Monday, 27 May 2013

Review Fast Furious 6

Assalamualaikum. Fast furious 6 dah kuar 23 mei 2013 haritu. Aku n kawan aku cam beria nak tengok hari tu jugak sebab dah jatuh cinta ngan ff lepas tengok ff5 tapi dia ada kelas malam plak so tak jadi. Tapi takpe, sebab aku dan kawan aku yang lain plan nak tengok ff6 kat sunway tapi malangnya tiket habis plak. Aku frust disitu. Banyak betul halangan nak tengok ff6 ni. Nak ajak kakak aku segan sebab kitaorang gaduh-gaduh manja haritu. Tapi at last, aku turunkan ego dan minta maaf ngan kakak aku and as kakak yang cool that way, terus bersetuju nak luangkan masa bersama-sama, siap belanja kite makan n tengok wayang agi.

So here the sinopsis of fast furious 6! ni link trailer fast furious 6 http://www.youtube.com/watch?v=PP7pH4pqC5A
Dom n the geng sudah menjalani kehidupan yang bahagia dengan halatuju masing-masing tetapi muncullah Hobbs meminta tolong. Hobbs memerlukan Dom n the geng untuk menolong beliau (beliau giteww) memburu sekumpulan penjenayah yang berkuasa dan berbahaya. At first, Dom taknak but after Hobbs tunjuk gambar Letty which is awek Dom dulu yang dah mati tu. Dom pon bersetuju dan memanggillah beliau geng yang beliau tubuhkan masa fast furious 5.
And here come my comments/opinions:

The idea for the movie is simple. Plot pon simple. Takde putar belit sangat. So that it is, one word.. simple ..

Aksi? So what can u expect from fast furious? Sudah tentulah lumba kereta, meletup-letup, terbakar-bakar, kereta terjatuh-jatuh, tembak-menembak dan seangkatan dengannya. Well aksi ia memang kelas-kelas fast furious la. Oh i mean it in a good way btw. Ada yang terkejut. Ada yang tak lojik sket. Ada yang macam "oh damn!" (feeling-feling omputih sekejap). Tapi aksi for ff6 ni macam banyak jugak aksi bertumbuk ea. Ff sebelum ni cam banyak aksi yang melibatkan kereta je kan. So (sila sambung sendiri ayat kat dalam kepala tu) ehek!

So here aku berterus-terang. Dalam banyak-banyak ff, ff5 n ff4 adalah feverat aku. Aku memang tak boleh pilih yang mana satu yang lagi bagus. For both ff5 n ff4, the idea is genius, aksi lagi la, sangat-sangat genius! Kalo ff5 aku boleh bagi 5/5 bintang. Ff4 aku boleh bagi 4.89/5. Ff6 aku bagi 4.7/5.

Aku nak bagi 4.6/5 untuk ff6 sebenarnya tapi aku suka dialog ia so extra 0.1 tu hadiah untuk dialog hehe. Macam aku cakap tadi satu benda yang membuatkan ff6 lain dari semua ff adalah dialog ia. Kelakar! Asyik gelak je dalam pawagam tu. Dialog ia memang mantap la for ff6. So that's all.


Tak sabar nak jumpa abang botak 2 tahun lagi hehe

Friday, 24 May 2013

Resepi Tomyam

Assalamualaikum. Ada satu perkataan yang melambangkan bulan 5 tahun 2013 iaitu penat. Kalau tiga perkataan, perkataannya ialah penat nak mampuih. Oleh itu, marilah kita mereleasekan kepenatan kita ini dengan memasak. Wah release penat dengan memasak. Kelas ko kilah. Aku ada satu resipi tomyam. Memang sedap gilak r kalo korang try masak tomyam guna resipi ni ehek!

Masa aku kecik-kecik dulu, hati kecilku selalu berkata-kata "mesti susah gile nak masak tomyam sedap macam ni". Masa aku bercuti kat rumah kakak aku tahun lepaih ke dua tahun lepaih, kakak aku ada ajar aku masak tomyam sebab bila dia suh aku masak, aku akan cakap "tak pandai masak!" dengan selambanya. Bila dia ajar, rupa-rupanya senang sangat aih nak masak tomyam ni! Anda hanya memerlukan 9 bahan sahaja.

1. Bawang putih
2. Bawang merah
3. Serai
4. Daun limau purut
5. Cili
6. Perencah tomyam adabi
7. Ayam/Sotong/Udang
8. Sayuran
9. Air

Cara-cara memasak:
  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, cili bagi hancur guna mortar and pestle.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan ini ikut turutan (bawang putih, bawang merah, cili).
  3. Bila dah wangi semerbak, masukkan bahan utama iaitu ayam/ sotong/ udang. Biarkan sebentar sambil kacau-kacau sikit. (lol korang taukan kacau maksudnya apa, kacau in bahasa bangku pon kacau jugak kan?)
  4. Masukkan air secawan atau dua cawan (ikut sukahati).
  5. Masukkan serai yang telah diketuk, daun limau purut, perencah tomyam adabi (adabi punya perencah memang the best!) dan sayuran.
  6. Jangan lupa masukkan garam dan ajinomoto. Biasanya ajinomoto ini adalah senjata rahsia masakan aku haha.

