Saturday, 3 December 2016

Tips Majlis Perkahwinan (part 2)



Hai & assalamualaikum. Best jugak kalo dapat menyirup se-sip kopi pagi-pagi ni sambil menulis blog. Mungkin lain bezanya perasaannya antara minum kopi hanya untuk menikmati dengan minum kopi just to survive at work huhu. Tapi tokse lah sebab nok bagi caffeine-free for weekend. Gitewwwwzz.


So malaslah nok kecek banyok. Sambung hok part 2 deh.

 1. Aturcara majlis


Untuk aturcara majlis korang kena bincang ngan family semua dulu deh & korang kena jugaklah tulis masa ketibaan pengantin so that senang kawan-kawan nak jumpa pengantin kannnn.


Tapi bagi aku, aku suggest ketibaan pengantin lepas zohor. Korang kena cek dulu waktu zohor masuk pukul berapa, senang sketlah.

2. Masa make up


Masa haritu cam kureng sket lah sebab aku minta mak andam mekap kol 12tgh. Mak andam minta mekap kol 11pagi then aku insist kol 11.30pagi. Ambil tengah2. Tapi cam rushing jugaklah. Kol 12@1pm tu kawan-kawan dah ada datang. Rugilah tak dapat ambik gambar hehe.


Aku bajet cam nak jaga wudhuk for 1 jam sebab tu aku mintak mekap kol 12tgh then kol 1petang aku benti jap solat. HAHAHAHA. Tapi aku xrasa mak andam akan benti mekap tengah jalan sebab secara logiknya nanti dorang akan hilang rentak. Kotlah, aku xtau jugekkk hehe. So yang pasal ni korang kena bincang elok-elok ngan mak andam okeh.


    3. Bulu mata palsu


Okay yang bulu mata palsu ni korang kena hati-hati sket. Walaupon dah whatsapp yang korang tak nak pakai bulu mata palsu, then tiba-tiba 45minit atau setengah jam nak majlis tu korang baru tahu yang mak andam nak pakaikan bulu mata then:


Pengantin: “eh nak pakaikan bulu mata palsu ke? Tak perlu kot”


Mak andam: “takpe, bulu mata ni yang biasa2 yang ringan je, tak berat”


Berhuhulah pengantin. Tak pakai kang nak dekat majlis doh xsempat nak mekap mata, tak pakai kang xcantik, nak cabut lepas mak andam balik kang xcantik sebab dah amik photographer mahal. Erghhhhh. Contoh jelah yang aku bagi.


Kawan aku pon penah cite yang kakak dia pon camtu gak. Mak andam paksa pakai bulu mata palsu tapi kakaknya tanggalkan lepas mak andam balik huhu. So benda ni sangat common & uols kena extra carefull nak deal ngan mak andam. Cakaplah bakal marah ke. Tak cukup cakap bakal marah, cakap mak ayah mak mentua datuk nenek sepupu sepapat & 7keturunan marah pakai bulu mata palsu (tibe).

4. Solat jamak zohor & asar


Benda ni aku utarakan kat kawan aku


Aku: “sempat ke nak solat asar ni nanti ngan outdoor lagi?”


Mek ti: “mu bleh jamak weh”


Aku: “sayyy whattt?”


Mek ti: “nati mu double check mula deh”


Aku: “berehhh boh”






4. Blank


Pas akad nikah tu cam blank gile nak wat ape ni nak wat ape ni huhu. Lepas akad nikah korang salamlah mak ayah korang, mak ayah mentua. Barulah cari husband hehe. Gi solat sunat nikoh dulu. Rugi xbuat, sekali seumur hidup je. Serugi kalo pelamin & baju korang tak cantik. Tapi kalau dah takde wudhuk nak wat acane kannn hmmm.



