Sunday, 29 September 2013

Budget Semester-an

Assalamualaikum. Memanglah nampak seperti rm5k tu jumlahnya banyak untuk satu semester. Tapi kalau dah namanya duit. Pasti mengalir laju bak air disungairan kalau tidak dikawal. Kalau nak cakap budget semester-an ni adalah satu perkara wajib untuk dibuat oleh setiap orang, memang patutlah dicakap begitu. Bukan untuk semester-an sahaja, untuk bulanan tika kita bekerja nanti pon patut dibuat.

Roomate aku penah bagitau yang dia penah baca blog kakak maria elena (panggil kakak ni rasa macam kenai je hehe). Katanya, budget ni kita kena bahagikan kepada tiga bahagian. 1. Keperluan 2. Saving 3. Enjoys.

Masalah aku ni banyak gile makan. So aku budget la dalam satu hari berapa untuk makan especially untuk pasar malam. Bahaya kot pasar malam ni. Semua makanan rasa macam nak beli.

Masalah shopping plak. Untuk shopping pon aku budget berapa helai baju ke selendang ke tudung bawal ke tudung syria ke aku nak beli untuk satu sem. Contohnya, budget nak beli 3 helai baju untuk satu sem. Tapi tahu-tahulah perempuan kan. Kalo budget 3 helai baju, sebenarnya akan tersasar jadi 5 helai jugak akhirnya kan? Korang pon macam tu jugakkan? Aku tahu sangatla ha. So, budget@aim sedikit yang boleh untuk shopping ni.

Untuk saving ni, roomate aku bagitau yang duit untuk saving ni kena cepat-cepat letak dalam bank lain. Barulah tak TERguna nanti hehe.

cantik tak iteww punya buku budget.
buku bigbang ag. kawan yang bagi. hekhek
OMG! Korang tengokla banyak gile duit aku habiskan untuk makan. rm1k okeh! Jangan memain. Ha mananya yang kata rm5k tu banyak untuk satu semester? Mana? Mana? Budget untuk buku pon dah mencecah rm800 tahu. Aku tahu. Korang mesti cam "iyolah tu habiskan rm800 untuk buku" pastu korang buat muka facepalm. Iyelah iyelah. Yang tu dah campur sekali alat tulis, ink printer, buku motivasi segala bagai la. Jangan main tuduh-tuduh je ok.

Bila dah buat budget ni, barulah realise for how much money that we can actually saved and how much money we have wasted for unnecessary things. Tsktsk. Nanti blehla saving sikit-sikit untuk travel ke, beli barang branded ke, bagi hadiah kat mak ke hapa-hapa ke lagi. hehe. bai! :)

pelaburan pertama. sambut befday housemate kat sungai sendat.
plan asal nak pegi ulum yam tapi entah kemana-mana ikut gps ni hehe.

No comments:

Post a Comment

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...