Friday, 19 April 2013

Ayat-ayat Tipikal

Assalamualaikum. Yeehaa! Akhirnya bermulalah cuti midsem. Sedar tak sedar dah tengah sem da ghupanya. Tapikan apalah makna cuti kalau tanpa assignment yang bertimbun. Cuti dan assignment dah memang cukup sebati, da tak boleh dipisahkan dah, da seperti irama dan lagu gitew. Biasanya ayat macam "cuti ni sepatutnya kena la cuti betul-betul, ni nak bagi assignment plak, spoil betul." Ha inilah dinamakan ayat tipikal. Dari zaman muda sampai la zaman tak berapa nak muda memang ayat nilah yang akan meniti di bibir-bibir kebanyakan orang setiapkali cuti menjengahkan diri. eheks! Namun, bukan ayat ini sahaja ayat tipikal yang ada kat dunia ni. Banyak lagi ayat-ayat tipikal lain yang sering kita gunakan dalam sehari-hari tanpa kita sedari seperti..

1. Tipikal ayat orang sedang bengang.
"Kenapa la dia ni macam ni? Dia dah dewasa da, da boleh fikir da. Takkan itu pon takleh fikir jugak, nak kena ajar jugak ke? Nak kena bagitau satu-satu jugak ke? Ishhh bengang tau tak!"
Meh aku tolong jawab soalan-soalan ekau.

"Kenapa la dia ni macam ni? Dia dah dewasa da, da boleh fikir da.
Dah dewasa tak bermakna dah matang. Tahap kematangan wealls berbeza-beza. Jangan assume bila kita dah matang, orang lain pon dah cukup matang. Jangan assume bila kita dah boleh fikir, orang lain pon da boleh fikir sama. Ingat! wealls berbeza-beza. Ada yang zaman kematangan awal seperti kita-kita, ada yang lambat seperti mereka-mereka.

Takkan itu pon takleh fikir jugak, nak kena ajar jugak ke? Nak kena bagitau satu-satu jugak ke?
Memandangkan zaman kematangan mereka lambat. Ya. Memang mereka perlu diajar, ditegur apa yang tak kena, diberitahu satu-satu apa yang tak berkenan dan perlu dibimbing. Kamon, kata dah matang. Serlahkan kematanganmu dengan menegur mereka in a matang way. hekhek.

Ishhh bengang tau tak!"
Ni bukan soalan kan? Tak perlula aku menjawabnya.

2. Tipikal ayat tak kisah.
"I tak kisah apa orang nak cakap pasal i asalkan i rasa hepi, tu dah cukup da."
Kalau korang selalu guna ayat ni, korang memang class ah. Apa yang tak classnya, ayat artis kot. Dah tara-tara artis da korang ni tapi ayat jela. Tapikan aku rasa ayat ni macam tergantung sikit. Meh aku tambah bagi ayat ni jadi sempurna.
"I tak kisah apa orang nak cakap pasal i asalkan i rasa hepi dan Allah redha apa yang I buat, tu dah cukup da."
3.  Tipikal ayat forever alone.
Minah(bukan nama sebenar): "Eee kapel? Kapel ni haram uolls. Mendekati zina tu. Kalo aku, aku taknak la kapel-kapel, buang masa aja, kalo aku, aku nak terus kawen. Sweet gitu.
Selepas dua hari dingorat oleh jejaka hensem bergaya lagi berharta..
Kawan minah: "Eh bukan ko cakap ko taknak kapel ke hari tu? Ko cakap haram la apa la." 
Minah: "Memanglah, aku pon serba salah sebenarnya, aku dalam delima ni tapi aku kesian sangat kat dia. Macam-macam dia buat untuk aku. Dia nak sangat kat aku ni." 
Kawan minah: "Woi bukan delima la, dilema."
4. Tipikal ayat jodoh.
Mak utih: "Dah ada boyfren ke?"
Aku tau yang ni lebih kepada persoalan tapi persoalan pon ayat jugak kan? eheks. Kalo balik raya jumpa saudara-mara, ayat ni memang femes sungguh. Kalo ko cakap ko takde boyfren, mereka akan tanya lagi soalan seperti "kenapa takde boyfren?" dan bila ko jawab lagi, mereka akan tanya lagi soalan-soalan lain. Pusing kepala macam mana nak respon? Senang aja, ayat ni aku selalu guna dan terbukti berkesan. Ko jawab je:
"Takde lagi. Kita nak suh mak utih carikan la."
Tapikan kalau mak utih tu betul-betul carikan untuk korang. Jangan salahkan aku plak, yang tu korang handle sendiri ye. Assalamualaikum dan selamat berholiday :)

Sunday, 14 April 2013

The Grass is Always Greener

Entah kenapa kita sering membandingkan diri kita dengan orang lain. Fitrah manusia mungkin. Kita fikir mereka cukup sempurna. Ada segala-galanya yang kita tidak ada. Cantik, hensem bergaya, bijak pandai tambahan lagi berharta.

Tahu kenapa kita fikir mereka cukup sempurna? Kerana kita mengenali mereka hanya pada dasar sahaja. Dan tahu kenapa kita fikir kita kurang dari segala-galanya? Kerana kita cukup mengenali diri kita. Luar dan dalam. Kita tahu segala-galanya tentang diri kita. Kita tahu kekurangan dan kelemahan diri kita sama seperti kita tahu kelebihan diri kita. Namun, kekurangan dan kelemahan diri menidakkan kelebihan diri. Bukankah Tuhan itu Maha Adil?

