Friday, 28 June 2013

Sweet 22

Assalamualaikum dan hai. Sebenarnya sambutan hari jadi aku yang ke-22 jatuh pada 25.5.2013 tetapi disebabkan oleh housemates aku sibuk nak balik beraya wesak dan gawai dorang so aku maafkan. Takpe aku paham. Yelah nak sambut raya korang kan haha. So selepas sebulan lamanya, housemates sambut befday aku dengan pi makan-makan kat aroma ikan bakar, kuala selangor.

my songs know what you did in the dark
gamba cam kabur-kabur sikit, jerebu mungkin hihu

Kitaorang order nasi, ikan siakap, ikan pari, sotong 3 ekor, ketam 3 ekor, sayur kailan, air sunkist, sup dan kerang bakaq. Nampak cam sikit kan? Tapi memang muat-muat masuk dalam perut kitaorang. Total rm151, makan 6 orang. Alhamdulillah tiada pembaziran atau paksaan yang berlaku pada malam tu. Tak sempat uolls nak amek gamba makanan sebagai bukti masakan mereka memang sedap sebab kitaorang lapar sangat selepas menunggu lebih kurang setengah jam (atau lebih) haha.

Walaupon dorang sambut befday aku lambat tapi aku dah dapat hadiah da dari dorang. Aku dapat hadiah baju, buku dan kupon. Ahak comey gile roomate aku secomey tuannya sebab bagi aku hadiah kupon buatan sendiri dulu sebab tak sempat nak beli hadiah hihu.


Lagi aku dapat hadiah gamba natural beauty haha


Pastu dapat wish yang comey-comey dan ikhlas.

Thanks korang sebab tunaikan hajat aku yang nak makan kat aroma ikan bakaq tu :) Sorry and thanks sebab bley stand dengan bipolar-like syndrome aku ni haha. Nanti aku cuba kurangkan. Babai :)

Saturday, 22 June 2013

Mendaki Bukit Kutu I

Assalamualaikum.

pehal sopan sangat aku senyum ni?

Selepas makan nasi berlaukkan sardin dan solat di atas puncak, kitaorang pon turunlah kembali ke tempat asal. 

Dalam perjalanan turun dari bukit tu, kitaorang macam wonder "macam mana la aku naik bukit ni tadi?" Sebabnya jalan ia mencabar gile. Korang bayangkan ada jalan yang macam 85 degree. Nak nanges pon ada ahak! Bila ada jalan landai je, orang kat depan jerit "landai-landai." Ala-ala nak bagi semangat giteww huhu.

liku-liku perjalanan

self-reward dengan bermain air sungai masa di pengakhiran perjalanan. seronak!

Chinese and Indian cool gile, masa kitaorang terserempak masa nak turun ke nak naik bukit tu, dorang dok ber-hai dan ber-hello bagai haha. Cool an?

Nanti kalo korang nak mendaki, pakai la kasut yang sesuai. Kasut yang mencengkam tanah, xmencengkam banyak, sikit pon jadilah. Nanti senang, takdela rasa macam nak terjatuh je sebab licin.

contoh tapak mencengkam

Pastu masa naik bukit tu, bawak la ayaq 1.5 litre, sneakers, gula-gula, nasi, sardin. Dah. Cukup. Nanti tak larat plak nak bawak barang banyak-banyak. Babai! :)

Mendaki Bukit Kutu

Assalamualaikum. Mesti korang dah tergelak-gelak kecil depan lappy kan sebab baca nama bukit ni. Kelakar kan? Bukit Kutuuu.. ahak!

Secara rasminya aku sudah boleh digelar hiker dengan berjaya mendaki bukit kutu. Kira-kira 4 jam pendakian naik dan 3 jam pendakian(?) turun.

Katanya nak bertolak pukul 5 pagi dari Puncak Alam tapi pukul 6 jugak kitaorang bertolak. Penat tau iteww bangun pukul 3.30 pagi sebab cakap nak bertolak pukul 5 pagi. Inilah salah satu sebab kenapa kita perlu punctual. Sebab kita perlu hormati masa orang lain. ehek! serius plak tetiba.

