Saturday, 21 June 2014

Review CEO

Hello hola. Assalamualaikum. Haritu aku tengok CEO. Abang Beto belakon harusla hambe menengoknyer hihi ;E Lagipon aku tengok trailernya comel.

Timing plak elok-elok je kan. Lepas present hospital tu sobsob. Kenapa ada sobsob disitu? haha. Lepas last hospital attachment. Lepas berturut-turut tido lambat. Nak release tension katanya, nak dapatkan semangat balik untuk hidup katanya, terus pegi nengok CEO ngan kakak aku. Tu pon tak dirancang. Kehmain. Pepagi baru wasap kakak aku 'jom tengok CEO'. Seb baik semua barang keperluan ada kat umah kakak. Kalo tak hidup aku ibarat sehelai sepinggan le jawabnya di rumah kakak.

Okla cite dia not that baddddd. Kelakau sangat3. Lawak yang menjadi. Haha. Bestla. Part kelakar tu memang kelakar la haha. Aku plak senyum tak sudah bila part Beto hihi ;E

Tapikan. Aku tak tahu le kenapa rasa macam lakonan dorang cam awkward plak memula tu. Macam tak smooth sangatla. Ada yang macam gelak yang nampak sangat belakon. Ada yang macam part yang sepatutnya cut tapi tak cut. Even Remy yang hebat lakonannya pon cam awkward gak. Salah direct kah? Salah feel kah? Ato takde chemistry?

Ni pehal baris kutuk lagi banyak dari baris puji hihu ;E


Hihi. Apaapapon. Iollss bagi 4.2 bintang dari 5 bintang. Nak bagi 4.1 sebenarnya, extra 0.1 sebab ada Beto kekeke. Bai!! :*

Friday, 23 May 2014

Frimmerzzz @ Kulcats

Assalamualaikum dan hai. Kitaorang ni dari belum dapat JPA, dah dapat JPA sehinggalah duit JPA tinggal sekangkang kera je, asyik plan je memanjang nak kuar. Tapi malangnya bila nak kuar ada yang ada kenduri-kendara la kat rumah, ada plan ngan housemates la, ada sakit kaki la, ada yang penatla haha. Biasalah dah balik puncak ni, masing-masing ada life sendiri, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri kannnn. Paham.

Akhirnya, haritu, dengan jayanya kami dapat hang out sesama kat Kulcats kat Damansara. Haaa kemain, sekali hang out, hang out kat Damansara terus kekekeke.

Sampai tu agak lama gak arrr nak kena tunggu turn tempat duduk dalam setengah jam camtu sebab penuh hihi.

Muka terharu dowh dapat hang out ngan frimmerrzzz
pastu dapat makan spageti sedap plak tu hihi
Aku try Banana Belafonte dengan Seafood Marinara. Perghhhh sedap gile air ia. Rasa macam taknak habiskan. Minum plak slow-slow je. Banana campur ngan buah-buahan apa entah lagi tak ingat. Banyak sangat campurannya. Tengokla spageti kite, banyak seeeaaafoodddd hihi. Dah namanya pon Seafood Marinara mestila banyak seafood khannn kekeke.



Pastu dessert kitaorang kongsi-kongsi makan apple crumble with vanilla. Sodapppp jugekkk kalo makan sikit. Kongsi-kongsila. Kalo makan banyak agak muak sedikit kikikikiki.

 Yang ini kawan kite makan Carbonara  ngan Chic Royale katanya padahal burger je senanya hihi.


Tunggu punya tunggu dapat le tempat tapi kat luar la. Jangan risau tak panas pon ada kipas kat siling tu hihi. Fefeling lepak kedai mamak memalam pon ada gak rasenyaa hihi.

Bye! Thank you for reading this entry! ;)

Monday, 12 May 2014

#pharmagrad2014

Assalamualaikum dan hai. 3 & 4 bulan 5 haritu kitaorang ada dinner geng-geng Pharmacy UiTM Puncak Alam kat Primaland Port Dickson bagi meraikan kami-kami si senior final year ni ha yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi dalam bulan 7 insyaAllah. Doakan! :)

Ahhhhh malasla nak cite pepanjang. Ku biarkan sahaja gambar berbicara. Pictures will tell thousands words whether they are true or not kekekekeke.


