Saturday, 2 November 2013

Waaahhh Kilah sekarang dah pandai pegi Talk ihik!

Assalamualaikum dan hai korangggg.. Aku ni jenis yang tak aktif sangat orangnya dalam aktiviti kampus. Kamon, aku ada 4 tahun kot untuk habiskan life as a university student. First, second year rilek-rilek ah dulu kan, buat apa nak buzykan diri, banyak lagi kot peluang+aktiviti kampus yang menunggu aku di kemudian hari. Kalo aku asyik join semua aktiviti, bosanlah nanti nak tunggu abes belajar 4 tahun. Itulah apa yang kufikirkan di kala itu. Biasalah budak-budak (padahal umur dah nak masuk 20 tahun da hehe).

Dah third, fourth year ni aku cubalah jugak memaksimakan diri untuk join semua aktiviti kampus. Mana tidaknya, dalam sedikit masa lagi, kehidupan aku yang bergelar sebagai mahasiswi ini bakal berakhir uhuk! Amiiinnn, doakan :)

"adakah betul tindakan aku pegi talk ni? aku ragu-ragu. dahla malam ni ada test".
(kata hati kecilku yang baik hati ini) hehe ;p

Oleh itu, inilah salah satu program yang aku join itu hari. Bayar rm50 kalau uni yang organize, kalo kat luar bleh tahan mahal jugak dalam rm200-300 (kot). Mana nak cari ni? ehihihi

Kalau korang nak tau, farmasi ni bidang ia bleh tahan bercabang-cabang jugakla. Selain dari jadi farmasi yang kat hospital, farmasi jugak diperlukan dalam industri pharmaceutical aka kilang buat ubat untuk memastikan kualiti ubat terjamin. Bagi aku dan kebanyakan student farmasi ni, kitaorang tak minat sangat bekerja kat kilang ni. Bleh dikatakan 2% jugakla minat aku dalam industri ni. Namun talk inilah merupakan salah satu permulaan yang bijak yang bakal mengubah mind set aku(cewahhhhh), surprisingly % minat aku dalam industri ni naikla jugak walaupon tak banyak. Maybe kena join banyak talk macam ni lagi perhaps in the future. Manusia memang begitu, kalau tidak didedahkan dengan satu-satu bidang atau perkara, minat tu takkan wujud atau bakal hilang, benarlah seperti kata pepatah "tak kenal maka tak cinta". Hey, korang ingat pepatah ni sesuai untuk cari pasangan hidup je ker? hihu

a big salute to the speakers and organizer!

Ahhhh speakers cool gile dengan ilmu masing-masing. Ada one time tu dua speakers+chairman sedang berdiskusi atas pentas. Dah macam forum plak aku tengok. Rugi tak amek gamba untuk tontonan korang hehe. This is unexpected entry post okey. Agaknya bila dorang jumpa kat kedai mamak, beginilah situasi dialog dorang:

orang berilmu 1: "i heard by using this new machine, it can help us in                                    developing my new drug product"
orang berilmu 2: "yes,yes its true"
orang berilmu 3: "how come it happens? can u explain more?"
orang berilmu 2: "sure, it can help by blablablabla..................(infiniti)"

Beliau-beliau ni memang penuh dengan pengalaman dalam bidang industri. Nothing can beat experiences okayyy! Surprisingly, tumpuan aku 120/100% kat talk dorang. Mana nak cari, padahal dalam lecture nak capai tumpuan 80% pon susah ehihihi. Kenapa ini berlaku? sebab :

1. talk bayar rm50, lecture free
2. speakers tak bagi dorang punya slide presentation, lecturers bagi
3. speakers bleh jumpa dorang sekali tu je, lecturer hari-hari bleh jumpa
4. talk is like second lecture cuma dah banyak relate antara theories and        applications, lecture first time receive informations kan

tadaa! aku dapat pita pengukur. sesapa nak beli baju online ke nak ukur lemak ke, blehla pinjam ngan aku hehe. dapat beg laptop yang aku pakai kat dalam gamba+several things.
Till then, see u soon! ;pppp

Sunday, 20 October 2013

Suasana Aidiladha di Kelantan

Assalamualaikum. Orang cakap raya aidiladha kat Kelantan meriah. Idokla tahu kesahihannya. Itu orang yang kata. Bagi aku, aku rasa lebih kurang sama sahaja. Sama dengan suasana yang digambarkan dalam buletin utama tu "aidiladha disambut sederhana di seluruh negeri" hehe.