Sampai kat Bukit Kutu kira-kira pukul 8.15 pagi. Lepas bahagikan kumpulan ikut guider dan dapat bekalan bagai, kira-kira pukul 9 bermulalah pendakian. Dalam perjalanan mendaki tu, kitaorang terjumpa ni:


Terkejut bak hang. Aku dan kawan aku dah macam, "lepas berlaku jenayah ke?" Pastu banyak kali plak jumpa. Cuak. Rupanya penanda jalan je. Epik pon aih penanda jalan ni hihu.

Mendaki punya mendaki sampailah kat check point first kira-kira pukul 10.30 pagi. Kat check point tu tak buat apa pon, berehat-rehat je dalam 10 minit hehe. Mendaki lagi sampailah kat check point kedua dalam pukul 11.30 pagi. Kat sini kitaorang berehat lama sikit, siap makan sneakers bagai, amek gambar dan kumpul kekuatan yang mana hilang hihu.

inilah tempat beradu kami setelah sekian lama mendaki

Tanpa berputus asa kitaorang teruskan lagi pendakian sampai ke pra-puncak dalam pukul 1 petang. Untuk sampai ke puncak yang hakiki kitaorang perlu tunggu turn sebab puncak yang hakiki tu terdiri daripada batu-batuan yang besaq makanya muatan yang mampu berada di atas batuan tu dalam 3-4 orang. Kalau terlebih macam dah berani mati plak.

batuan

Nak sampai ke puncak yang hakiki, anda perlu naik tangga. Ada tiga biji tangga makanya ada tiga biji batuan barulah sampai ke puncak hakiki. Nak lagi epik, masa nak naik ke batu yang last tu, ada anak ular sedang berehat kat bawah pokok berdekatan ngan tangga. hihu.

sampailah kami ke puncak yang hakiki
(bersambung...)

Tuesday, 11 June 2013

Video Muslim Style!

Assalamualaikum. So this is my first attempt in making a video. Quite an experience :) 

Dan sebenarnya, hampir tidak menjadi video ini disebabkan oleh kekangan masa. Tetapi mungkin Allah memudahkan urusan mungkin maka terhasillah video ini. So aku buat video ini untuk satu competition yang dianjurkan oleh fakulti and we manage to get 3rd place out of 6 places.

Thanks jugak kepada pelakon-pelakon aku ni diatas dorongan dan sokongan dorang dalam menjayakan video ni (ucapan macam menang ABPH da ehek). Sungguh berbakat rupanya kawan-kawan aku ni. Sekali aku cakap "ok ni idea aku, aku nak korang lakonkan jadi macamni-macamni." Pastu terus dorang lakonkan dengan jayanya. Skrip dapat on the spot plak tu. Uhuuu. Pendek kata satu scene tu, kira sekali dua je kena ulang. Ok ok aku tau korang taknak dengar aku membebelbebel. So ini dia link videonya. Enjoys!

https://www.facebook.com/photo.php?v=179968385502141

Lepas tengok balik aku rasa ending tu kosong. Korang bayangkan ayat al-Quran yang bermaksud "wahai orang-orang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh nyata bagi kamu. (surah Al-Baqarah ayat 208) bergerak-gerak masa ending tu mengikut imaginasi dan kekreatifan otak korang hehe.

Oh aku nak buat pengakuan, aku dapat idea buat video ni dari nigahiga punya video, ni link dia hehe http://www.youtube.com/watch?v=EvAJt3VM0uk

Monday, 27 May 2013

Review Fast Furious 6

Assalamualaikum. Fast furious 6 dah kuar 23 mei 2013 haritu. Aku n kawan aku cam beria nak tengok hari tu jugak sebab dah jatuh cinta ngan ff lepas tengok ff5 tapi dia ada kelas malam plak so tak jadi. Tapi takpe, sebab aku dan kawan aku yang lain plan nak tengok ff6 kat sunway tapi malangnya tiket habis plak. Aku frust disitu. Banyak betul halangan nak tengok ff6 ni. Nak ajak kakak aku segan sebab kitaorang gaduh-gaduh manja haritu. Tapi at last, aku turunkan ego dan minta maaf ngan kakak aku and as kakak yang cool that way, terus bersetuju nak luangkan masa bersama-sama, siap belanja kite makan n tengok wayang agi.