  :)                                                      

Friday, 2 December 2016

Tips Persiapan Majlis Perkahwinan (Part 1)

Assalamualaikum. Lama gileeeeee tak blogging. Gosh! Rindu giler ;) Alhamdulillah tanggal 25/11/2016 sah saya menjadi isteri kepada suami saya ;) ;) ;). Terima kasih kepada yang menjayakan majlis ;) ;) Besar sangat jasa semua yang terlibat. Seperti mereka memudahkan urusan kami sekeluarga, kami doakan Allah permudahkan urusan mereka sekeluarga :)

So, aku sangat excited untuk share tips/benda/produk yang harap-harap dapat memudahkan urusan korang-korang bakal pengantin semua :) Nak buat majlis ni bukan senang, kena ada perancangan yang teliti. Ada yang cakap setahun sebelum majlis dah kena survey semua, 6 bulan sebelum majlis gubahan hantaran dah kena siap (ok over sket). Mahu tak gelabah bila dengar benda2 camtu. Sooo here we go!

1. Tempoh masa persiapan.

6-7 bulan sebelum majlis is a nice duration for korang untuk buat preparation. Aku tunang awal bulan 5 so lepas tunang dah ada wawasan dan makin sedar diri bahawasanya dah nak kawen. Sebulan bulan 5 aku rilek2 survey tanya & bandingkan harga pelamin/doorgift/paper bag mak nenek semua.

After 1 month dah start serius nak yang mana yang mana. So konklusinya 6-7 bulan sebelum majlis is a nice timing. Aku tak kalut langsung kecuali pelamin. 

                           up sket gamba maso tunang haritu :)

2. Senarai checklist perkahwinan

Get yourself senarai checklist perkahwinan. Alah google je. Kat fb pon ramai orang share. Compare 2,3 checklist & pastikan tak tertinggal mana-mana.

3. Kad kahwin & banting

Sekarang dunia di hujung jari. Aku tempah kad kahwin online melalui galerikadkahwinSR. Aku suka sebab ada free 5 barang & one of them is 5 pcs penunjuk arah. Suka betul dapat banyak penunjuk arah hehe. 4 barang lagi, 2pcs bunting, 1pcs banner, envelope, 10pcs props. Kalau kad mawar saiz 500pcs: RM200 800pcs: RM220. Cam tambah rm20 je untuk 300 pcs cam murahhh gileee dah. Kualiti & design memang terbaik. Tapi harga yang dipaparkan exclude GST hehe.

Ada satu lagi kad kahwin yang promotion dorang sebijik iaitu kadku.pro. So korang boleh usha2 lah. Harga kena double check kotla dah berubah :)


4. Paper bag nak letak doorgift

Yang ni aku sangat excited nak share. Murah giler, yang aku punya saiz paper bag comel je rm14/100pcs + doily putih rm3/100pcs. Korang bleh usha fb Chanteq House Crafty. Beliau akan suggest paper bag saiz mana yang sesuai ngan doorgift korang. Design pon comey2 doh :)

Dengan paper bag ni aku dah mengurangkan masalah dilema korang yang tak berkesudahan antara nak simpan ke tak bag2 yang letak doorgifts tuuu. Nak simpan kang takut semak, tak simpan kang takut nak guna hehehe. Paham sangat eh.




5. Doorgifts

Ok skang dah boleh buang resit2 doorgifts yang bersepah lam wallet. Hihihihi. Kawan cakap kat Nilai banyak doorgifts. Adalah jugak doorgift yang lain dari yang lain. Bagi aku pilihan tak banyak & takdelah murah sangat. Kat pusat perkahwinan inovatif Lia, Nilai banyak sket pilihan & bagi aku murahla jugak berbanding tempat lain. Kalau alang2 nak g jalan Nilai blehla singgah, kalo semata gi sana untuk borong doorgifts macam kena fikir 2,3 kali jugaklah hehe. So memandangkan Nilai tu cam jauh dari rumah korang, aku reveal exactly lah harga barangnya. Tapiii jangan salahkan aku plak kalo harga lain, maybe harga dah naik hehe. Zaman sekarang kannn. Harga ni di zaman aku beli tau, zaman 2016 lah tengah tahun kot. Harganya dah included GST.

Doorgifts ni aku sangat concern sebab nak bagi something useful untuk korang. Hopefully useful lah ea hehe.

(pusat perkahwinan Lia, Nilai. rm1.90 kalau beli 100pcs above. Ada pecah2 jugak kena check betul2. Kalo malas check, rugi.)