Sekarang aku dah pandai bersosial. Dulu-dulu, aku tak suka sangat keluar dari rumah. Panas. Puteri lilin sangatttt ahkak ni hehe walaupon sebenarnya aku ni dibesarkan di kampung dari baby sampai dah besar remaja begini.

So after solat sunat aidiladha, kitaorang pon berangkatla ke tempat penyembelihan. Tak jauh sangat dari rumah. Kampung sebelah sahaja.
lembu aka cow
penduduk no.1 : hebak lembu ni paka spek rayban bena.
penduduk no.2 : lebe mato-mato lembu ni, tok tido male, rusim nok 
                        wat korbe hari ni.

Haha macam-macam la korang dengan lawyer buruknya. Buat aku tersenyum-senyum kambing disitu ehehehe.
proses penyembelihan
tolong-menolong
Selepas proses penyembelihan dan si jejaka-jejaka muda dan tua sedang melapah, si perempuan-perempuan melayu terakhir-akhir ni plak sedang menyediakan bahan untuk memasak. Aku main potong je daging tu. Mek kata daging kena kasi potong melintang urat. Tak sesempat da aku nak tengok melintang urat ke mengikut urat ke. Kalo aku dok tilik uratnya lama-lama disitu, nampak sangat aku tak pandai potong daging ehehehe. So aku main potong jela. Maafla kalo sape-sape yang termakan daging yang keras tu ehehe. Tapi nasib baik kakak sulung aku cakap yang daging korban ni tak keras. So selamat la abang-abang, pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik, kakak-kakak ehehe.
masak-masak
Tolong-tolong masak. Aku plak tolong amekkan gambaq ehek!
Nampak tak suasana apa ni? Tak nampakkan? Takpe-takpe, ada lagi satu gamba kat bawah.
Ha ini suasana makan-makan. Makannnnn ;E Makan la uolllss after penat masak-masak ehehehe :p Nasib baik ada 4 ekor lembu je, cepatla sikit lunch kitaorang ehehe.

Resepi Kek Cokelat

Assalamualaikum. Haritu anak saudara aku mintak buatkan dadih. Alah, setakat buat dadih idokla mencabar sangatkan. So, aku pon beria la jugak nak buat kek cokelat sebab senang sangat aku tengok kakak aku buat itu hari. Bukan setakat senang, yang paling penting ia dijamin masak dan tidak memerlukan pisahan antara kuning dan putih telor. Aku tak paham kenapa pavlova aku tak masak-masak. Arghhh stress tahu! Apa salah pavlovaku? apa? apa? uhuk :'(

Tapi tunggu dulu, emak saudara awok ni nak pegi kenduri dulu. ehek! Semenjak meningkat dewasa (omg! dewasa!) ni, aku dah pandai pegi kenduri-kendara.


Eeee korang tahu tak senang gile nak buat kek cokelat ni. Korang hanya memerlukan 11 ingredients sahaja, tak banyak pon. Senang plak untuk dicari, jangan risauuuu.

Mula-mula tu memang agak awkward jugak terkial-kial kat bahagian barang membuat kek tu tapi apakan daya. There must be first time for everything ahahaha. First time aku, punya la pusing punya pusing nak dekat 5 kali cari castord sugar rupa-rupanya dah habis. cis! Orang tengok pon dah kenapa dengan budak ni, exercise ke hapa dah la jalan laju hehe. 11 ingredients itu adalah:

1. 3 biji telor
2. 1 cawan susu pekat
3. 1 cawan minyak jagung
4. 1 1/2 cawan gandum
5. 1 cawan serbuk koko
6. Hujung sudu baking powder
7. Hujung sudu bikarbonat
8. 1 penutup esen vanila
9. Garam hujung sudu
10. 1 cawan air panas
11. Cokelat masakan