So here the sinopsis of fast furious 6! ni link trailer fast furious 6 http://www.youtube.com/watch?v=PP7pH4pqC5A
Dom n the geng sudah menjalani kehidupan yang bahagia dengan halatuju masing-masing tetapi muncullah Hobbs meminta tolong. Hobbs memerlukan Dom n the geng untuk menolong beliau (beliau giteww) memburu sekumpulan penjenayah yang berkuasa dan berbahaya. At first, Dom taknak but after Hobbs tunjuk gambar Letty which is awek Dom dulu yang dah mati tu. Dom pon bersetuju dan memanggillah beliau geng yang beliau tubuhkan masa fast furious 5.
And here come my comments/opinions:

The idea for the movie is simple. Plot pon simple. Takde putar belit sangat. So that it is, one word.. simple ..

Aksi? So what can u expect from fast furious? Sudah tentulah lumba kereta, meletup-letup, terbakar-bakar, kereta terjatuh-jatuh, tembak-menembak dan seangkatan dengannya. Well aksi ia memang kelas-kelas fast furious la. Oh i mean it in a good way btw. Ada yang terkejut. Ada yang tak lojik sket. Ada yang macam "oh damn!" (feeling-feling omputih sekejap). Tapi aksi for ff6 ni macam banyak jugak aksi bertumbuk ea. Ff sebelum ni cam banyak aksi yang melibatkan kereta je kan. So (sila sambung sendiri ayat kat dalam kepala tu) ehek!

So here aku berterus-terang. Dalam banyak-banyak ff, ff5 n ff4 adalah feverat aku. Aku memang tak boleh pilih yang mana satu yang lagi bagus. For both ff5 n ff4, the idea is genius, aksi lagi la, sangat-sangat genius! Kalo ff5 aku boleh bagi 5/5 bintang. Ff4 aku boleh bagi 4.89/5. Ff6 aku bagi 4.7/5.

Aku nak bagi 4.6/5 untuk ff6 sebenarnya tapi aku suka dialog ia so extra 0.1 tu hadiah untuk dialog hehe. Macam aku cakap tadi satu benda yang membuatkan ff6 lain dari semua ff adalah dialog ia. Kelakar! Asyik gelak je dalam pawagam tu. Dialog ia memang mantap la for ff6. So that's all.


Tak sabar nak jumpa abang botak 2 tahun lagi hehe

Friday, 24 May 2013

Resepi Tomyam

Assalamualaikum. Ada satu perkataan yang melambangkan bulan 5 tahun 2013 iaitu penat. Kalau tiga perkataan, perkataannya ialah penat nak mampuih. Oleh itu, marilah kita mereleasekan kepenatan kita ini dengan memasak. Wah release penat dengan memasak. Kelas ko kilah. Aku ada satu resipi tomyam. Memang sedap gilak r kalo korang try masak tomyam guna resipi ni ehek!

Masa aku kecik-kecik dulu, hati kecilku selalu berkata-kata "mesti susah gile nak masak tomyam sedap macam ni". Masa aku bercuti kat rumah kakak aku tahun lepaih ke dua tahun lepaih, kakak aku ada ajar aku masak tomyam sebab bila dia suh aku masak, aku akan cakap "tak pandai masak!" dengan selambanya. Bila dia ajar, rupa-rupanya senang sangat aih nak masak tomyam ni! Anda hanya memerlukan 9 bahan sahaja.

1. Bawang putih
2. Bawang merah
3. Serai
4. Daun limau purut
5. Cili
6. Perencah tomyam adabi
7. Ayam/Sotong/Udang
8. Sayuran
9. Air

Cara-cara memasak:
  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili bagi hancur guna mortar and pestle.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ini ikut turutan (bawang putih, bawang merah, cili).
  3. Bila dah wangi semerbak, masukkan bahan utama iaitu ayam/ sotong/ udang. Biarkan sebentar sambil kacau-kacau sikit. (lol korang taukan kacau maksudnya apa, kacau in bahasa bangku pon kacau jugak kan?)
  4. Masukkan air secawan atau dua cawan (ikut sukahati).
  5. Masukkan serai yang telah diketuk, daun limau purut, perencah tomyam adabi (adabi punya perencah memang the best!) dan sayuran.
  6. Jangan lupa masukkan garam dan ajinomoto. Biasanya ajinomoto ini adalah senjata rahsia masakan aku haha.