Haaaa korang mesti pelik kan kenapa dinner kitaorang sampai dua hari? hihi. Begini ceritanya, masa kitaorang part 4 dedulu. Kitaorang reramai handle dinner untuk senior final year, jadi atas cadangan pengarah part 4 masatu kitaorang nak buat dinner kat luar untuk senior iaitu kat PD jugak. Nak buat dua hari sekali ngan family day. Jadi apa lagi tahun ini tiba giliran kami plak merasa dinner dua hari kekeke.


Pagi 3 mei tu kitaorang sampai terus tempek sunblock bebanyak. Kata malam tu dinner, makanya haruslah tidak mahu burn dek kerana UV matahari keke.


Haaaaa apalagi tengok air terus tak ingat ape-ape dah, main sampai gatal-gatal badan haha. Aku ni hobinya suka termenung. Pelik kan hobi aku? Tapi termenung bleh menggembirakan aku. Aku rasa tenang. Pelik tapi menggembirakan dan tenang. Takpela ek hihi. Jadi aku memang suka sangat dok kat belakang air terjun sambil termenung dahla rabun tak pakai spek kan lagi syoq. Kalo bleh dok satu hari pon takpe. 

Nampak sotong besaq tu? Tu tempat bebudak sebenarnya. Ahhhhhh kitaorang bantai je ada kitaorang kisah hihi. We have rights as customers ok. Kata customers always right hehe.


Beristirehat. Termenung lagi. Haaaa kan dah kata termenung tu hobi aku kekekeke.


Makan tengah hari buffet uolllsss pastu dah dapat kunci bilik naik bilik tengok-tengok bilik tapi bilik takde bilik dalam tu dan agak panas sikit tapi malam sejuk jadi agak banyak beristighfar jugak sebab bilik air ada satu cermin pon ada satu kat luar dan satu dalam bilik air. Haaaa mampu korang faham ayat aku kat tepi sebelah kiri ni? haha. Pastu kitaorang turun rehearsal. Inilah pintu gerbang kami. Masa rehearsal pon dah begambo kehmain hihi.


Persembahan malam tu sahngatttttt awesomeeee okehhhhh! Good job juniors and kitaorang hihi. Juniors sangat-sangat-sangat kreatif especially dance in the dark (aku yang pepandai bagi nama) and videos parady! We are the happy seniors =) Persembahan kitaorang pon apa kurang hebatnya hihi. Kitaorang reramai 161 orang tu main cup songs. Banyak kali gak kitaorang belatih. Pastu persembahan nyanyi combine gitar combine sajak. Haaa mampu? Video kitaorang pon sahngat kreatif ok. Tak caye cari kat youtube happy by 9th generation. Persembahan yang lain pon best. Ahhhh overalll best gile la persembahan malam tu =)


Haaaa gamba ni macam potret family kan? Sebabnya nila housemates kite. Bergelak ketawa bersama-sama. Menyimpan rahsia bersama-sama. Memang kalo nak cerita rahsia kat kitaorang memang boleh cayela haha. Rumah kitaorang cantik dan kemas tau hihi (tetiba). Memula tu aku macam drama queen jugakla biasala budak baru nak up haha ayat cover sangattt. But we fit each other very well siap wajib sambut befday setiap orang ok for these four years =)


Cantik kan gamba ni? Kat dalam blog ni aku behave sket hihi kalo kat luar skripnya akan berbeza sedikit ye. Kitaorang tak guna camera 360 pon tau jangan salah faham tapi kitaorang guna kamera fon samsung la haha. If you know what i mean :p


With our coolest mentor everrr hihi. Kalo buat perjumpaan mentor mentee memang tak sah kalo tak kering gusi pastu dapat mengalas ke memenuhkan perut ke hihi. Sangat pemurah mentor kami suami isteri. Kami doakan semoga encik hisyam dan puan noreen dimurahkan rezeki dan selalu dapat apa sahaja yang terbaik yang diinginkan =) Haaaa cepat reramai amiiiinnnkan.

