Sunday, 28 July 2013

Memahami Bacaan Solat (Rukuk, Iktidal, Sujud)

Assalamualaikum. Nak cakap aku ni sibuk sangat, sibukla jugak seposen dua. Sibuk pegi LI. Kalo weekdays, harusla pegi LI pastu balik tido. Pastu pegi LI lagi, balik tido lagi. Pastu pegi LI pastu tido. LI dan tido berpisah tiada. Rasa macam hidup takde purpose pon ada muehehehe. Hujung minggu plak dok melayan jiwa. Lagila aku rasa hidup aku tak bermakna muehehehe. Tu yang lama gak aku tak update blog tu. Ha! tu la apa yang aku cuba nak sampaikan dalam perenggan pertama ni. Sebab-sebab lama aku tak update blog muehehe.

Pastu aku tengok checklist azam ramadhan kali ni. Rata-rata macam tak tercapai lagi. So, ayuhla kita mencapainya. Better late than never bebeh! Nak-nak lagi 10 malam terakhir ni kan uollls. Salah satu azam aku adalah memahami bacaan solat. So berbalik kepada tajuk entry kali ini adalah memahami bacaan solat rukuk, iktidal dan sujud :)

Rukuk
سبحان ربي العظيم وبحمده
Maha suci Allah Tuhanku yang Maha Agung dengan puji-pujianNya

Iktidal
سمع الله لمن حمده
Allah mendengar orang yang memujiNya
ربنا لك الحمده
Ya Allah Tuhan kami

Sujud
سبحان ربي الاعلى وبحمده
Maha suci Tuhan serta memujilah aku kepadaNya

Doakan aku tak tido sangat. Macam mana nak kejar lailatul qadar kalo asik tido ni hah? (marah diri sendiri) aha! babai :) Assalamualaikum :)

Saturday, 20 July 2013

Memahami bacaan solat (doa qunut)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Guane bereh doh ko tafsir tahiyat? Kalau tak ingat sebiji-sebiji tafsir pon takpe asalkan kita dah faham apa yang kita baca, tu pon dah ok. Oleh itu, jom kita teruskan usaha untuk memahami bacaan solat untuk doa qunut puleee. hihu :D
اللهم اهدني فيمن هديت  
Ya Allah berilah aku petunjuk seperti orang-orang yang telah engkau beri petunjuk 
وعافني فيمن عافيت وتولني فيمن توليت 
Berilah aku kesihatan seperti yang telah Engkau beri kesihatan
وبارك لي فيما اعطيت 
Berilah berkat kepada apa yang telah Engkau berikan kepadaku
وقني شرما قضيت 
Dan peliharalah aku dari kejahatan yang Engkau pastikan
فانك تقضي ولا يقضى عليك 
Sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan bukanlah yang diputuskan
وانه لا يذل من واليت 
Sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau beri kekuasaan
ولا يعز من عاديت 
Dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi
تباركت ربنا وتعاليت 
Maha berkatlah Engkau dan maha luhurlah Engkau
فلك الحمد على ما قضيت 
Segala puji bagiMu atas yang telah Engkau pastikan
استغفرك واتوب اليك 
Aku mohon ampun dan bertaubat kepada Engkau
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم 
Semoga Allah memberi rahmat, berkat dan salam atas Nabi kita Muhammad beserta keluarganya.
tips: لا = tidak @ bukan

hihu gudlucks :D

Tuesday, 16 July 2013

Memahami Bacaan Solat (tahiyat)

Assalamualaikum. Seperti yang aku janjikan itu hari. Kita nak hafal sesama kan tafsir ayat bacaan dalam solat, kan? So ini dia tafsir ayat tahiyat awal dan akhir. Memandangkan kita masih di awal ramadhan dan semangat masih berkobar-kobar untuk memaksimakan amalan, so marilah kita menghafal ayat bacaan solat yang panjang-panjang sikit eh.
التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله 
segala kehormatan, kelimpahan, kebahagiaan dan kebaikan adalah bagi Allah 
السلام عليك ايها النبي ورحمة لله وبركاته 
kesejahteraan, rahmat Allah dan berkatnya tetap kepadamu wahai Nabi 
السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين 
kesejahteraan juga semoga tetap ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang salih-salih 
اشهد ان لا اله الا الله واشهد ان محمدا رسول الله 
aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah 
اللهم صل على محمد 
Ya Allah, kurniakan kesejahteraan atas Nabi Muhammad 
وعلى ال محمد 
dan ke atas keluarga Nabi Muhammad 
كما صليت على ابراهيم 
sebagaimana Engkau telah kurniakan rahmat ke atas Nabi Ibrahim 
وعلى ال ابراهيم 
dan ke atas keluarga Nabi Ibrahim 
وبارك على محمد 
dan berkatilah Nabi Muhammad 
وعلى ال محمد 
dan keluarga Nabi Muhammad 
كما با ركت على ابراهيم 
sebagaimana Engkau telah memberkati Nabi Ibrahim 
وعلى ال ابراهيم 
dan ke atas keluarga Nabi Ibrahim 
فى العالمين 
di seluruh alam 
انك حميد مجيد 
sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia

Bila aku tengok balik tafsir ni, takde la susah sangat nak hafalkan. Tapi kalau pernah belajar bahasa Arab, lagi senang la nak hafal.

