Sunday, 24 March 2013

My skincare routine (weeks)

Assalamualaikum. Haihz, nak cakap rutin mingguan pon malu sebenarnya sebab asyik terlupa je nak buat. Kalau aku ingat pon, kemalasan yang menebal telah menyelubungi diri ini. Tetapi bersempena dengan semester baru ini, aku berazam dengan sepenuh hati untuk melaksanakan rutin penjagaan kulit mingguan ini dengan sebaik mungkin!

1. Skrub


Kita kena skrub muka kita paling banyak hanya dua kali seminggu. Paling sikit sekali seminggu. Yang ni aku pernah terbaca kat blog seseorang yang aku tak ingat siapa. Dia cakap tujuan kita skrub ni tak nak bagi pore kita ni tersumbat. Dan salah satu penyebab kulit berjerawat adalah pore yang tersumbat. Skrub ni lebih harsh dari pencuci muka so ia akan membasmi sel-sel yang dah mati dan kotoran degil yang melekat kat muka tu. Dan aku baru tahu yang jerawat ni ada empat tahap. Tahap 4 yang paling teruk. Bagi yang berjerawat tahap 4 ni, tak perlu lagi kot nak guna skrub nanti berdarah pulak muka tu. Tahap 3 kebawah mungkin boleh. Tapi gunalah skrub yang mild je. Skrub ni ada yang harsh and mild. Kena pilih betul-betul sebab yang harsh tu memang-memang-memang tak sesuai untuk kita-kita yang kulit berjerawat ni.

2. Mask


I love u, baby i'm not a zombie *&%$#@!#* i need u, baby i'm not a zombie. I'm not a zombie~ hekhek. Tahap kekerapan pemakaian mask pon sama jugak dengan skrub. Dan jangan lebih dari 20 minit. Seperti biasa aku selalu tertanya-tanya "kenapa tak boleh lebih 20 minit, beli mask mahal-mahal tapi bleh pakai 20 minit je. Membazir betol!" Ini adalah kerana salah satu fungsi mask adalah menghisap (absorb) lebihan minyak kat muka. Kalau pakai lama-lama, bukan sahaja lebihan minyak yang dihisap malah minyak yang tak bersalah pon dihisap sama. Ingat entry saya yang lepas yang saya cakap minyak yang tak bersalah ni pon ada fungsinya. Selepas 20 minit, blehla basuh mask tu dengan span. Aku tau mesti korang cam "span yang macam mana?" Nah! Siap ada gambaq lagi kat bawah ni.



3. Bio oil


Ya. Inilah situasi sebenar meja study aku. Bersepah. Entry yang lepas tu hanyalah plastik semata-mata hekhek. Disebabkan aku eager sangat nak habiskan bio oil ni sebab aku nak beli hiruscar gel, aku pakailah bio oil ni lepas pakai mask. Kalau nak pakai moisturizer pon bley. Yang pasti kena lembapkan kulit tu lepas pakai mask tak kisahla dengan bio oil atau moisturizer sebab kulit akan menjadi betul-betul kering lepas pakai mask. Kenapa kena lembapkan kulit? Haa aku dah tulis kenapa dalam entry lepas. Aku bukannya malas nak tulis balik, cuma nak memupuk semangat membaca dalam diri korang. eheks! Dan ada arahan kat belakang botol bio oil tu cakap "apply twice daily". Aku dah tak sanggup memberontak lagi. Setiap arahan yang ada kat botol kosmetik tu mesti ada sebabnya. Oleh itu, jangan pakai bio oil lebih dari dua kali ye uolls. Assalamualaikum :)

Saturday, 16 March 2013

My skincare routine (days)

Assalamualaikum. Daku tahu kulitku tidaklah semulus mana untuk berkongsi rahsia penjagaan kulit sehari-hari. Namun, hati ini sering meronta-ronta meminta si puan punya hati untuk membuat entry ini. Daku juga pernah menyimpan impian untuk menjadi vlogger sepertimana bubzbeauty namun ianya hanya tinggal sebagai kenangan.