(image: ehsan google. Lupa nak ambik gambar haritu, nanti kalo dah ada betul aku edit balik. Coin purse ala2 camnilah. Boleh dapatkan di pusat perkahwinan Lia, Nilai. Masa tu kalo beli 2 plastik which contain 10pcs beg akan dapat percuma 1 plastik so total korang akan dapat 3 plastik(30pcs beg). 1 plastik harga rm39. So 3 plastik purata harga satu beg adalah rm2.60. Paham idok?)

                   (Era Nona. <rm2. Kalo ada kad ahli lagi manyak murah) 

(Era Nona. <rm4. Sama huraiannya seperti diatas hehe)

(online, xingat namo fb. Bleh je direct mesej, 
they will answer your question nicely :))


(sejadah mini & koin purse ni xsempat nak order sebab majlis dah dekat sangat. Koin purse tu better korang order 2 bulan before majlis. Unik sangat doorgifts ni :))

6. Pakaian seragam @ uniform

Untuk uniform raja sehari, korang boleh dapatkan dimana-mana kedai kain hehe. Gulatis macam mahal kan, tapi tak semahal yang korang sangkakan. Gulatis Lembah Sireh kat kelantan dia punya servis terbaik. Very value customer & sangat membantu. So jangan segan-segan mintak pandangan dorang untuk korang. So, korang takkan pening-pening dah nak pilih kain satu kedai & dapat menjimatkan masa korang. Dua kali aku pergi (aah baru dua kali hehe), dua kali layanan dorang terbaik. Sekarang ngah promo, baik korang cepat-cepat dapatkan di cawangan berdekatan :)

(my not so big family :) Alhamdulillah Allah for borrowing them for me. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? Subhanallah :))

So setakat ini sahaja untuk hari ini. More tips comingggg ;* 







Monday, 29 February 2016

Struggle

It has been a long time since i struggle to study. I quit study because i got so depressed. Gosh. Memang betol orang cakap belajar dan kerja tak sama. But being depressed does not solve anything. Being depressed is so easy. But it eats (memakan?) you alive. It eats your soul. And end up being miserable.

For that reasons i have to wake up again. No matter what. I love my career, i love my payment to be honest, i love my family.

Lets together being stronger and defeat depression! ;D

We are wayyyy too cool ;D

Wednesday, 11 March 2015

Cerita Memandu Saya

Hai. Konon rare lah hai hai ni hehe. Assalamualaikum. Lagi 2 bulan 13 hari lagi maka genaplah umur saya 24 tahun. Hehe. Saya ingat lagi masa saya umur 21 tahun masa tu da ujung tahun da. Saya amek kelas memandu. Alhamdulillah guna duit biasiswa hehe. Kalo umur 21 tahun tu da kira lambat la skeet amek ujian memandu. Rata-rata kawan saya amek masa lepas SPM lepak lama cuti panjang kan sementara tunggu panggilan matrik ke uni ke.

Nak dijadikan cerita saya memang malas nak amek lesen keta sebab tiga sebab sebab pertama saya memang takde asas lam memandu sebab kat uma takde keta kan ada pon keta kakak jarang balik kampong. Sebab kedua sebab saya memang takut kalo dapat cikgu garang. Denga cite memang ramai cikgu memandu yang garang huhu. Sebab ketiga saya memang tak yakin yang saya boley buat semo tu. Saya memang admire gile kot kat orang yang boleh memandu especially perempuan. I look up to them so much. Macam gile ah. Hebat gile. Kalo aku memang impossible ah nak wat camtu huhu. So saya tangguhkanlah niat saya tu saban hari dari hari ke hari. Tapi nak tak nak kena amek gak sebab masa tu saya fikir saya da takde masa da nak amek lesen. Iyelah cuti sem sekejap je kan nanti da nak keja plak. Nak gi keja naik apa. Cukuplah tak pandai naik moto je huhu.