Cara-cara membuat:

1. Ayakkan campuran gandum+serbuk koko+baking powder+bikarbonat
2. Pukul telor+susu+minyak jagung+bahan ayakan+esen vanila+garam+air panas.
3. Tadaaa dah siap. Lepas masukkan campuran dalam bekas, tutup dengan aluminium paper kasi ketat-ketat.
4. Kukus selama 45 minit.
5. Cokelat masakan tu kasi cair, cairkan jangan direct api, cair guna air yang korang buat kukus tadi.
6. Lepas tu apa lagi kasi sadur cokelat masakan atas kek la hehe. Siap! :)

haha nampak comot kan? saje je, kitaorang memang sengaja mencomotkan
kek nak kasi nampak sedap. lagipon aku end up jadi co-chef je hehe.
tu aku tak jadi main chef lagi ehehe.
Selamat mencuba!

Sunday, 6 October 2013

Meronggeng bersama kakak di hujung minggu sebab homesick

Assalamualaikum. Amacam? Kukuh tak alasan aku nak meronggeng di hujung minggu semalam dan hari ni. Aku bukan saje-saje nak meronggeng tahu, aku meronggeng sebab aku homesick! Kalau tak bleh menghabiskan masa bersama-sama mek, dengan kakak pon jadilah. We're blood related after all hehe. One thing yang syok bila berada di sisi famili especially ibunda tercinta adalah ianya dapat memberi ketenangan. Kalau ada masalah apa-apa, mak tak payah cakap apa-apa atau beri nasihat pon, hati dah jadi tenang. Magik bukan? hehe.

So destinasi pertama aku dan kakak adalah masjid india. Tetiba aku jadi adik solehah sebab sanggup tunggu bas berjam-jam dan jumpa kakak aku kat masjid india sebab harga minyak naik 20 sen itu hari. Biasanya aku suruh beliau (sopan giteww) datang jemput aku kat puncak alam nan indah permai lagi panas ni hehe.

Pusing kesana kemari, makan laksa penang, dan menunaikan solat, dah pukul 3 petang. Aku rasa aku noob giler bila:
 aku: eh ado masjid sini
 kakak aku: la, memelah ado
 aku: la ingatke namo masjid india tu sajo-sajo jah yo nok letok  haha. baru prase ado masjid padaha banyok kali doh mari sini hehe
Moral of the story, aku ni bermata straight okeh

jalan kena pandang kanan kiri dan inilah masjid india hehe
Pastu apa lagi, pi jusco shoppinggg after shopping kat masjid india tak membuahkan hasil. Dan disertakan dengan tengok kl gangster 2. Best gile korang! Aku bagi 4.8/5. 0.1 sebab ada angle yang tak cantik dan ada angle yang menyebabkan nampak sedikit kepoyoan. 0.1 lagi sebab aksi tumbukan tu nampak sangat belakon. Tapi ofkos aksi adi putra dan aaron aziz terbaik. Dialog pon kelakar. Great storyline with great actor especially adi putra (auwww!) with good actions and great lessons.

kesian abang adi putra. semput ea bila isap rokok? bagusla tak payah isap rokok, tak membahayakan kesihatan. kalau idok, kesian plak kat orang lain kena isap asap rokok. kalau degil nak isap rokok jugak, pastikan jangan isap rokok ditempat awam. tidak sopan kelihatannya.
Kalau dah namanya perut orang melayu original ni, tak makan nasi sehari memang tak sah. So on the way balik rumah kakak, nak singgahla makan nasi. Tengah cari-cari tempat makan syok, tetiba mata tertumpu di kaca tv, rupanya ada match antara trw vs jdt. Apa lagi, tanpa melengahkan masa kitaorang terus serbu tempat tu, tak kisah dah tomyam dia sedap ke idok.

good job abang piya! eh, good job trw hehe
Kemeronggengan aku tidak berakhir disitu sahaja. Pada keesokan harinya iaitu ini hari, kemeronggengan kami diteruskan dengan makan pizza. Alang-alang keluar ngan kakak, pau habis-habisan! hekhek. Takdelah, kakak aku la yang ajak makan pizza hukhuk.

okeh! akhirnya ada jugak gambar yang diamik sendiri. sebelum ni gambar google-google je.
thanks google and kepada sape2 tuan punya gambaq. ahak!
so where u can find this pemegang pizza yang menggerutu sebegini rupa?
u must be old enough, man and u must have worked a lot. good job.