1. Cuci muka


Bangun pagi gosok gigi dan cuci muka. Cuci muka kalau boleh jangan lebih dari dua kali sehari. Dulu, aku selalu berasa pelik kenapa biasanya insructions kat pencuci muka tu cakap "cuci muka dua kali sehari". Aku cam bialah aku nak cuci banyak-banyak kali pon since muka aku ni berminyak kan. Tsktsktsk. Salah uolls! Kita tak boleh cuci muka dengan pencuci muka banyak-banyak kali, kalau cuci muka dengan wudhuk banyak-banyak kali baru boleh hekhek. Ini kerana minyak kat muka kita tu sebenarnya berfungsi sebagai pelembap untuk memberi kelembapan kepada kulit kita. So bila cuci muka banyak-banyak kali, kulit kita akan menjadi terlalu kering. Oleh itu, untuk mengekalkan kelembapan kulit, minyak akan keluar lagi banyak dan kulit kita akan lagi berminyak!

2. Toner


Selepas cuci muka, kita pakai toner. Wa begitu suci meja study aku, tenang hidup hekhek. Toner fungsinya adalah untuk mengecilkan liang-liang roma. Aku suka guna botol yang ber-spray sebab aku akan rasa fresh di muka. Boleh dibeli kat watsons atau guardian pastu letakla toner dalam botol tu.

3. Moisturizer


Memang aku sengaja letak gamba tak sharp sebab kalau tak nanti akan kelihatan urat-urat tangan hekhek. Fungsi moisturizer ni adalah untuk mengekalkan kelembapan kulit muka. Oleh itu, selepas cuci muka dengan pencuci muka, cepat-cepat pakai toner dan moisturizer supaya kelembapan kulit akan kekal. Oleh itu juga, minyak takde la nak keluar banyak-banyak sebab kulit dah pon dilembapkan dengan toner dan moisturizer. Moisturizer yang aku pakai ni oil-based, aku tak sabar nak tunggu ianya habis sebab nak cuba moisturizer yang water-based pulak. Sepertimana yang aku baca, moisturizer yang water-based akan lebih selesa dipakai sebab tak berminyak.

4. Limau nipis


Tips ni aku dapat dari sorang pakcik. Dia cakap perahkan limau nipis kat kapas dan sapu kat muka 20 minit sebelum mandi. Kita akan berasa gatal-gatal kat muka. Since ianya senang untuk dibuat dan kedengaran seperti menjadi untuk merawat resdung, aku pon buatlah tapi malangnya muka aku tak gatal-gatal pon. Walaubagaimanapun usah kecewa, selepas lima hari mencubanya, aku dapat berasakan kulit muka aku semakin lembut maka aku meneruskanlah usaha ini. Sekian sahaja. Assalamualaikum dan sweetsweetsweet dreams :)

Friday, 8 March 2013

Berjerawat I

Assalamualaikum. Menengok Beto di kaca tv3 sambil berblog memang dua perkara yang menggembirakan hati. hekhek. Namun begitu, tujuan utama saya pada malam ini bukanlah untuk mempromosikan Beto. hekhek (lagi).

Another tips for penjerawat-penjerawat tegar mahupon bukan.

1. Berpantang

Berpantang memang sangat-sangat penting bagi penjerawat tahap ketiga. Maksud berpantang adalah menahan diri dari makan benda yang membuatkan kita alergik. Masa jerawat aku di tahap ketiga dulu, memang aku berpantang. At least takde la nampak muka cam monster sangat kan. Kesannya pon memang memberangsangkan tapi yang penting kena bersabar sebab kesannya bakal kelihatan dalam 5-6 bulan mungkin. Mesti korang cam "sampai bila aku nak berpantang dan hanya mahu melihat makanan-makanan itu". Jangan risau, jerawat kita bakal berkurangan dari tahap ketiga ke tahap kedua. Oleh itu, bolehla kita makan makanan itu apabila jerawat kita semakin berkurangan tapi mesti dalam kadar sedikit. Kalau boleh elak, elakkanlah.

