Assalamualaikum. Lama gileeeeee tak blogging. Gosh! Rindu giler ;) Alhamdulillah tanggal 25/11/2016 sah saya menjadi isteri kepada suami saya ;) ;) ;). Terima kasih kepada yang menjayakan majlis ;) ;) Besar sangat jasa semua yang terlibat. Seperti mereka memudahkan urusan kami sekeluarga, kami doakan Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga :)
So, aku sangat excited untuk share tips/benda/produk yang harap-harap dapat memudahkan urusan korang-korang bakal pengantin semua :) Nak buat majlis ni bukan senang, kena ada perancangan yang teliti. Ada yang cakap setahun sebelum majlis dah kena survey semua, 6 bulan sebelum majlis gubahan hantaran dah kena siap (ok over sket). Mahu tak gelabah bila dengar benda2 camtu. Sooo here we go!
1. Tempoh masa persiapan.
6-7 bulan sebelum majlis is a nice duration for korang untuk buat preparation. Aku tunang awal bulan 5 so lepas tunang dah ada wawasan dan makin sedar diri bahawasanya dah nak kawen. Sebulan bulan 5 aku rilek2 survey tanya & bandingkan harga pelamin/doorgift/paper bag mak nenek semua.
After 1 month dah start serius nak yang mana yang mana. So konklusinya 6-7 bulan sebelum majlis is a nice timing. Aku tak kalut langsung kecuali pelamin.
up sket gamba maso tunang haritu :)
2. Senarai checklist perkahwinan
Get yourself senarai checklist perkahwinan. Alah google je. Kat fb pon ramai orang share. Compare 2,3 checklist & pastikan tak tertinggal mana-mana.
3. Kad kahwin & banting
Sekarang dunia di hujung jari. Aku tempah kad kahwin online melalui galerikadkahwinSR. Aku suka sebab ada free 5 barang & one of them is 5 pcs penunjuk arah. Suka betul dapat banyak penunjuk arah hehe. 4 barang lagi, 2pcs bunting, 1pcs banner, envelope, 10pcs props. Kalau kad mawar saiz 500pcs: RM200 800pcs: RM220. Cam tambah rm20 je untuk 300 pcs cam murahhh gileee dah. Kualiti & design memang terbaik. Tapi harga yang dipaparkan exclude GST hehe.
Ada satu lagi kad kahwin yang promotion dorang sebijik iaitu kadku.pro. So korang boleh usha2 lah. Harga kena double check kotla dah berubah :)
4. Paper bag nak letak doorgift
Yang ni aku sangat excited nak share. Murah giler, yang aku punya saiz paper bag comel je rm14/100pcs + doily putih rm3/100pcs. Korang bleh usha fb Chanteq House Crafty. Beliau akan suggest paper bag saiz mana yang sesuai ngan doorgift korang. Design pon comey2 doh :)
Dengan paper bag ni aku dah mengurangkan masalah dilema korang yang tak berkesudahan antara nak simpan ke tak bag2 yang letak doorgifts tuuu. Nak simpan kang takut semak, tak simpan kang takut nak guna hehehe. Paham sangat eh.
5. Doorgifts
Ok skang dah boleh buang resit2 doorgifts yang bersepah lam wallet. Hihihihi. Kawan cakap kat Nilai banyak doorgifts. Adalah jugak doorgift yang lain dari yang lain. Bagi aku pilihan tak banyak & takdelah murah sangat. Kat pusat perkahwinan inovatif Lia, Nilai banyak sket pilihan & bagi aku murahla jugak berbanding tempat lain. Kalau alang2 nak g jalan Nilai blehla singgah, kalo semata gi sana untuk borong doorgifts macam kena fikir 2,3 kali jugaklah hehe. So memandangkan Nilai tu cam jauh dari rumah korang, aku reveal exactly lah harga barangnya. Tapiii jangan salahkan aku plak kalo harga lain, maybe harga dah naik hehe. Zaman sekarang kannn. Harga ni di zaman aku beli tau, zaman 2016 lah tengah tahun kot. Harganya dah included GST.
Doorgifts ni aku sangat concern sebab nak bagi something useful untuk korang. Hopefully useful lah ea hehe.
(pusat perkahwinan Lia, Nilai. rm1.90 kalau beli 100pcs above. Ada pecah2 jugak kena check betul2. Kalo malas check, rugi.)
(image: ehsan google. Lupa nak ambik gambar haritu, nanti kalo dah ada betul aku edit balik. Coin purse ala2 camnilah. Boleh dapatkan di pusat perkahwinan Lia, Nilai. Masa tu kalo beli 2 plastik which contain 10pcs beg akan dapat percuma 1 plastik so total korang akan dapat 3 plastik(30pcs beg). 1 plastik harga rm39. So 3 plastik purata harga satu beg adalah rm2.60. Paham idok?)
(Era Nona. <rm2. Kalo ada kad ahli lagi manyak murah)
(Era Nona. <rm4. Sama huraiannya seperti diatas hehe)
(online, xingat namo fb. Bleh je direct mesej,
they will answer your question nicely :))
(sejadah mini & koin purse ni xsempat nak order sebab majlis dah dekat sangat. Koin purse tu better korang order 2 bulan before majlis. Unik sangat doorgifts ni :))
6. Pakaian seragam @ uniform
Untuk uniform raja sehari, korang boleh dapatkan dimana-mana kedai kain hehe. Gulatis macam mahal kan, tapi tak semahal yang korang sangkakan. Gulatis Lembah Sireh kat kelantan dia punya servis terbaik. Very value customer & sangat membantu. So jangan segan-segan mintak pandangan dorang untuk korang. So, korang takkan pening-pening dah nak pilih kain satu kedai & dapat menjimatkan masa korang. Dua kali aku pergi (aah baru dua kali hehe), dua kali layanan dorang terbaik. Sekarang ngah promo, baik korang cepat-cepat dapatkan di cawangan berdekatan :)
(my not so big family :) Alhamdulillah Allah for borrowing them for me. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Subhanallah :))
So setakat ini sahaja untuk hari ini. More tips comingggg ;*
No comments:
Post a Comment