Questions: Is the grass always greener on the other side of the fence?  
Answer: Yes, but it's an optical illusion. Look over at your neighbor's yard. The grass is greener, and there's a good reason. Look down at the grass between your feet. From this angle, you see each blades as not much more than a dot, and you see the brown earth between the blades. Now look across at your neighbor's lawn. You see the blades from the side, and they cover up the brown earth between them.
 (9 habits of happiness by David Leonhardt)

Saturday, 6 April 2013

7.30 pagi

Assalamualaikum. Aku ni memang selalu ada niat untuk mendengar ceramah atau tazkirah di masjid atau mana-mana majlis ilmu. Tapi, disebabkan kekangan masa, takde transport dan masjid/tempat majlis ilmu tu jauh, niat suci murni aku tu selalu tergendala. Bunyi macam alasan kan? Aah memang alasan pon. Bak kata orang-orang tua versi aku, "hendak seribu daya, tak hendak berdalih-dalih". 

Namun begitu, disebabkan zaman sudah moden dengan teknologi terkini seperti teknologi youtube, aku pon meneruskan niat aku yang tergendala itu dengan niat untuk mendengar ceramah (bukan ceramah politik) di youtube. Aku pon bukak laptop dan google youtube dan selepas jari-jemari runcing aku menari-nari diatas keyboard laptop, tanpa disedari tiba-tiba keluar video Bruno Mars. Kemudian aku cakap dalam hati "tengok akaun youtube meta". Selepas seketika berada di akaun youtube... "eh anwarhadi upload video baru, bubzbeauty pon, matluthfi pon, laye ah meta". Dan aku terus hanyut di dunia maya itu. hekhek.

Namun begitu, hati dan jiwa ini terasa kosong. No wonder la sebab ustaz dan uztazah pernah bagitau yang kita-kita ni at least sekali seminggu kena dengar ceramah/tazkirah untuk makanan rohani. Tambahan lagi, kita ni merupakan insan yang sering lupa. Perkara ini dibuktikan apabila perkataan "insan" itu sendiri yang memberi maksud lupa. Oleh itu, kita-kita ni haruslah sering diingatkan. Alhamdulillah niat suci murni aku yang dulu-dulu terlaksana jua walaupon tidaklah seberapa apabila secara tak sengaja aku terdengar slot motivasi pagi di IKIM pada pukul 7.30 pagi. Slot ni memang mantap pastu ustaz ustazah yang menyampaikan motivasi pagi ni memang bestla, isi mantap, tidak tersasar dari tajuk dan bebas dari unsur politik. Ha cubalah anda mendengarnya. Saya tak tipu eheks! Assalamualaikum :)

Monday, 1 April 2013

Membaca

Assalamualaikum. Hari tu aku ada masalah dengan diri sendiri. Konflik dalaman. Bak kata status-status facebook leni "ahh jiwa kacau". Aku tak tahu apakah punca berlakunya konflik dalaman ni. Adakah ini merupakan zaman remaja yang penuh dengan rintangan yang berduri atau masalah hormon yang tak stabil (hormon jugak yang dipersalahkan, kesian mereka) atau barangkali iman yang tak berapa nak menebal dalam diri. 

Aku tak tahu nak buat apa. Rasa lonely sangat. Bukannya aku takde kawan disisi untuk mendengar isi hati aku ni tapi entah kenapa perasaan kurang enak ini tidak terluah juga. Ingin berdikari barangkali. Konflik dalaman ini menjadi semakin teruk apabila tiba-tiba muncul satu persoalan di benak fikiran yang tak mampu dijawab. Aku cuba mencari jawapan bagi persoalan itu namun gagal.

Perasaan kurang enak ini membuatkan hari-hari aku tidak ceria. Aku mengadu kepada Allah. Mengadu supaya Allah tunjukkan jawapan bagi persoalan aku ni. Berkali-kali aku mengadu kepadaNya. Namun jawapan bagi persoalan aku ni tidak muncul-muncul juga. Aku mengadu lagi berkali-kali tanpa mengenal putus asa. Benarlah Allah sentiasa membantu hambaNya. Cuma hambaNya yang sering terlepas pandang. Tidak lama selepas itu, hati ini tiba-tiba tergerak untuk membaca sebuah buku yang sudah lama dibeli, boleh jadi sudah setengah tahun tempoh pembelian. Surprisingly, aku menemui jawapan yang dicari di dalam buku itu.



Still, aku masih menjadi ulat laptop dari menjadi ulat buku eheks! Tapi jika kita mempunyai masalah atau ingin mendengar nasihat daripada seseorang (since buku ditulis oleh seseorang), membaca buku yang bagus merupakan salah satu langkah yang bijak. Tambahan lagi bukan calang-calang orang yang menulis buku-buku ini tetapi ditulis oleh mereka-mereka yang penuh dengan pengalaman hidup. Oleh itu, cara mereka berfikir jauh berbeza dengan cara kita berfikir. Contohnya, jika kita mempunyai masalah untuk mengawal kemarahan, so get a book that teach u how to control your anger (kalau ada, mesti ada (kot)). Setiap masalah mesti ada buku yang mengajar cara penyelasaiannya (kot) insyaAllah :)

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...