Meh aku bagi tips sket (tips sangattt hihu). Contoh ayat ni:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين 

السلام = kesejahteraan
علينا (atas) على + (kami) نا
و = dan
عباد الله = hamba-hamba Allah
الصالحين = yang salih-salih

Ha, senang bukan? Apa tunggu lagi. Jom menghafal! 9 subjek bleh hafal. Apatah lagi bacaan solat yang kita buat 5 kali sehari bukan. Gudluck untuk diri aku dan korang! mihihuhihuhihu :)

Tuesday, 9 July 2013

Yukk Ber-Revolusi bersama-sama Saya!

Assalamualaikum. Ramadhan datang lagi! Adakah anda sudah mempunyai revolusi untuk ramadhan kali ini? Kalau sudah, bagus! Saya ucapkan semoga revolusi anda menjadi kenyataan. Jika belom, usah risau bergundah-gulana, ayuh ber-revolusi bersama-sama dengan saya!

Kenapa perlu revolusinya ni ha? Revolusi dapat membantu kita untuk memaksimakan sebanyak mungkin ibadah kita di bulan yang mulia ini.

1. Solat awal waktu
Secara logiknya, jikalau kita berazam ingin solat awal waktu, sudah tentu kita tidak akan meninggalkan solat, tak gitu?

2. Jaga mata, hati, TELINGA, tangan, kaki
Aku nya fokus kat telinga ah sebab asik dengar lagu omputih ngan malayu ngan indon ngan bigbang sahaja. Berehat sebulan depa-depa tu. Dengaq nasyid, zikir, ayat al-quran pulak sebulan ini.

3. Khatam al-quran
InsyaAllah masa tidak akan dibazirkan dengan selalu membaca quran.

4. Solat terawih penuh
Tak sempat jemaah, sendiri pon bley.

5. Qiamulail
Tahukah anda salah satu rahsia kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan semula Kota Konstantinople adalah dengan menjaga solat malam tentera-tenteranya.

6. Memahami bacaan solat
Yang ni aku ingat kita buat sama-sama nak? Nanti aku update pasal ni pastu kita hafai sama-sama naaa.

bubu said dont be sad sebab tak bukak posa kat rumah and maximize ur ibadah! jyeahhhh!
Babai! Assalamulaikummmm! :)

Monday, 1 July 2013

Kami memerlukan bantuan, bukan kejian

Assalamualaikum. 
Kejadian ini berlaku masa aku sem2. Aku gaduh besar dengan kawan aku. Apa je yang aku tak buat masa gaduh tu. Marah-marah, mengumpat-ngumpat, memerli-merli. Marah-marah lagi, mengumpat-ngumpat lagi, memerli-merli lagi. Pendek kata semua benda yang orang bergaduh buat, aku buat. 
So bila aku berada di situasi ni, akan ada beberapa golongan yang wujud yang bertindak balas di atas tindakan aku ni. Akan ada yang "aku memang sokong ko dowh, aku pon sakit aty giler ngan dia blabla". Dan akan ada jugak yang "weh, aku tak paham la kilah tu, dia tak boleh bersabar ke dalam menghadapi ujian yang diberi oleh Allah ni? Macam la dia tak pernah melakukan kesalahan. Dia tak tahu ke sabar tu sebahagian dari iman? blabla". 
Bukannya takde kawan yang cuba menasihati aku supaya bersabar dan sebagainya. Ada. Tapi aku tak ambik port pon. Aku rasa aku je yang betul. Aku ingat lagi yang sorang kawan aku ni cuba nasihatkan aku dengan tulis "kata-kata" kat buku aku. Aku baca tapi sekadar baca jelah. Hati aku gelap. Lagi sedih aku tak perasan pon yang "kata-kata" tu adalah nasihat. 
Entah kawan aku yang mana entah yang berdoa supaya aku diberi hidayah atau ini memang ketentuan Ilahi yang akhirnya aku sedar apa yang aku buat ni salah. Aku sedar yang sebahagian besar yang menyebabkan pergaduhan ni adalah salah aku sendiri.
Aku bersyukur bilamana diberi pengalaman sebegini. Aku boleh memahami bagaimana perasaan orang yang berada di dalam dunia kejahilan. Bilamana kami berada di dalam kejahilan dan kegelapan, bantulah kami, bukan mengeji atau mengumpat tentang kami. Sebetulnya ia tidak membantu kami langsung. Bantuan bagaimana yang kami inginkan? Tak banyak dan tak susah, doakanlah kami supaya kami diberi hidayah dan petunjuk. Orang cakap doa sahaja tak mencukupi, kena berusaha. Ya, betul. Berusahalah dengan menasihati kami. Tetapi jika kami tidak mendengar nasihatmu, janganlah memarahi kami kerana hati kami memang sangat gelap pada masa tu.