So saya tekadkan diri untuk amek lesen. Sekali amek kauuu huhu. Dapat cikgu garanggg!! Hoho. Maka tiada guna aku bertangguh-tangguh setelah sekian lama. Kalo dah takdir dapat cikgu garang dapat jugok. Haha. Haha. Aku ingat lagi masa tu banyak gak muncul lagu-lagu semangat. Lagu hall of fame ngan lagu apa entah satu lagi. Sampai tahap aku denga lagu tu kot untuk naikkan semangat. Aku ni cepat berair mata. Anak bongsu tak penah kena marah ngan laki. Entah. Mungkin tu la sebabnya kot. Ato aku memang spesies berair mata hehe. Ada gak sekali aku berair mata. Tapi after that day dah memang tekad gile ah tak nak putus asa. Maka aku lulus ujian memandu dengan jayanya hanya sekali ujian ;)

Tapi cerita aku tidak habis hanya di situ. Sebab aku takde kenderaan sendiri dan kewangan sendiri pon nan hado. Aku bia je lesen P aku jadi hiasan lam beg duit. Aku takut nak guna keta orang lain takut apa-apa jadi duit nak korek mana kan. So 2 tahun gak ah lesen tu terperap camtu. Dan oleh sebab aku konvo dan kakak aku yang lovely nak beli keta baru yang besaq skeet sebab nak bagi angkut semo mak kakak aku yang sulung dan anak-anak buah. Maka aku sambung bayar keta kakak aku yang dulu. So aku da ada keta! Yeyyyy. Haha

So alasan takde keta sendiri terhapus begitu sahaja. Nak tak nak kena pegi keja ngan keta gak. Kalo tak buat apa bayar bulan bulan bro. Rugi r. Huhu. Tapi nasib baik tempat keja masa tu dekat je. Jalan strait je. So boleh biasakan diri. Aku eksyen tak nak orang ajar sebab aku tak nak kena marah haha. Aku belaja sendiri. Pastu ada budak tempat keja aku tego aku cara aku memandu bahaya. Berdesing gak telinga aku tapi memang betol pon apa yang dia bagitau. Haha. Thanks to her btw hehe. Kakak aku ada cite gak cara-cara pemanduan selamat huhu. Aku takut gile nak masuk parkir. Takut makan dua kotak parkir. Haha. Aku lak jenis cepat gelabah and nak cepat ajo. Haaa bahaya kan. Then aku takut sangat kan takut apa-apa jadikan. So yang aku takut tu memang dapat. Dapat cikgu garang dapat apa-apa jadi huhu. Dah takdir kan. Nasib aku da matang sket dapat fikir setiap kejadian ada hikmah hehe.

Kakak aku sorang lagi lak salu gak ajak aku gi sana sini mentang-mentang da ada keta huhu. So terpaksa berani kan diri pegi sana sini. Dulu-dulu memang takut gile nak masuk highway. Tak reti nak tengok side mirror. Nak tengok orang bagi jalan ke tak. Kena ada co-pilot hehe. Dan kebetulan aku tukar keja. Dapat keja yang jauh sket. So terpaksa tekadkan diri memandu jauh. Alhamdulillah. Takde la skang aku nak cakap aku pemandu hebat tapi memang tak sangka gile ah yang aku dapat memandu. Dapat masuk parkir tak makan dua kotak tu penting. Haha.

So apa aku nak cakap kat sini. Sebenarnya kite boleh je jadi apa yang kite nak sangat tu. Macam aku look up to female drivers so much kan padahal tanpa sedar ada je sifat tu lam diri aku cuma aku je yang tak sedar huhu. Aku percaya tekad+usaha+doa insyaAllah kita dapat buat. Kalo aku menempuhi masa-masa sukar masa-masa likes "aku tok leh nok wat ni huhu" ada gak aku ingat kisah pemanduan aku ni. Yang dari mission impossible ke mission possible ;)


Wednesday, 14 January 2015

2014 THROWBACK HEHE LIFE UPDATED ;p

Assalamualaikum. Kum apa. Comeback. Hehe i'm back! After a very long time rasa cam i'm alive again. At last i have time for myself :)

2014 adalah satu tahun yang sangat memorable for aku. Process for being an adult maybe :) Several things are settled down in 2014 likes 

1. my first interview ever. With SPA. Memang sebelom ni aku tak penah pegi mana-mana interview. Interview calon menantu pon tak penah tau hehe. Ni lah interview aku yang pertama. Neves telebih.

muka sedeh kenapa? tak leh jawab immunosuppression ke? wakakaka
2. finishing school

time to say bye bye to school
3. completing study. finishing ngan completing school lain tau :p hehe. Nampak tak word COMPLETE tu. After 4 years study. Sekejap je rasa. Bangun tido pegi kelas tido bangun makan layan movie layan RM stress wat assignment stress exam stress wat thesis rilex chill cuti sem alhamdulillah complete gak study :)


4. attending weddings. Lam banyak-banyak wedding invitations, dapat pegi dua je. Masa n jarak mencemburui kite. sobs.