Btw, aku tidak pasti untuk gembira ato sedih tengok aku dalam gamba ni. Gembira sebab nampak kurus. Sedih sebab nampak cam tak cukup zat. Patutla mek asyik suruh aku makan bebanyak setiapkali balik rumah haha.


Haaaa ni diaaaa. With frimmerzz cantik dan osem hihi. Kitaorang start rapat masa buat praktikal sesama kat frim. Sebab tu we call ourself frimmerzz. Kitaorang memang satu kepala gile. Havoc sangat kalo dok sesama haha. Masa tu sedih gile sebab tak dapat praktikal kat Kelantan tapi rupanya inilah hikmahnya. Alhamdulillah ;*


With my fypmate hihi. Memang susah senang bersama sangat masa buat fyp dulu. Aku demotivated, dia upmotivated aku and vice versa. Sempat borak dari hati ke hati lagi ecewahhh sepanjang buat fyp bersama-sama. Mekwa looks so gorgeous that night ;*


Penatkan baca. Korang baca ke tengok gamba je ni? haha. After godek-godek gamba barulah brain ni pop up names orang itu orang ini yang aku tak ambik gamba berdua. Tetiba berasa amat perlu untuk bergamba berdua haha. Malam tu rasa cam penat jugele lepas habis dinner tu. Tak sempat nak fikir dah nak ambik gamba ngan sape lagi ngan sape lagi haha. Nasib baik cik thirah lalu depan-depan mata aku. Sempatla ambik gamba ngan cik thirah ni hihi.


Dengan kawan meronggeng pon ada satu je gamba berdua. Takpela cik nora. Nasib baik ada. Dah banyak sangat da gamba kite berdua kan (?) hihi. Dahla, tu jela.

Weiiii tetiba plak sdeyyyy sobsob :'| Masa tengok video memperkenalkan sorang-sorang kami 161 orang tu lagilaaa. Perghhhh ayat dia. We meet and know each other and we create memories then we need to let go ..... haa pepandaila sambung sendiri

Babai! ;* :* =* Assalamualaikum! =)

Wednesday, 9 April 2014

Review Movies (Aashiqui 2 + Cerita Satu Malam)

Assalamualaikum dan hai. Lately ni rasa macam tak berapa menggemari membuat intro mihmihmih. Mungkinkah aku sudah berubah? (tetiba). Padahal dari dulu lagi aku ni memang jenis lurus bendul *ekeh* *cough*.

1. Aashiqui 2


omeyy ngat pompuan ni. sekali tengok cam Lisa.
sekali tengok cam Demi.
Cerita ni cerita hindustan. Kakak aku yang introduce-kan. Mengisahkan tentang seorang penyanyi tersohor (RJ) yang lost dalam dunia glemer and at last jadi kaki botol dan susah nak tinggalkan habit tu. Accidently terjumpa Aarohi ni kat satu tempat minum-minum dan Aarohi ni sedang menyanyi haha. Maka RJ pon mahulah menjadikan Aarohi seorang penyanyi yang bakal tersohor.

On the way round, dorang jatuh cinta.

But one thing aku suka sangat cite ni, watak pompuan ni, pompuan ni sangat gentle. Masalah dalam hubungan ni sebab RJ tu kaki botol dan macam dah tak tersohor dan takde job. Aarohi sangat memahami dan bersabar dengan situasi yang melanda RJ. Takde marah-marah :) Aaahh gentle sangat la senang cite. #nakjadicamtujugekkkk. Ada satu scene tu RJ amek purse Aarohi sebab nak beli arak pastu Aarohi ternampak tapi dia buat-buat tak nampak. Lagu cite ni pon best! Hum Mar Janyege Hoooo~~~~

Tapi cite ni sdeyyy sobsob T.T Sesuaila sesape yang nak menangis T.T

Tapi bleh usha skirt ngan baju ngan kimono ngan rambut pompuan ni mihmihmih. Aihhh girls~

2. Cerita Satu Malam

please jangan pandang camtu bleh? ahak!
please jangan pandang menggoda camtu bleh? ahak!
Cerita ni cerita pendek kat tv9 je pon tapi cite ni sangat simple + comel (sebab ada Beto) ahaaa.