Mungkin dirimu yang mengeji kami tidak sedar bahawa kita berbeza-beza. Kita datang dari background yang berbeza-beza. Ibu bapa yang berbeza, didikan agama yang berbeza, proses kehidupan yang berbeza, ujian yang berbeza. Untunglah bagi kamu yang dilengkapi dengan didikan agama sejak dari kecik lagi. Pernahkah kamu terfikir bagaimana dengan kehidupan kami? Oleh itu, ya, bantulah kami, bukan mengeji kami. Kami sangat menghargainya :)

Friday, 28 June 2013

Sweet 22

Assalamualaikum dan hai. Sebenarnya sambutan hari jadi aku yang ke-22 jatuh pada 25.5.2013 tetapi disebabkan oleh housemates aku sibuk nak balik beraya wesak dan gawai dorang so aku maafkan. Takpe aku paham. Yelah nak sambut raya korang kan haha. So selepas sebulan lamanya, housemates sambut befday aku dengan pi makan-makan kat aroma ikan bakar, kuala selangor.

my songs know what you did in the dark
gamba cam kabur-kabur sikit, jerebu mungkin hihu

Kitaorang order nasi, ikan siakap, ikan pari, sotong 3 ekor, ketam 3 ekor, sayur kailan, air sunkist, sup dan kerang bakaq. Nampak cam sikit kan? Tapi memang muat-muat masuk dalam perut kitaorang. Total rm151, makan 6 orang. Alhamdulillah tiada pembaziran atau paksaan yang berlaku pada malam tu. Tak sempat uolls nak amek gamba makanan sebagai bukti masakan mereka memang sedap sebab kitaorang lapar sangat selepas menunggu lebih kurang setengah jam (atau lebih) haha.

Walaupon dorang sambut befday aku lambat tapi aku dah dapat hadiah da dari dorang. Aku dapat hadiah baju, buku dan kupon. Ahak comey gile roomate aku secomey tuannya sebab bagi aku hadiah kupon buatan sendiri dulu sebab tak sempat nak beli hadiah hihu.


Lagi aku dapat hadiah gamba natural beauty haha


Pastu dapat wish yang comey-comey dan ikhlas.

Thanks korang sebab tunaikan hajat aku yang nak makan kat aroma ikan bakaq tu :) Sorry and thanks sebab bley stand dengan bipolar-like syndrome aku ni haha. Nanti aku cuba kurangkan. Babai :)

Saturday, 22 June 2013

Mendaki Bukit Kutu I

Assalamualaikum.

pehal sopan sangat aku senyum ni?

Selepas makan nasi berlaukkan sardin dan solat di atas puncak, kitaorang pon turunlah kembali ke tempat asal. 

Dalam perjalanan turun dari bukit tu, kitaorang macam wonder "macam mana la aku naik bukit ni tadi?" Sebabnya jalan ia mencabar gile. Korang bayangkan ada jalan yang macam 85 degree. Nak nanges pon ada ahak! Bila ada jalan landai je, orang kat depan jerit "landai-landai." Ala-ala nak bagi semangat giteww huhu.

liku-liku perjalanan

self-reward dengan bermain air sungai masa di pengakhiran perjalanan. seronak!

Chinese and Indian cool gile, masa kitaorang terserempak masa nak turun ke nak naik bukit tu, dorang dok ber-hai dan ber-hello bagai haha. Cool an?

Nanti kalo korang nak mendaki, pakai la kasut yang sesuai. Kasut yang mencengkam tanah, xmencengkam banyak, sikit pon jadilah. Nanti senang, takdela rasa macam nak terjatuh je sebab licin.

contoh tapak mencengkam

Pastu masa naik bukit tu, bawak la ayaq 1.5 litre, sneakers, gula-gula, nasi, sardin. Dah. Cukup. Nanti tak larat plak nak bawak barang banyak-banyak. Babai! :)

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...