Assalamualaikum. Alhamdulillah 25 November 2017 mark as our 1st anniversary 🎉🎉🎈🎈 yeyyyy hehe. Sekejap je da setahun dah bergelar seorang isteri. Gittewww.
Kehidupan selepas kahwin memang tak mudah. Tapi kehidupan itu sendiri pon memang tak mudah pon kan before or after get married pon haha. So we better make any preparations(including kewangan) for our better life.
Baru haritu my senior colleague aku mengadu sedihnya tengok slip gaji & i was like nape nak sedih gaji dia banyak kot. Bayangkan gaji from rm8000++ after tolak semua hutang & all, baki jadi rm1500++ & i was like okayy itu memang menyedihkan. Tak kisah lah yang bergaji besar or kecik. Itulah realiti kehidupan sekarang kepada semua orang. It depends on us how to handle our money.
Bukak je fb or blog macam-macam cara orang share tips untuk menabung. Ada menabung secara ikut warna duit lah & macam-macam lagilah. Dan disini aku nak menyeru korang untuk menabung tidak kiralah bagaimana cara sekali pon as long as korang rasa happy & tidak membebankan. If it suit you, then you can follow my style-lah. Gittewww. So let's goooo...
1. Menabung ikut priority
Aku percaya kebanyakan orang wish list dia mesti 1. Nak ada rumah 2. Nak ada kelengkapan rumah 3. Nak ada duit simpanan 4. Nak gi haji & umrah 5. Nak gi travel 6. Nak ada barang branded 7. Nak menabung untuk anak-anak & list goes on.
So susun tabung korang ikut priority mana dulu. Bagi aku of course priority rumah. So right after we get married memang aku tubuhkan satu tabung yang dipanggil tabung rumah. Husband simpan berapa & wife simpan berapa it doesn't matter as long as korang bincang elok-elok & no heart feeling involved & ikhlaskan diri & tidak membebankan.
Betullah ada hikmah di sebalik kejadian. After we get married, kitaorang PJJ dalam 6 bulan camtu. Since kitaorang PJJ & dok rumah parents memasing, banyak jugak lah yang kitaorang dapat simpan dalam tabung rumah ni though PJJ is really hurt & tak dapat digambarkan lah macam mana sakitnya ber-PJJ tu huhu T,T.
So alhamdulillah after 6 bulan aku dapat pindah berada di sisi husband. & alhamdulillah bermodalkan duit tabung rumah tu dapatlah kitaorang bayar deposit sewa rumah & dapat beli barang asas keperluan rumah.
Ini bukan nak menakutkan korang tapi deposit sewa rumah sekarang memang 2+1 which is 2 bulan duit deposit & sebulan duit sewa rumah + lagi bil api air. Paling busuk pon sewa rumah sebulan(rumah kosong) area tempat aku is rm600 & ia adalah rumah flat. So total semua adalah rm2000 mesti ada dalam tangan. & if ada yang jenis tak boleh dok rumah flat, nak sewa rumah landed jugak paling busuk pon rm1000-rm1200 sebulan. & total korang kiralah sendiri dalam tangan kena ada berapa. Itu baru duit deposit rumah, tak campur lagi ngan nak mesin basuh, peti sejuk, almari pakaian & set bilik tidur. So kalau jenis yang masuk rumah je nak semua benda ni. Tak ke haru. & kalau tak mampu, tak ke menambah kekusutan.
Haaa kusutkan. So nasihat aku kalau korang ni jenis tak PJJ lepas kahwin atau tak mampu nak menabung banyak lepas kahwin, better korang include sekali duit keperluan lepas kahwin dalam bajet kahwin korang. Mana tahu mana yang boleh cut bajet untuk persiapan kahwin, better korang cut lah. Memang kahwin hanya sekali, nak pelamin gah semua tapi dengarlah cakap ahkak yang dah kahwin ni. Kalau boleh diundur balik memang ahkak akan cut mana yang tak perlu masa majlis kahwin dulu. Masa tu husband dah macam nasihat dah ada certain persiapan yang aku buat agak mahal tapi eksen tak nak dengar huhu. Nasib baik jugaklah kitaorang PJJ. Dapat gak kumpul duit untuk persiapan sewa rumah.
2. Teruskan tabung rumah walaupun menyewa
Tabung rumah ni kegunaannya bukan untuk persiapan untuk sewa rumah sahaja. Ia lebih daripada itu. Semua yang berkaitan rumah korang boleh guna duit tabung tu contohnya persiapan untuk bayar 10% deposit rumah bila beli rumah ke, untuk beli perabot rumah ke, untuk renovate rumah ke, untuk kecemasan bila tak dapat bayar bulan-bulan ke. Macam-macamlah.