Ini namanya sotong tomyam banjir. Nanti bila malas menguasai diri, boleh makan kuah dengan teloq goreng. yumyum :D Perencah tomyam tinggai sikit sahaja tapi letak air banyak-banyak so nampak cayaq tapi sedap je. Tengokla sapa masak. Ok babai assalamualaikum :)

Monday, 6 May 2013

Mengundi

Assalamualaikum. Tahniah kepada yang menang PRU13. Jangan emo-emo pada yang kalah. Bak kata Ustaz Pahrol:
Yang menang, tunaikanlah amanah dan janji... 
Yang kalah, usah menunggu kuasa untuk berjasa dan berbakti... 
Yang masih belum berpuas hati, tuntutlah keadilan dengan berhati-hati 
Jelas sekali jalur siasah perlukan dukungan dakwah dan tarbiah. 
Yang 'jauh' kita dekati dengan dakwah. 
Yang 'dekat' kita perkukuhkan dengan tarbiah. 
Di Taif, Allah menunjukkan ada zuriat Islam dalam perut Jahiliah. 
Di Uhud, ada gamitan dunia yang menggugat keikhlasan mujahadah. 
Di Hunain, ada kebanggaan yang menyekat nusrah dan barakah. 
Jika kita belum upaya memindahkan pemerintahan kepada iman...mari terus berusaha memindahkan iman kepada pemerintahan. 
Dan alangkah indahnya jika kita usahakan kedua2nya sekali! 
Dengan pujuk kasih sayang... bukan dengan amuk kebencian. 
Mungkinkah kerana belum teguh keikhlasan? Atau belum kukuh kebijaksanaan? Atau kedua2nya sekali? 
Tidak ada istilah kalah di jalan Allah.
Baca banyak-banyak kali dan sematkan dalam hati (Sakilah,2013). Lembut sungguh kata-kata Ustaz. Terus aku admire giteww.

Aku menghabiskan masa dengan mek aku tiga hari sahaja. Tiga hari dalam satu sem je bak hang. Kalaulah sel-sel research aku tau, mesti dorang da bagi keputusan yang memberangsangkan dah. Tapi aku fikir, mereka tidak tahu. Nasib baik ada cuti mengundi, kalau tak memang asyik nak emo jela aku sem ni eheks! Nilah sebab utama aku excited gile nak balik mengundi eheks (lagi). Senyum kawan-kawan, senyum :) Jangan emo sangat :)

First-timer mengundi, seronok bak hang. Sebab kedua aku excited gile nak mengundi, perantau-perantau dapat duit kot. RM350 kalau korang amek dua-dua parti la kan plus korang perantau dari KL ke Kelantan. Tapi nampak cam impossible la nak dapat RM350 sebab kat tempat aku tu, salah satu parti kena angkat sumpah giteww baru dapat duit. Kelas ko jah.

Ha! Aku rasa seperti orang penting kot pada hari itu. Penting kepada Negara, Agama, Bangsa, Perdana Menteri, Tok-tok Guru dan tok-tok wakil. Bila lagi nak feeling-feeling penting kepada orang penting macam tu lagi kan. 5 tahun sekali je pon. Rugila bak hang kat sape-sape yang dah cukup umur tapi tak daftar mengundi lagi. Nak jadi orang penting dah tak mampu dah, feeling-feeling macam ni pada hari mengundi je yang mampu hekhek. Alah bukannya susah sangat pon, korang pi pejabat pos yang berdekatan dan cakap saya nak daftar mengundi! Ha senang bukan (padahal akunya, ketua kampung tolong daftarkan, kalau tak, tak wujudnya entry ni). Jangan tunggu last-last minute uolls, kalau bleh pegi terus lepas baca entry ni. Kawan aku yang daftar bulan 1 hari tu pon tak sempat mengundi semalam. Rugi-rugi.

Sebenarnya, aku nak buat pengakuan, bahawasanya aku ni adalah noob dalam bidang politik a.k.a lalang yang berakar juga. Kalau diminta berdebat sah-sah kalah. Ataupon, aku end up join parti yang ajak aku berdebat tu haha. Tapi macam aku cakap tadi, aku ni lalang berakar so still teguh kepada satu parti sahaja. Dan perasaan semalam tika MENUNGGU keputusan diumumkan, perasaan aku bercampu-baur. Aku tak sangka selalang-lalang aku ni pon, telah berperasaan begitu. Susah betol aku nak explain cane perasaan aku semalam, hanya orang-orang yang mengundi sahaja boleh tahu perasaan yang telah aku rasa itu. Cewahh! So cepat-cepat daftar mengundi. Sembang kencang tapi tak mengundi, tak macho tak cun la uolls.

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...