Sunday, 29 September 2013

Budget Semester-an

Assalamualaikum. Memanglah nampak seperti rm5k tu jumlahnya banyak untuk satu semester. Tapi kalau dah namanya duit. Pasti mengalir laju bak air disungairan kalau tidak dikawal. Kalau nak cakap budget semester-an ni adalah satu perkara wajib untuk dibuat oleh setiap orang, memang patutlah dicakap begitu. Bukan untuk semester-an sahaja, untuk bulanan tika kita bekerja nanti pon patut dibuat.

Roomate aku penah bagitau yang dia penah baca blog kakak maria elena (panggil kakak ni rasa macam kenai je hehe). Katanya, budget ni kita kena bahagikan kepada tiga bahagian. 1. Keperluan 2. Saving 3. Enjoys.

Masalah aku ni banyak gile makan. So aku budget la dalam satu hari berapa untuk makan especially untuk pasar malam. Bahaya kot pasar malam ni. Semua makanan rasa macam nak beli.

Masalah shopping plak. Untuk shopping pon aku budget berapa helai baju ke selendang ke tudung bawal ke tudung syria ke aku nak beli untuk satu sem. Contohnya, budget nak beli 3 helai baju untuk satu sem. Tapi tahu-tahulah perempuan kan. Kalo budget 3 helai baju, sebenarnya akan tersasar jadi 5 helai jugak akhirnya kan? Korang pon macam tu jugakkan? Aku tahu sangatla ha. So, budget@aim sedikit yang boleh untuk shopping ni.

Untuk saving ni, roomate aku bagitau yang duit untuk saving ni kena cepat-cepat letak dalam bank lain. Barulah tak TERguna nanti hehe.

cantik tak iteww punya buku budget.
buku bigbang ag. kawan yang bagi. hekhek
OMG! Korang tengokla banyak gile duit aku habiskan untuk makan. rm1k okeh! Jangan memain. Ha mananya yang kata rm5k tu banyak untuk satu semester? Mana? Mana? Budget untuk buku pon dah mencecah rm800 tahu. Aku tahu. Korang mesti cam "iyolah tu habiskan rm800 untuk buku" pastu korang buat muka facepalm. Iyelah iyelah. Yang tu dah campur sekali alat tulis, ink printer, buku motivasi segala bagai la. Jangan main tuduh-tuduh je ok.

Bila dah buat budget ni, barulah realise for how much money that we can actually saved and how much money we have wasted for unnecessary things. Tsktsk. Nanti blehla saving sikit-sikit untuk travel ke, beli barang branded ke, bagi hadiah kat mak ke hapa-hapa ke lagi. hehe. bai! :)

pelaburan pertama. sambut befday housemate kat sungai sendat.
plan asal nak pegi ulum yam tapi entah kemana-mana ikut gps ni hehe.

Sunday, 22 September 2013

Berinai sempena masuk sem baru

Assalamualaikum. Ahahaha orang lain berinai sempena bertunang atau kawen. Aku berinai sempena masuk sem baru. Pon bleyyy jah oiii. Aha! Lama gile aku tak update blog. Bukan hape, nak tunggu timing yang sesuai untuk pakai inai ni susah tahu. Inai ni kena pakai sebelum tido, barulah nampak hot sebab merah menyala gitu. Bila aku nak pakai inai je, nota belambak (exaggerate) kena baca, stress tahu bila setiap lecturer masuk je lecture, dorang guna skrip yang sama "takkan ini pon korang tak tahu, korang kan dah final year student, it should be on your fingertip." Ha gitewww. Bila aku takde benda nak buat sebelum tido atau aku malas nak study, aku tetido telebih dahulu, takpon aku malas, takpon aku layan movie muahaha. Tu yang lama baru boleh pakai inai ni. Walaupon begitu, semalam aku gagahkan diri jugak untuk pakai inai ni. Kalau tidak, sampai bila-bila tak terupdate la aku punya blog ni. hihu :p