Yang pasti korang mesti istiqamah menabung & jangan usik selagi ia tak berkaitan dengan hal-hal rumah.
Faham bila menyewa pon dah mahal takkan nak teruskan menabung jugak kan. Tapi bagi aku selagi korang menabung, akan nampak faedahnya di kemudian hari. Tak kisahlah korang menabung rm50 je ke sebulan. Selagi istiqamah & tak usik duit tu, cuba bayang kan 10 tahun akan datang. Yang rm50 tulah jadi rm6000. Haaa sape nak bagi free2 rm6000. Masa rumah baru nanti dah dapat beli sofa baru harga rm6000. Kerlasss kau Jah hehe ;)
3. Take time
Bagi aku nak stabilkan kewangan lepas kahwin ni memang ambik masa. Well kewangan will never be the same sebelum & selepas kahwin terutama para suami sekalian. Berapa lama, it depends. Ada yang setahun baru rasa lepas sikitlah bernyawa tu kan bak kata orang kelantan. Ada yang sebulan, dua bulan dah stabil. Jadi untuk para isteri sekalian kena bersabarlah. Janganlah at the same time nak tubuhkan tabung rumah then nak tubuhkan tabung travel nak tubuhkan tabung umrah nak tubuhkan tabung haji & segala macam tabung lagilah. Take time, maybe after one year boleh tubuhkan tabung lain & another one year tubuhkan tabung yang lain plak.
Tapi ada satu tabung jugak yang terpaksa ditubuhkan jugak tak kira masa iaitu tabung baby :) hehe
Alhamdulillah me got pregnant & right after tau pregnant terus menabung untuk perbelanjaan baby. Fungsinya supaya kita tak over & under-spend for baby. Tau-tau lah kan mesti kita nak beli barang yang terbaik untuk anak kita kan. Lagi-lagi first baby, rasa cam nak beli macam-macam untuk baby. So bila dah ada tabung ni, kita akan tau apa yang perlu dibeli & apa yang tak perlu dibeli. At range berapa harga kita patut beli & at the same time kualitinya pon okay for baby. Even after baby lahir pon teruskanlah tabung baby ni sebab perbelanjaan lepas lahir lagilah banyak nak guna kan. Susu baby & so on.
4. Menabung ikut bank
Because of banyak sangat tabung korang ni, mesti agak pening kan & takut bercampur pulak duit & terguna plak duit tu so penyelesaiannya adalah asingkan duit tabung korang ikut bank.
Korang mesti ada banyak bank yang tak terisi duitnya kan hehe. Yelah masa matrik kena bukak akaun bank lain, masa uni bank lain plak, masa nak mintak loan bank lain lagi. So apa kata kita isi sikit dalam bank-bank tertentu.
5. Jangan tangguh bayar hutang
Walaupon bila buat bajet bulanan & rasa hutang tu boleh ditangguhkan, better korang janganlah menangguhkan bayar hutang terutama sekali hutang ptptn hatta sekali hutang bil api air. Bukan sahaja peribahasa "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit" boleh diaplikasikan dalam duit tabungan tapi boleh jugak diaplikasikan dalam duit berhutang.
Yang ni aku belajar dari husband, even se-tight mana bajet bulanan beliau, semua hutang mesti beliau setelkan. Barulah hidup tenang :)
6. Grab the oppurtunity
Sekarang ni macam-macam peluang yang ada yang boleh kita ambik. Skim mydeposit lah, rumah mampu milik lah. So rajin-rajinlah mencuba. Dari korang menyewa berpulu-puluh tahun, apa salahnya cuba nasib kat rumah mampu milik ni.
Senarai pelepasan cukai pon salah satu peluang jugak tu. So rajin-rajinlah ambik tahu & resit jangan lupa fotostat & simpan.
Oh ye korang taukan akaun 2 kwsp boleh dikeluarkan untuk urusan tertentu. Haa oppurtunity jugak tu kalau korang pandai guna duit dari akaun 2 tu.
Oh ye korang taukan akaun 2 kwsp boleh dikeluarkan untuk urusan tertentu. Haa oppurtunity jugak tu kalau korang pandai guna duit dari akaun 2 tu.
Zakat pon jangan lupa bayar. Dengar cite pusat zakat pon bukak gak pada hujung minggu. Ahkak pon tak bayar lagi. Moh la kita sama-sama bayar.
Penat dah. Sekian sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain hari. Send lots of love from me 💓