5. got short trip with le girlfriends in colmar tropicale bukit tinggi. Blehla sebab aku pegi aritu panas. Tu yang tak suka. Kalo redup ok jer. Tak banyak habis duit pon. Habis pon beli souvenir je. hehe.


6. i'm convocated! a big yeyyy! hehe. Btw, ada ke word convocated ni? muahahaha. Kunun cool la cipta word sendiri. hehe. Btw, jubah UiTM sangat cantik okeh! Me likeyyy so much ^,^


my backbones ^,^ without them i'm nothing ^.^

7. meeting someone special.

^,^

8. got all sort of surats. surat tawaran pelantikan. sijil pendaftaran. medical check up done. akuan berkanun done.

 
9. but regardless of all surat i got, still i'm a cashier at 99 speedmart. huhu. Memang jeles ngan kawan-kawan yang dapat keje kat pharmacy tapi tak pelah no experiences are wasted kan hehe =)


10. LULUS exam undang-undang. ohmygod. masa ni iollss sangat stress okeh. Semo contoh soalan aku men print je. Buat tak buat tu belakang kira hehe. Ngan tak cukup masa gi nak studi sebab keje kan. 100 mcq questions in 3 1/2 hours. Ngan format baru gi. Ngan fikir tak nak repeat gi. Ngan denga cite seniors at least amek 2 kali exam ni untuk lulus. Cuak tahap gaban okeh! but alhamdulillah end up well =) Ramai lak yang lulus hehe :) Tahniah uollss muahhh ciked ;*


11. Kembali ke sekolah sebab amek exam undang-undang and dapat hang out sekejap ngan friends. Hope our friendship last long ye friends muahhh ciked hehe ;*

 

So thats all for 2014. Banyak gak kenangan pahit tapi usahlah diceritakan disini. hehe. Takdela pahit sangat ponnn senanya hehe =) Hope 2015 and years onwards can make me a better person. Or rather i'm gonna be a better person for 2015 and years onwards =) InsyaAllah

Tuesday, 28 October 2014

Ramai Orang Baik Kat Dunia Ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Wahahaha. Lama gile weh aku tak menulis. Dah empat bulan baii. Biasalah bila sudah tidak menjadi student. Laptop pon jarang bukak. Kemalasan untuk membuka laptop lebih kurang sama dengan kemalasan bukak buku. Tido dan membasuh baju menjadi rutin harian. Entah kenapa rajin plak aku basuh baju by hand. Ini mesti keturunan. Dari mek sampai kakak ketiga kedua dan aku. Semua menjadi sedikit cerewat. Tambahan lagi i am a busy woman hokayyy nowadays. Tak tambah lagi setiap kali off ada aja appoinment ngan doktor gigi la seminar la. Penat itewww tau. Tapikan klinik gigi kat bt14 hulu langat doktornya terbaikkk. Tak sakit pon baik plak tu. Tak sama langsung ngan doktor gigi kat ****. Dahla garang. Taula bagi simen warna putih tapi tak yah la nak garang sangat pastu sakit gile simen gigi kite tau. Sakit ati (meluah perasaan plak wahaha).

Pepahal pon aku ada satu cite ni nak cite kat korang. Dedulu aku selalu ingat pak cik driver bas ni garang. Aku ingat lagi satu kejadian. Masa tu abang tu nak benti kat satu tempat. Punyala polite abang tu pegi dekat ngan pak cik bas tu pastu bagitau nak benti kat satu tempat. Korang tau pak cik tu cakap apa. "Oloh gitumo nah bisik ko telingo kito." (amboii macam tu sekali sampai nak berbisik kat telinga aku).

Sejak kejadian itu aku menjadi trauma (over sangat trauma wahaha). Entah kenangan hitam apa lagi aku ngan driver bas. Terus aku cop setiap driver bas yang dorang ni garang.

