Monday, 1 July 2013

Kami memerlukan bantuan, bukan kejian

Assalamualaikum. 
Kejadian ini berlaku masa aku sem2. Aku gaduh besar dengan kawan aku. Apa je yang aku tak buat masa gaduh tu. Marah-marah, mengumpat-ngumpat, memerli-merli. Marah-marah lagi, mengumpat-ngumpat lagi, memerli-merli lagi. Pendek kata semua benda yang orang bergaduh buat, aku buat. 
So bila aku berada di situasi ni, akan ada beberapa golongan yang wujud yang bertindak balas di atas tindakan aku ni. Akan ada yang "aku memang sokong ko dowh, aku pon sakit aty giler ngan dia blabla". Dan akan ada jugak yang "weh, aku tak paham la kilah tu, dia tak boleh bersabar ke dalam menghadapi ujian yang diberi oleh Allah ni? Macam la dia tak pernah melakukan kesalahan. Dia tak tahu ke sabar tu sebahagian dari iman? blabla". 
Bukannya takde kawan yang cuba menasihati aku supaya bersabar dan sebagainya. Ada. Tapi aku tak ambik port pon. Aku rasa aku je yang betul. Aku ingat lagi yang sorang kawan aku ni cuba nasihatkan aku dengan tulis "kata-kata" kat buku aku. Aku baca tapi sekadar baca jelah. Hati aku gelap. Lagi sedih aku tak perasan pon yang "kata-kata" tu adalah nasihat. 
Entah kawan aku yang mana entah yang berdoa supaya aku diberi hidayah atau ini memang ketentuan Ilahi yang akhirnya aku sedar apa yang aku buat ni salah. Aku sedar yang sebahagian besar yang menyebabkan pergaduhan ni adalah salah aku sendiri.
Aku bersyukur bilamana diberi pengalaman sebegini. Aku boleh memahami bagaimana perasaan orang yang berada di dalam dunia kejahilan. Bilamana kami berada di dalam kejahilan dan kegelapan, bantulah kami, bukan mengeji atau mengumpat tentang kami. Sebetulnya ia tidak membantu kami langsung. Bantuan bagaimana yang kami inginkan? Tak banyak dan tak susah, doakanlah kami supaya kami diberi hidayah dan petunjuk. Orang cakap doa sahaja tak mencukupi, kena berusaha. Ya, betul. Berusahalah dengan menasihati kami. Tetapi jika kami tidak mendengar nasihatmu, janganlah memarahi kami kerana hati kami memang sangat gelap pada masa tu.

Mungkin dirimu yang mengeji kami tidak sedar bahawa kita berbeza-beza. Kita datang dari background yang berbeza-beza. Ibu bapa yang berbeza, didikan agama yang berbeza, proses kehidupan yang berbeza, ujian yang berbeza. Untunglah bagi kamu yang dilengkapi dengan didikan agama sejak dari kecik lagi. Pernahkah kamu terfikir bagaimana dengan kehidupan kami? Oleh itu, ya, bantulah kami, bukan mengeji kami. Kami sangat menghargainya :)

No comments:

Post a Comment

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...