Masa dulu-dulu aku tak interested langsung nak pakai inai. Bila kakak aku beria nak pakai inai, aku pandang sebelah mata je. Dalam hati aku "ada apa dengan inai." Tapi sejak kawan aku hadiahkan inai ni, kemain kalau boleh tak nak bagi putih langsung kuku aku ni. Siap rasa macam nak inaikan kuku jadi warna hitam ke, kelabu taik itik ke, hijau pucuk pisang ke, kuning diraja ke, merah hati ke, biru langit ke, arghhh semua warna la. Namun apa daya, inai hanya berwarna reddish-orangish sahaja hmmm.

rawrr bebeh!
Ini adalah kali kedua aku pakai inai. Gile comot. Eeee tak reti tahu pakai benda-benda macam ni! Bila aku bangun tido je, aku tengok dah macam kucing da kuku aku ni muahaha. Btw, apa kaitan kucing dengan comot ni? Ahahaha. Aku pon tidak tahu~~ Tapi untuk menyedapkan hati, aku bagitau awal-awal ok, tema kuku aku ni adalah tema horror mehmeh.

Korang macam mana sem baru? Aku ni dah dua minggu dah pon sem baru aku. Ahaa. Doakan aku semoga aku bertambah-tambah-tambah rajin. Semoga aku gunakan masa dengan sebaik mungkin. Study hard and smart. Dan sewaktu dengannya ok. Ha? Kenapa korang kena doakan aku? Iyelah aku kan dah final year student, dah nak kerja dah pon. Nanti kalau aku dah kerja nanti, bila aku yang bagi ubat kat saudara-mara korang ke sepupu sepapat korang dan yang paling penting keluarga korang, takde la korang cam was-was dengan aku ni kan. mehmeh. Takdelah! Doa mendoa itu kan amalan mulia :) Aku doakan korang jugak okeh. Babai :p

auwww me feelin sexxy bebeh :p

Sunday, 1 September 2013

Nama Keluarga Saya Ma, Tok Abah, Tok Mek

Assalamualaikum. Mek told a story about one budak. Mek borak-borak ngan sorang budak ni.

Mek: Mu ni anok sapo?
         (Kau ni anak sape?)
Budak: Anok ma.
            (Anak ma) 

Mek: Ma mu namo gapo?
       (Mak kau nama apa?) 
Budak: Namo ma r.
            (Nama ma la) 

Mek: Pah tok mek mu namo gapo?
         (Habis tu nenek kau nama apa?)
Budak: Namo tok mek.
          (Nama tok mek) 

Mek: Pah tok ayoh mu namo gapo?
       (Habis tu datuk kau nama apa?) 
Budak: Namo tok abah. 
          (Nama tok abah) 

Mek: O'ohh. Pah mu gi sekolah, cikgu tok tanyo ko namo ma mu
       namo gapo, anok sapo?
      (*Kind of sound effect. Habis tu kau pegi sekolah, cikgu tak tanya
       ke nama mak kau apa, anak siapa?) 
Budak: Tanyo. *dengan selambanyanye jawab 
           (Tanya) 

Mek: Pah mu oyak gano? 
       (Habis tu kau bagitau macam mana?) 
Budak: Oyat la namo ma kito, namo ma. 
          (Bagitau la nama mak saya, nama dia ma)

Mek: Namo mu gapo? Umur berapo tahun?
       (Nama kau apa? Umur berapa?)
Budak: Ali (bukan nama sebenar). Ne tahun.
          (Ali. Enam tahun)

LOL. So adorable. Agak-agak masa aku kecik dulu adorable macam budak ni tak haha. Nasib baikla budak tu tahu jawab nama dia sendiri haha. Pastu bila Ali(bukan nama sebenar) tu terserempak ngan mek aku, siap bye-bye bagai. Haiii budak-budak ni. So adorable ^^

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...