Assalamualaikum. Nak cakap aku ni sibuk sangat, sibukla jugak seposen dua. Sibuk pegi LI. Kalo weekdays, harusla pegi LI pastu balik tido. Pastu pegi LI lagi, balik tido lagi. Pastu pegi LI pastu tido. LI dan tido berpisah tiada. Rasa macam hidup takde purpose pon ada muehehehe. Hujung minggu plak dok melayan jiwa. Lagila aku rasa hidup aku tak bermakna muehehehe. Tu yang lama gak aku tak update blog tu. Ha! tu la apa yang aku cuba nak sampaikan dalam perenggan pertama ni. Sebab-sebab lama aku tak update blog muehehe.
Pastu aku tengok checklist azam ramadhan kali ni. Rata-rata macam tak tercapai lagi. So, ayuhla kita mencapainya. Better late than never bebeh! Nak-nak lagi 10 malam terakhir ni kan uollls. Salah satu azam aku adalah memahami bacaan solat. So berbalik kepada tajuk entry kali ini adalah memahami bacaan solat rukuk, iktidal dan sujud :)
Rukuk
سبحان ربي العظيم وبحمده
Maha suci Allah Tuhanku yang Maha Agung dengan puji-pujianNya
Iktidal
سمع الله لمن حمده
Allah mendengar orang yang memujiNya
ربنا لك الحمده
Ya Allah Tuhan kami
Sujud
سبحان ربي الاعلى وبحمده
Maha suci Tuhan serta memujilah aku kepadaNya
Doakan aku tak tido sangat. Macam mana nak kejar lailatul qadar kalo asik tido ni hah? (marah diri sendiri) aha! babai :) Assalamualaikum :)
Sunday, 28 July 2013
Saturday, 20 July 2013
Memahami bacaan solat (doa qunut)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Guane bereh doh ko tafsir tahiyat? Kalau tak ingat sebiji-sebiji tafsir pon takpe asalkan kita dah faham apa yang kita baca, tu pon dah ok. Oleh itu, jom kita teruskan usaha untuk memahami bacaan solat untuk doa qunut puleee. hihu :D
hihu gudlucks :D
اللهم اهدني فيمن هديت
Ya Allah berilah aku petunjuk seperti orang-orang yang telah engkau beri petunjuk
وعافني فيمن عافيت وتولني فيمن توليت
Berilah aku kesihatan seperti yang telah Engkau beri kesihatan
وبارك لي فيما اعطيت
Berilah berkat kepada apa yang telah Engkau berikan kepadaku
وقني شرما قضيت
Dan peliharalah aku dari kejahatan yang Engkau pastikan
فانك تقضي ولا يقضى عليك
Sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan bukanlah yang diputuskan
وانه لا يذل من واليت
Sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau beri kekuasaan
ولا يعز من عاديت
Dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi
تباركت ربنا وتعاليت
Maha berkatlah Engkau dan maha luhurlah Engkau
فلك الحمد على ما قضيت
Segala puji bagiMu atas yang telah Engkau pastikan
استغفرك واتوب اليك
Aku mohon ampun dan bertaubat kepada Engkau
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم
Semoga Allah memberi rahmat, berkat dan salam atas Nabi kita Muhammad beserta keluarganya.tips: لا = tidak @ bukan
hihu gudlucks :D
Tuesday, 16 July 2013
Memahami Bacaan Solat (tahiyat)
Assalamualaikum. Seperti yang aku janjikan itu hari. Kita nak hafal sesama kan tafsir ayat bacaan dalam solat, kan? So ini dia tafsir ayat tahiyat awal dan akhir. Memandangkan kita masih di awal ramadhan dan semangat masih berkobar-kobar untuk memaksimakan amalan, so marilah kita menghafal ayat bacaan solat yang panjang-panjang sikit eh.
التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله
segala kehormatan, kelimpahan, kebahagiaan dan kebaikan adalah bagi Allah
السلام عليك ايها النبي ورحمة لله وبركاته
kesejahteraan, rahmat Allah dan berkatnya tetap kepadamu wahai Nabi
السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
kesejahteraan juga semoga tetap ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang salih-salih
اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمدا رسول الله
aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
اللهم صل على محمد
Ya Allah, kurniakan kesejahteraan atas Nabi Muhammad
وعلى ال محمد
dan ke atas keluarga Nabi Muhammad
كما صليت على ابراهيم
sebagaimana Engkau telah kurniakan rahmat ke atas Nabi Ibrahim
وعلى ال ابراهيم
dan ke atas keluarga Nabi Ibrahim
وبارك على محمد
dan berkatilah Nabi Muhammad
وعلى ال محمد
dan keluarga Nabi Muhammad
كما با ركت على ابراهيم
sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim
وعلى ال ابراهيم
dan ke atas keluarga Nabi Ibrahim
فى العالمين
di seluruh alam
انك حميد مجيد
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia
Bila aku tengok balik tafsir ni, takde la susah sangat nak hafalkan. Tapi kalau pernah belajar bahasa Arab, lagi senang la nak hafal.
Meh aku bagi tips sket (tips sangattt hihu). Contoh ayat ni:
السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
السلام = kesejahteraan
علينا = (atas) على + (kami) نا
و = dan
عباد الله = hamba-hamba Allah
الصالحين = yang salih-salih
Ha, senang bukan? Apa tunggu lagi. Jom menghafal! 9 subjek bleh hafal. Apatah lagi bacaan solat yang kita buat 5 kali sehari bukan. Gudluck untuk diri aku dan korang! mihihuhihuhihu :)
Tuesday, 9 July 2013
Yukk Ber-Revolusi bersama-sama Saya!
Assalamualaikum. Ramadhan datang lagi! Adakah anda sudah mempunyai revolusi untuk ramadhan kali ini? Kalau sudah, bagus! Saya ucapkan semoga revolusi anda menjadi kenyataan. Jika belom, usah risau bergundah-gulana, ayuh ber-revolusi bersama-sama dengan saya!
Kenapa perlu revolusinya ni ha? Revolusi dapat membantu kita untuk memaksimakan sebanyak mungkin ibadah kita di bulan yang mulia ini.
1. Solat awal waktu
Secara logiknya, jikalau kita berazam ingin solat awal waktu, sudah tentu kita tidak akan meninggalkan solat, tak gitu?
2. Jaga mata, hati, TELINGA, tangan, kaki
Aku nya fokus kat telinga ah sebab asik dengar lagu omputih ngan malayu ngan indon ngan bigbang sahaja. Berehat sebulan depa-depa tu. Dengaq nasyid, zikir, ayat al-quran pulak sebulan ini.
3. Khatam al-quran
InsyaAllah masa tidak akan dibazirkan dengan selalu membaca quran.
4. Solat terawih penuh
Tak sempat jemaah, sendiri pon bley.
5. Qiamulail
Tahukah anda salah satu rahsia kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan semula Kota Konstantinople adalah dengan menjaga solat malam tentera-tenteranya.
6. Memahami bacaan solat
Yang ni aku ingat kita buat sama-sama nak? Nanti aku update pasal ni pastu kita hafai sama-sama naaa.
Babai! Assalamulaikummmm! :)
Kenapa perlu revolusinya ni ha? Revolusi dapat membantu kita untuk memaksimakan sebanyak mungkin ibadah kita di bulan yang mulia ini.
1. Solat awal waktu
Secara logiknya, jikalau kita berazam ingin solat awal waktu, sudah tentu kita tidak akan meninggalkan solat, tak gitu?
2. Jaga mata, hati, TELINGA, tangan, kaki
Aku nya fokus kat telinga ah sebab asik dengar lagu omputih ngan malayu ngan indon ngan bigbang sahaja. Berehat sebulan depa-depa tu. Dengaq nasyid, zikir, ayat al-quran pulak sebulan ini.
3. Khatam al-quran
InsyaAllah masa tidak akan dibazirkan dengan selalu membaca quran.
4. Solat terawih penuh
Tak sempat jemaah, sendiri pon bley.
5. Qiamulail
Tahukah anda salah satu rahsia kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan semula Kota Konstantinople adalah dengan menjaga solat malam tentera-tenteranya.
6. Memahami bacaan solat
Yang ni aku ingat kita buat sama-sama nak? Nanti aku update pasal ni pastu kita hafai sama-sama naaa.
bubu said dont be sad sebab tak bukak posa kat rumah and maximize ur ibadah! jyeahhhh! |
Monday, 1 July 2013
Kami memerlukan bantuan, bukan kejian
Assalamualaikum.