Bas memang menjadi pengangkutan utama aku dari puncak alam ke kelantan dari kelantan ke puncak alam. Aku memang tak suka gile turun dari bas kalo benti kat mana-mana sebab takut tertinggal bas. Tapi malangnya pada suatu malam tanpa dirancang aku terpaksa turun gak dari bas untuk pergi ke tandas. Masa tu bas tu benti kat stesen bas putra.

Betollah apa yang korang sangka. Aku ditinggalkan oleh bassss!! Tidak!!!!! Namun tidak pasti di antara bas tu tinggal aku atau aku tinggal bas wahahaha. Panik gile weh. Nasib aku bawak turun beg tangan jadi adalah handphone ngan beg duit segala bagai. Memang aku prepare awal-awal lagi takut kejadian tak diingini berlaku.

Masa tu memang kalut gile weh. Kehulu-kehilir aku mundar-mandir mencari jalan penyelesaian. Dahla sensorang kan tanpa ditemani orang dikenali. Aku yang spesis malu nak bertanya terus tak fikir apa dah terus tanya pak cik bas itu pak cik bas ini. Dorang sangat membantu tau. Macam ayah-ayah dah semua. Takde pon yang marah-marah mahupun memaki hamun.

Sebenarnya.. Bas tu tunggu aku kat bawah. Pak cik bas mana entah siap tunjuk lagi jalan kat bawah kat mana. Tapi aku tak jumpa-jumpa gak wahaha. Pastu sebenarnya bas tu pon dah lama tunggu aku kat bawah tu tapi pak cik tu baik gile tak marah-marah pon. Konklusinya semua baik-baik ah. Malas plak nak cite panjang-panjang wakaka. Tapi dalam 3,4 orang jugak la watak pakcik-pakcik bas yang baik ni yang membantu aku.

Terima kasih pakcik-pakcik bas mutiara semua. Tibe rasa macam buat iklan plak. Tapi jangan salah sangka ini bukan iklan pon sebenarnya. Yang baik harus dipuji wihuuu. Tak giteww?

Moral of the story, walaupon sorang berperangai begitu tak semua perangai camtu. Contohnya playboy. Walau sorang playboy tak semua laki playboy #eh!#tibe#?#wahahahaha#harapharapcamtula#haraptakjumpaplayboylagi
#immaallergictoplayboy #woidalamblogponadahashtagjugakke #kesahplakkite #hehe. Ok till next time. Doakan bukan empat bulan lagi blog ni akan bersawang. Yihuuuu. Kekeke. Muahhh ciked ;* Assalamualaikum.

 Walau tiada kaitan ngan cerita tapi ada la jugak skeet. Gamba dalam bas ngan pakcik bas. See the kaitan? ;p








Saturday, 21 June 2014

Review CEO

Hello hola. Assalamualaikum. Haritu aku tengok CEO. Abang Beto belakon harusla hambe menengoknyer hihi ;E Lagipon aku tengok trailernya comel.

Timing plak elok-elok je kan. Lepas present hospital tu sobsob. Kenapa ada sobsob disitu? haha. Lepas last hospital attachment. Lepas berturut-turut tido lambat. Nak release tension katanya, nak dapatkan semangat balik untuk hidup katanya, terus pegi nengok CEO ngan kakak aku. Tu pon tak dirancang. Kehmain. Pepagi baru wasap kakak aku 'jom tengok CEO'. Seb baik semua barang keperluan ada kat umah kakak. Kalo tak hidup aku ibarat sehelai sepinggan le jawabnya di rumah kakak.

Okla cite dia not that baddddd. Kelakau sangat3. Lawak yang menjadi. Haha. Bestla. Part kelakar tu memang kelakar la haha. Aku plak senyum tak sudah bila part Beto hihi ;E

Tapikan. Aku tak tahu le kenapa rasa macam lakonan dorang cam awkward plak memula tu. Macam tak smooth sangatla. Ada yang macam gelak yang nampak sangat belakon. Ada yang macam part yang sepatutnya cut tapi tak cut. Even Remy yang hebat lakonannya pon cam awkward gak. Salah direct kah? Salah feel kah? Ato takde chemistry?

Ni pehal baris kutuk lagi banyak dari baris puji hihu ;E


Hihi. Apaapapon. Iollss bagi 4.2 bintang dari 5 bintang. Nak bagi 4.1 sebenarnya, extra 0.1 sebab ada Beto kekeke. Bai!! :*

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...