Beto penulis tapi takde idea nak tulis apa so isteri dia tolong bagi idea sama-sama. Camtu haaa. Idea cite cinta. Ideanya seperti di bawah. Oh cite ni kelakar gak ihiioo.

Beto businessman, takde masa so upah pompuan ni kemas rumah seminggu sekali. Pompuan ni suke kat Beto dan cara luahkan rasa cinta terbuku di hati dengan buat I LOVE YOU guna sahiba pastu Beto terperasan and Beto buat I LOVE YOU TOO guna sahiba. Ahaaa telebih cool plak Beto masa scene ni. Ahaaaa ;p

Bye! xoxo

Sunday, 6 April 2014

Tutorial Tudung Bawal Jadi Ala-Ala Shawl/Selendang

Assalamualaikum dan hai. Entry kali ini takde intro haha harap maklum.

Pusing memikirkan rasa macam nak pakai shawl je tapi tudung bawal berlambak dalam almari. Maka, tidak mahu membazir dengan membeli shawl baru dan tidak tahu juge mahu letak ke mana lagi tudung bawal yang lama? Meh-meh kite ajo macam mana nak pakai tudung bawal jadi ala-ala shawl gitewww ;*

Eh ter-intro plekkk.

1. Lipat tudung bawal jadi dua bahagian yang sama. Bukan lipat tiga segi macam biasa pakai bawal tu tapi lipat jadi empat segi ok. Korang bleh adjust kelabuhan tudung dengan mengubah inci perbezaan lipatan tudung yang kat luar dan kat dalam macam gambar di bawah.


2. Pakai sebelah pendek, sebelah panjang.

auwww telebih putih. gambar edit. hambe mengaku ;p

3. Pinkan yang panjang ke belakang.


4. Pinkan mana yang patut kat depan dan belakang.

napok pin warna pink kat depan tu?
itu untuk menambah seri dan mengurangkan tiupan angin

5. Tadaaa. Siap! :*

ahhhh abaikan meja bersepah ;|

yang ni versi berdiri plekkk ;p

Selamat bereksperimentasi! xoxo

Monday, 10 February 2014

Makan Secara Sihat Katanya... Heuheu

Assalamualaikum. Haritu anak saudara aku dah masuk sekolah berasrama. Nak dijadikan cerita dia ada bawak balik banyak-banyak pamplet. Tapi aku berminat kat satu pamplet ni je. Pamplet "Makan Secara Sihat Katanya". Katanya kat hujung tu aku tambah sendiri heuheu. Jangan mudah terpedaya hoi dengan ahkak sakilah ni hehe.

Macam biasalah kalau umur pon bertambah, maka kesedaran untuk menjaga kesihatan itu terbitlah sendiri dari hati yang murni ini. Cewahhh amacam ayat aku? hehe. Dalam pamplet ni ada tiga suggestions sajian untuk golongan-golongan tertentu. Kalo korang rasa korang tergolong dalam golongan tersebut, silalah mengikutinya.

1500 kalori
Ok golongan pertama adalah golongan wanita yang sangat tidak aktif dan warga emas.

2000 kalori
Golongan kedua pula adalah golongan kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang aktif secara sederhana dan lelaki yang tidak aktif.