Ini namanya sotong tomyam banjir. Nanti bila malas menguasai diri, boleh makan kuah dengan teloq goreng. yumyum :D Perencah tomyam tinggai sikit sahaja tapi letak air banyak-banyak so nampak cayaq tapi sedap je. Tengokla sapa masak. Ok babai assalamualaikum :)

Monday, 6 May 2013

Mengundi

Assalamualaikum. Tahniah kepada yang menang PRU13. Jangan emo-emo pada yang kalah. Bak kata Ustaz Pahrol:
Yang menang, tunaikanlah amanah dan janji... 
Yang kalah, usah menunggu kuasa untuk berjasa dan berbakti... 
Yang masih belum berpuas hati, tuntutlah keadilan dengan berhati-hati 
Jelas sekali jalur siasah perlukan dukungan dakwah dan tarbiah. 
Yang 'jauh' kita dekati dengan dakwah. 
Yang 'dekat' kita perkukuhkan dengan tarbiah. 
Di Taif, Allah menunjukkan ada zuriat Islam dalam perut Jahiliah. 
Di Uhud, ada gamitan dunia yang menggugat keikhlasan mujahadah. 
Di Hunain, ada kebanggaan yang menyekat nusrah dan barakah. 
Jika kita belum upaya memindahkan pemerintahan kepada iman...mari terus berusaha memindahkan iman kepada pemerintahan. 
Dan alangkah indahnya jika kita usahakan kedua2nya sekali! 
Dengan pujuk kasih sayang... bukan dengan amuk kebencian. 
Mungkinkah kerana belum teguh keikhlasan? Atau belum kukuh kebijaksanaan? Atau kedua2nya sekali? 
Tidak ada istilah kalah di jalan Allah.
Baca banyak-banyak kali dan sematkan dalam hati (Sakilah,2013). Lembut sungguh kata-kata Ustaz. Terus aku admire giteww.

Aku menghabiskan masa dengan mek aku tiga hari sahaja. Tiga hari dalam satu sem je bak hang. Kalaulah sel-sel research aku tau, mesti dorang da bagi keputusan yang memberangsangkan dah. Tapi aku fikir, mereka tidak tahu. Nasib baik ada cuti mengundi, kalau tak memang asyik nak emo jela aku sem ni eheks! Nilah sebab utama aku excited gile nak balik mengundi eheks (lagi). Senyum kawan-kawan, senyum :) Jangan emo sangat :)

First-timer mengundi, seronok bak hang. Sebab kedua aku excited gile nak mengundi, perantau-perantau dapat duit kot. RM350 kalau korang amek dua-dua parti la kan plus korang perantau dari KL ke Kelantan. Tapi nampak cam impossible la nak dapat RM350 sebab kat tempat aku tu, salah satu parti kena angkat sumpah giteww baru dapat duit. Kelas ko jah.

Ha! Aku rasa seperti orang penting kot pada hari itu. Penting kepada Negara, Agama, Bangsa, Perdana Menteri, Tok-tok Guru dan tok-tok wakil. Bila lagi nak feeling-feeling penting kepada orang penting macam tu lagi kan. 5 tahun sekali je pon. Rugila bak hang kat sape-sape yang dah cukup umur tapi tak daftar mengundi lagi. Nak jadi orang penting dah tak mampu dah, feeling-feeling macam ni pada hari mengundi je yang mampu hekhek. Alah bukannya susah sangat pon, korang pi pejabat pos yang berdekatan dan cakap saya nak daftar mengundi! Ha senang bukan (padahal akunya, ketua kampung tolong daftarkan, kalau tak, tak wujudnya entry ni). Jangan tunggu last-last minute uolls, kalau bleh pegi terus lepas baca entry ni. Kawan aku yang daftar bulan 1 hari tu pon tak sempat mengundi semalam. Rugi-rugi.

Sebenarnya, aku nak buat pengakuan, bahawasanya aku ni adalah noob dalam bidang politik a.k.a lalang yang berakar juga. Kalau diminta berdebat sah-sah kalah. Ataupon, aku end up join parti yang ajak aku berdebat tu haha. Tapi macam aku cakap tadi, aku ni lalang berakar so still teguh kepada satu parti sahaja. Dan perasaan semalam tika MENUNGGU keputusan diumumkan, perasaan aku bercampu-baur. Aku tak sangka selalang-lalang aku ni pon, telah berperasaan begitu. Susah betol aku nak explain cane perasaan aku semalam, hanya orang-orang yang mengundi sahaja boleh tahu perasaan yang telah aku rasa itu. Cewahh! So cepat-cepat daftar mengundi. Sembang kencang tapi tak mengundi, tak macho tak cun la uolls.

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...