Sunday, 22 September 2013

Berinai sempena masuk sem baru

Assalamualaikum. Ahahaha orang lain berinai sempena bertunang atau kawen. Aku berinai sempena masuk sem baru. Pon bleyyy jah oiii. Aha! Lama gile aku tak update blog. Bukan hape, nak tunggu timing yang sesuai untuk pakai inai ni susah tahu. Inai ni kena pakai sebelum tido, barulah nampak hot sebab merah menyala gitu. Bila aku nak pakai inai je, nota belambak (exaggerate) kena baca, stress tahu bila setiap lecturer masuk je lecture, dorang guna skrip yang sama "takkan ini pon korang tak tahu, korang kan dah final year student, it should be on your fingertip." Ha gitewww. Bila aku takde benda nak buat sebelum tido atau aku malas nak study, aku tetido telebih dahulu, takpon aku malas, takpon aku layan movie muahaha. Tu yang lama baru boleh pakai inai ni. Walaupon begitu, semalam aku gagahkan diri jugak untuk pakai inai ni. Kalau tidak, sampai bila-bila tak terupdate la aku punya blog ni. hihu :p

Masa dulu-dulu aku tak interested langsung nak pakai inai. Bila kakak aku beria nak pakai inai, aku pandang sebelah mata je. Dalam hati aku "ada apa dengan inai." Tapi sejak kawan aku hadiahkan inai ni, kemain kalau boleh tak nak bagi putih langsung kuku aku ni. Siap rasa macam nak inaikan kuku jadi warna hitam ke, kelabu taik itik ke, hijau pucuk pisang ke, kuning diraja ke, merah hati ke, biru langit ke, arghhh semua warna la. Namun apa daya, inai hanya berwarna reddish-orangish sahaja hmmm.

rawrr bebeh!
Ini adalah kali kedua aku pakai inai. Gile comot. Eeee tak reti tahu pakai benda-benda macam ni! Bila aku bangun tido je, aku tengok dah macam kucing da kuku aku ni muahaha. Btw, apa kaitan kucing dengan comot ni? Ahahaha. Aku pon tidak tahu~~ Tapi untuk menyedapkan hati, aku bagitau awal-awal ok, tema kuku aku ni adalah tema horror mehmeh.

Korang macam mana sem baru? Aku ni dah dua minggu dah pon sem baru aku. Ahaa. Doakan aku semoga aku bertambah-tambah-tambah rajin. Semoga aku gunakan masa dengan sebaik mungkin. Study hard and smart. Dan sewaktu dengannya ok. Ha? Kenapa korang kena doakan aku? Iyelah aku kan dah final year student, dah nak kerja dah pon. Nanti kalau aku dah kerja nanti, bila aku yang bagi ubat kat saudara-mara korang ke sepupu sepapat korang dan yang paling penting keluarga korang, takde la korang cam was-was dengan aku ni kan. mehmeh. Takdelah! Doa mendoa itu kan amalan mulia :) Aku doakan korang jugak okeh. Babai :p

auwww me feelin sexxy bebeh :p

No comments:

Post a Comment

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...