan diri sendiri. Konflik dalaman. Bak kata status-status facebook leni "ahh jiwa kacau". Aku tak tahu apakah punca berlakunya konflik dalaman ni. Adakah ini merupakan zaman remaja yang penuh dengan rintangan yang berduri atau masalah hormon yang tak stabil (hormon jugak yang dipersalahkan, kesian mereka) atau barangkali iman yang tak berapa nak menebal dalam diri. 

Aku tak tahu nak buat apa. Rasa lonely sangat. Bukannya aku takde kawan disisi untuk mendengar isi hati aku ni tapi entah kenapa perasaan kurang enak ini tidak terluah juga. Ingin berdikari barangkali. Konflik dalaman ini menjadi semakin teruk apabila tiba-tiba muncul satu persoalan di benak fikiran yang tak mampu dijawab. Aku cuba mencari jawapan bagi persoalan itu namun gagal.

Perasaan kurang enak ini membuatkan hari-hari aku tidak ceria. Aku mengadu kepada Allah. Mengadu supaya Allah tunjukkan jawapan bagi persoalan aku ni. Berkali-kali aku mengadu kepadaNya. Namun jawapan bagi persoalan aku ni tidak muncul-muncul juga. Aku mengadu lagi berkali-kali tanpa mengenal putus asa. Benarlah Allah sentiasa membantu hambaNya. Cuma hambaNya yang sering terlepas pandang. Tidak lama selepas itu, hati ini tiba-tiba tergerak untuk membaca sebuah buku yang sudah lama dibeli, boleh jadi sudah setengah tahun tempoh pembelian. Surprisingly, aku menemui jawapan yang dicari di dalam buku itu.



Still, aku masih menjadi ulat laptop dari menjadi ulat buku eheks! Tapi jika kita mempunyai masalah atau ingin mendengar nasihat daripada seseorang (since buku ditulis oleh seseorang), membaca buku yang bagus merupakan salah satu langkah yang bijak. Tambahan lagi bukan calang-calang orang yang menulis buku-buku ini tetapi ditulis oleh mereka-mereka yang penuh dengan pengalaman hidup. Oleh itu, cara mereka berfikir jauh berbeza dengan cara kita berfikir. Contohnya, jika kita mempunyai masalah untuk mengawal kemarahan, so get a book that teach u how to control your anger (kalau ada, mesti ada (kot)). Setiap masalah mesti ada buku yang mengajar cara penyelasaiannya (kot) insyaAllah :)

No comments:

Post a Comment

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...