2500 kalori
Lastly, golongan remaja lelaki, lelaki dan wanita yang aktif serta lelaki dan wanita yang kurang berat badan. Aku tergolong dalam golongan ini =)

Haa ni nak cita ni. Lepas aku tengok pamplet ni, terkejut juge le. Ghupanya lebih kurang je cara pemakanan aku dengan suggestionnya heuheu. Macam tak caye (ececece over kau). Kira tak salah la cara pemakanan aku selama ini cuma buah-buahan tu kadang-kadang aku makan kadang-kadangnya idok. Tapi satu cawan kopi 'O' dengan satu sudu teh gula? Like seriusly? Satu sudu teh gula jer? Oh man i need to over-rule this kehkeh. And one more thing patutlah 10 pagi 10 malam aku mesti craving for something. Ingatkan dah kenapa rupanya memang fitrah pemakanannya begitu. Siap kena makan 6 keping biskut krim kraker lagi uollss. Ok thanks to this pamplet :* and now i can continue my eating habits as usual with no worries ekekekeke.

Sunday, 9 February 2014

Let's Make a Productive Day with Me

Assalamualaikum. I know it almost four weeks since I started my semester break and now baru nak buat productive day kekeke. Better late than never brahh. Holiday aku macam ni lah. Dull je. Bangun tido makan tido (note dua perkataan tido dalam satu ayat ok hihi). Tapi yang penting mesti menghabiskan masa semaksima mungkin dengan keluarga tercinta. Bukannya everyday bleh berada di samping keluarga kan =)

the grenish-brown one is buah jering, the black one is buoh
kedah (pronounce it correct yo!, not kedah the country).
berselera nau makan ngan budu ni keke.
6.30 - Bangun. Tahan air masak dalam mulut sambil selawat ke atas Nabi tiga kali dalam hati pastu telan la air tu, petua awet muda katanya. Solat subuh. Pastu guling-guling balik atas katil sambil online sampai tak tahu nak online apa lagi. Pelihara Hipou dengan penoh kasih sayang (game pou je pon kekeke).

7.30 - Dengar motivasi pagi kat IKIM. Seorang yang fragile, harus memotivasikan diri sendiri everyday. Guling-guling lagi. Kadang-kadang cakap sensorang.

8.00 - Basuh muka. Have to cuci muka dengan pencuci muka walaupon malas sebenarnya sebab air sejuk angaattt tapi kena cuci gak sebab kalau malas , death cells on the face which were left during repairing time at night may block the pores katanya. Meneruskan rutin penjagaan muka. Walaupon dok kat rumah jer, toner and moisturizer haruslah dipakai every morning uollss.
         - Breakfast! Nyum nyum! 
      - Menjalankan tanggungjawab mengemas rumah everyday (aigooo hihi).

9.30 - Perut sudah kedepan (oh noooooooooooo!). Jadi haruslah menolong mek berkebun. Siap berkebun haruslah menonton Rosalinda ayamor. Hihi makcik-makcik sangat suke layan Rosalinda kan =)


12.00 - Menjadi co-chef di dapur sambil mendengar master chef membebel untuk meningkatkan skill memasak. Sorry Mom. This is the way i am, i'm just comfortable being like this kehkeh.

1.30 - Solat, makan. Makan harus on time sebab penyakit angin satu badan tsktsk. Tak larat aih nak tanggung rasa loya and sakit kepala bila makan lambat.
     - Membaca katanya but after 10 minutes. Wt* i'm reading. Tinggi nau bahasa enggelish buku World War II ni. Zzzzzzz.

5.00 - Solat. Aku pandang mek yang sedang berlipur lara sambil menahan tangan menyelide fon. Mek suke nau bercerita.
       - Membaca lagi sebab target nak habiskan buku tu.
       - Minum petang sambil dengar mek berlipur lara (lagi).

7.30 - Solat.

8.00 - Tengok berita tv9. Makan. Kalau ada cite best layankan aje. Kalo takde, bukak laptop tengok movie sebab nak mantapkan english. Kawan cakap nak improve english kena tengok movie. Haritu rewatching a gentleman's dignity. Suke nau cite tu hihu =)

10.00 - Cuci muka, pakai toner moisturizer. Solat. Sambung tengok movie sampai termampu. Online. Baca buku. Ikut mood. Tido krohkroh zzzzzzz. Have sweet dreamss uollss =)

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...