2. Tidur

Salah satu sebab utama kulit berjerawat adalah disebabkan hormon yang tak stabil. Antara sebab hormon tak stabil adalah stress. Antara sebab stress adalah banyak kerja dan tak cukup tidur. Oleh itu, pastikan kita tidur sekurang-kurangnya 5 jam satu malam. Bila kita cukup tidur, hormon kita takdela menggila tak tentu arah dan akan menjadi lebih stabil. It's like hormone goes back to the right places with the right roles. Selain itu, pastikan waktu jam tidur kita adalah normal, mungkin dari pukul 12 malam ke 5 pagi (?). Ini adalah kerana, waktu-waktu beginilah kulit kita akan aktif ber-regenerate.

3. Terima teguran

Memang annoying bila ada orang tegur pasal muka kita. Rasa macam nak larik je dari perbualan yang sedang berlaku itu pastu akan rasa down satu hari. Itulah yang berlaku kat aku dulu-dulu. Walaubagaimanapun, teguran mereka bukanlah sekadar omong kosong sahaja. Sudah tentu tujuan utama mereka-mereka yang menegur kita adalah kerana mereka prihatin dan mahu menolong. Macam-macam tips yang aku dapat, letak daun jambu batu la, kunyit la, kulit kayu manis la dan sebagainya. Look at the bright side girls. Mungkin salah satu dari tips yang diberikan oleh mereka sebenarnya sesuai dengan kulit kita. Ianya seperti Allah menghantar mereka untuk membantu kita menyelesaikan masalah kita. Haiz, unfortunately i was too young to realize that. Cewah! Babai :)

Sunday, 3 March 2013

Review A Gentleman's Dignity

Assalamualaikum. Hari tu aku bosan. Aku mesej kawan aku "weh hang suggest kat aku drama korea apa yang best, nak yang romantik!". Kawan aku pon balas "a gentleman's dignity, flower boy next door, scent of a woman." Scent of a woman aku dah tengok tapi separuh jalan. Aku cam tak boleh buat keputusan nak pilih a gentleman's dignity ke flower boy. Pastu aku godek-godek video kat youtube, rata-rata komen kata gentleman's best. Aku tengok hero ia tak hensem pon, tua plak tu, muka cam cengkung je. Best ke cite ni? Tapi aku pon mencuba nasib.


"Cerita ini mengisahkan kisah cinta empat orang sahabat. Kesemua lelaki. Berumur 41 tahun. Berkawan semenjak dibangku sekolah lagi. Masing-masing mempunyai karakter yang berbeza-beza. Si hero merupakan seorang yang playboy.
Si heroin ni dah lama suka kat Tae San (kawan si hero) tapi dalam diam je. Masa si heroin ni nak meluahkan perasaan kat Tae San, Tae san plak mintak nombor phone kawan si heroin dan dorang start dating. Si hero plak mestilah suka kat si heroin kan. Pada mulanya, si heroin tak suka kat si hero. Dan bermulalah momen-momen sweet si hero nak mengorat si heroin. Dalam pada itu, ada seorang remaja yang datang ke korea untuk mencari ayahnya."
Aku bagi bintang 4.5/5. 0.4 sebab bosan. Disebabkan aku tak berminat dengan kisah cinta tiga orang lelaki selain daripada si hero, itu yang menyebabkan sedikit bosan. Kalo sampai turn kisah cinta dorang, aku skip je. Aku tengok kisah cinta si hero je.

Si hero dan heroin ni memang ada chemistry. Babak romantik dorang membuatkan hati aku berbunga-bunga. No wonder la si hero ni salah satu aktor yang dibayar mahal. Oh! 0.1 lagi aku salahkan mekap atau lighting. Kesian my hero nampak cam terlebih putih dan buruk sedikit tapi tetap hensem. Ceh! mula-mula bukan main lagi cakap buruk la, apa la, tula suka sangat judge orang kan. Aih walaupon aku ni perempuan, aku tetap jeles, umur dah 41 tahun pon still attractive and charming lagi. Tak tak tak. Ini semua hanya gara-gara gaya rambut, takde belly and karakter dia yang berkeyakinan itu.

Satu kelainan drama ni adalah prologue. Macam pembuka cerita setiap episod. Mengisahkan friendship dorang. Sweet sangat! Dan kelakar. Ah! salah seorang pelakon drama ni Soo Ro. Sama je cara dia bercakap dalam drama dengan Family Outing. LOL.

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...