Assalamualaikum :)
Tidak kurang seminggu lagi cuti semester bakal berakhir. Oleh itu, marilah
kita menghabiskan sisa-sisa cuti semester ini dengan melakukan marathon movie dan drama sebelom anda menyesal. Sudah lama rasanya saya tidak menonton drama korea kerana agak kecewa dengan storyline mereka. Tetapi drama korea faith the great doctor yang dilakonkan oleh Lee Min Ho ini merubah segala-galanya. hekhek.
"Apa lagi yang mahu dikatakan. Sudah tentu tarikan utama saya menonton drama ini adalah kerana si hero utama. Pada mulanya saya tidak begitu tertarik untuk menonton drama ini kerana saya merasakan storyline ia hanya so-so atau membosankan tambahan lagi ianya adalah drama dulu-dulu. Walaubagaimanapun, ternyata tekaan saya salah sama sekali.
Storyline ia sangat mantap! Begini ceritanya, Korea pada masa itu merupakan salah satu negara jajahan China. Raja China mengahwinkan puteri baginda dengan putera Korea. Walaubagaimanapun, ada pihak lain yang ingin merampas takhta Raja Korea. Oleh itu, mereka melakukan pelbagai cara termasuklah ingin membunuh Raja dan Permaisuri Korea dan Permaisuri Korea itu cedera teruk dibahagian leher.
Doktor yang kacak pada masa itu menyatakan mustahil bagi beliau untuk merawat permaisuri Korea kecuali jika terdapat 'Doktor Tuhan'. Penasihat Raja menyatakan bahawa menurut cerita dulu-dulu memang terdapat 'Doktor Tuhan'. Ini kerana terdapat satu pintu ajaib yang akan terbuka pada satu-satu masa dan 'Doktor Tuhan' itu masuk kedalam pintu ajaib itu dan tidak pulang-pulang.
Oleh itu, kerana setia kepada Raja dan negara, Min Ho yang merupakan seorang pahlawan pada masa itu masuk kedalam pintu ajaib untuk mencari 'Doktor Tuhan' dan berjumpa dengan si heroin yang merupakan seorang doktor di tahun 2012. Min Ho membawa balik si heroin ke zaman beliau. Dan bermulalah kisah cinta mereka".
Tapi bagi aku, kalo nak expect kisah cinta mereka yang jiwang-jiwang, takde la sangat sebab drama ini banyak berkisar tentang politik. Tentang pihak yang ingin merampas takhta Raja Korea dan bagaimana Min Ho berjuang untuk mempertahankannya. Memang sangat menarik! Aihhh Min Ho memang sangat charming dalam drama ni dengan tahap keyakinan yang sangat tinggi.
Cinta? Mestila ada kisah cinta antara mereka berdua, kalo tak, akan bosanla cerita ini cuma aku tak ingat da. Dah lama tengok cite ni haha. Dan kisah cinta antara Raja dan Permaisuri tu pon agak comel jugak. Untuk mempertahankan takhta Raja, si heroin pon terpaksa melalui kesengsaraan yang agak perit. Bayangkan terpaksa hidup di zaman purbakala, aih mestila rasa cam nak balik! Nak melalui hidup yang normal di tahun 2012. Dan ending ia walau agak mengelirukan tetapi sangat menarik.
Emmm yang kurang dari cite ni mungkin probs, aku tak dapat merasakan aura hidup pada zaman dahulukala. Tak macam cite Hong Kong yang kungfu tu, pergh memang dapat aura kehidupan dahulukala. Pastu Min Ho punya watak still tak boleh lari dari watak Jun Pyo dia tu. Apa-apa pon, aku bagi bintang 4.7/5. 0.3 sebab salah probs. Salah Min Ho dimaafkan sebab masa ending dia sangat hensem haha. Oh! kalau nak cerita romantik-romantik aku cadangkan A Gentlemans' Dignity. It's review's coming :)