Mungkin dirimu yang mengeji kami tidak sedar bahawa kita berbeza-beza. Kita datang dari background yang berbeza-beza. Ibu bapa yang berbeza, didikan agama yang berbeza, proses kehidupan yang berbeza, ujian yang berbeza. Untunglah bagi kamu yang dilengkapi dengan didikan agama sejak dari kecik lagi. Pernahkah kamu terfikir bagaimana dengan kehidupan kami? Oleh itu, ya, bantulah kami, bukan mengeji kami. Kami sangat menghargainya :)
Kejadian ini berlaku masa aku sem2. Aku gaduh besar dengan kawan aku. Apa je yang aku tak buat masa gaduh tu. Marah-marah, mengumpat-ngumpat, memerli-merli. Marah-marah lagi, mengumpat-ngumpat lagi, memerli-merli lagi. Pendek kata semua benda yang orang bergaduh buat, aku buat.
So bila aku berada di situasi ni, akan ada beberapa golongan yang wujud yang bertindak balas di atas tindakan aku ni. Akan ada yang "aku memang sokong ko dowh, aku pon sakit aty giler ngan dia blabla". Dan akan ada jugak yang "weh, aku tak paham la kilah tu, dia tak boleh bersabar ke dalam menghadapi ujian yang diberi oleh Allah ni? Macam la dia tak pernah melakukan kesalahan. Dia tak tahu ke sabar tu sebahagian dari iman? blabla".
Bukannya takde kawan yang cuba menasihati aku supaya bersabar dan sebagainya. Ada. Tapi aku tak ambik port pon. Aku rasa aku je yang betul. Aku ingat lagi yang sorang kawan aku ni cuba nasihatkan aku dengan tulis "kata-kata" kat buku aku. Aku baca tapi sekadar baca jelah. Hati aku gelap. Lagi sedih aku tak perasan pon yang "kata-kata" tu adalah nasihat.
Entah kawan aku yang mana entah yang berdoa supaya aku diberi hidayah atau ini memang ketentuan Ilahi yang akhirnya aku sedar apa yang aku buat ni salah. Aku sedar yang sebahagian besar yang menyebabkan pergaduhan ni adalah salah aku sendiri.Aku bersyukur bilamana diberi pengalaman sebegini. Aku boleh memahami bagaimana perasaan orang yang berada di dalam dunia kejahilan. Bilamana kami berada di dalam kejahilan dan kegelapan, bantulah kami, bukan mengeji atau mengumpat tentang kami. Sebetulnya ia tidak membantu kami langsung. Bantuan bagaimana yang kami inginkan? Tak banyak dan tak susah, doakanlah kami supaya kami diberi hidayah dan petunjuk. Orang cakap doa sahaja tak mencukupi, kena berusaha. Ya, betul. Berusahalah dengan menasihati kami. Tetapi jika kami tidak mendengar nasihatmu, janganlah memarahi kami kerana hati kami memang sangat gelap pada masa tu.
Mungkin dirimu yang mengeji kami tidak sedar bahawa kita berbeza-beza. Kita datang dari background yang berbeza-beza. Ibu bapa yang berbeza, didikan agama yang berbeza, proses kehidupan yang berbeza, ujian yang berbeza. Untunglah bagi kamu yang dilengkapi dengan didikan agama sejak dari kecik lagi. Pernahkah kamu terfikir bagaimana dengan kehidupan kami? Oleh itu, ya, bantulah kami, bukan mengeji kami. Kami sangat menghargainya :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Keperluan ke Hospital (improvised version)
Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...
-
Hai & assalamualaikum. Best jugak kalo dapat menyirup se- sip kopi pagi-pagi ni sambil menulis blog. Mungkin lain bezanya perasaan...
-
Assalamualaikum dan hai. Entry kali ini takde intro haha harap maklum. Pusing memikirkan rasa macam nak pakai shawl je tapi tudung bawa...
-
Assalamualaikum. Memanglah nampak seperti rm5k tu jumlahnya banyak untuk satu semester. Tapi kalau dah namanya duit. Pasti mengalir laju bak...