Sunday, 6 October 2013

Meronggeng bersama kakak di hujung minggu sebab homesick

Assalamualaikum. Amacam? Kukuh tak alasan aku nak meronggeng di hujung minggu semalam dan hari ni. Aku bukan saje-saje nak meronggeng tahu, aku meronggeng sebab aku homesick! Kalau tak bleh menghabiskan masa bersama-sama mek, dengan kakak pon jadilah. We're blood related after all hehe. One thing yang syok bila berada di sisi famili especially ibunda tercinta adalah ianya dapat memberi ketenangan. Kalau ada masalah apa-apa, mak tak payah cakap apa-apa atau beri nasihat pon, hati dah jadi tenang. Magik bukan? hehe.

So destinasi pertama aku dan kakak adalah masjid india. Tetiba aku jadi adik solehah sebab sanggup tunggu bas berjam-jam dan jumpa kakak aku kat masjid india sebab harga minyak naik 20 sen itu hari. Biasanya aku suruh beliau (sopan giteww) datang jemput aku kat puncak alam nan indah permai lagi panas ni hehe.

Pusing kesana kemari, makan laksa penang, dan menunaikan solat, dah pukul 3 petang. Aku rasa aku noob giler bila:
 aku: eh ado masjid sini
 kakak aku: la, memelah ado
 aku: la ingatke namo masjid india tu sajo-sajo jah yo nok letok  haha. baru prase ado masjid padaha banyok kali doh mari sini hehe
Moral of the story, aku ni bermata straight okeh

jalan kena pandang kanan kiri dan inilah masjid india hehe
Pastu apa lagi, pi jusco shoppinggg after shopping kat masjid india tak membuahkan hasil. Dan disertakan dengan tengok kl gangster 2. Best gile korang! Aku bagi 4.8/5. 0.1 sebab ada angle yang tak cantik dan ada angle yang menyebabkan nampak sedikit kepoyoan. 0.1 lagi sebab aksi tumbukan tu nampak sangat belakon. Tapi ofkos aksi adi putra dan aaron aziz terbaik. Dialog pon kelakar. Great storyline with great actor especially adi putra (auwww!) with good actions and great lessons.

kesian abang adi putra. semput ea bila isap rokok? bagusla tak payah isap rokok, tak membahayakan kesihatan. kalau idok, kesian plak kat orang lain kena isap asap rokok. kalau degil nak isap rokok jugak, pastikan jangan isap rokok ditempat awam. tidak sopan kelihatannya.
Kalau dah namanya perut orang melayu original ni, tak makan nasi sehari memang tak sah. So on the way balik rumah kakak, nak singgahla makan nasi. Tengah cari-cari tempat makan syok, tetiba mata tertumpu di kaca tv, rupanya ada match antara trw vs jdt. Apa lagi, tanpa melengahkan masa kitaorang terus serbu tempat tu, tak kisah dah tomyam dia sedap ke idok.

good job abang piya! eh, good job trw hehe
Kemeronggengan aku tidak berakhir disitu sahaja. Pada keesokan harinya iaitu ini hari, kemeronggengan kami diteruskan dengan makan pizza. Alang-alang keluar ngan kakak, pau habis-habisan! hekhek. Takdelah, kakak aku la yang ajak makan pizza hukhuk.

okeh! akhirnya ada jugak gambar yang diamik sendiri. sebelum ni gambar google-google je.
thanks google and kepada sape2 tuan punya gambaq. ahak!
so where u can find this pemegang pizza yang menggerutu sebegini rupa?
u must be old enough, man and u must have worked a lot. good job.

Sunday, 29 September 2013

Budget Semester-an

Assalamualaikum. Memanglah nampak seperti rm5k tu jumlahnya banyak untuk satu semester. Tapi kalau dah namanya duit. Pasti mengalir laju bak air disungairan kalau tidak dikawal. Kalau nak cakap budget semester-an ni adalah satu perkara wajib untuk dibuat oleh setiap orang, memang patutlah dicakap begitu. Bukan untuk semester-an sahaja, untuk bulanan tika kita bekerja nanti pon patut dibuat.

Roomate aku penah bagitau yang dia penah baca blog kakak maria elena (panggil kakak ni rasa macam kenai je hehe). Katanya, budget ni kita kena bahagikan kepada tiga bahagian. 1. Keperluan 2. Saving 3. Enjoys.

Masalah aku ni banyak gile makan. So aku budget la dalam satu hari berapa untuk makan especially untuk pasar malam. Bahaya kot pasar malam ni. Semua makanan rasa macam nak beli.

Masalah shopping plak. Untuk shopping pon aku budget berapa helai baju ke selendang ke tudung bawal ke tudung syria ke aku nak beli untuk satu sem. Contohnya, budget nak beli 3 helai baju untuk satu sem. Tapi tahu-tahulah perempuan kan. Kalo budget 3 helai baju, sebenarnya akan tersasar jadi 5 helai jugak akhirnya kan? Korang pon macam tu jugakkan? Aku tahu sangatla ha. So, budget@aim sedikit yang boleh untuk shopping ni.

Untuk saving ni, roomate aku bagitau yang duit untuk saving ni kena cepat-cepat letak dalam bank lain. Barulah tak TERguna nanti hehe.

cantik tak iteww punya buku budget.
buku bigbang ag. kawan yang bagi. hekhek
OMG! Korang tengokla banyak gile duit aku habiskan untuk makan. rm1k okeh! Jangan memain. Ha mananya yang kata rm5k tu banyak untuk satu semester? Mana? Mana? Budget untuk buku pon dah mencecah rm800 tahu. Aku tahu. Korang mesti cam "iyolah tu habiskan rm800 untuk buku" pastu korang buat muka facepalm. Iyelah iyelah. Yang tu dah campur sekali alat tulis, ink printer, buku motivasi segala bagai la. Jangan main tuduh-tuduh je ok.

Bila dah buat budget ni, barulah realise for how much money that we can actually saved and how much money we have wasted for unnecessary things. Tsktsk. Nanti blehla saving sikit-sikit untuk travel ke, beli barang branded ke, bagi hadiah kat mak ke hapa-hapa ke lagi. hehe. bai! :)

pelaburan pertama. sambut befday housemate kat sungai sendat.
plan asal nak pegi ulum yam tapi entah kemana-mana ikut gps ni hehe.

Sunday, 22 September 2013

Berinai sempena masuk sem baru

Assalamualaikum. Ahahaha orang lain berinai sempena bertunang atau kawen. Aku berinai sempena masuk sem baru. Pon bleyyy jah oiii. Aha! Lama gile aku tak update blog. Bukan hape, nak tunggu timing yang sesuai untuk pakai inai ni susah tahu. Inai ni kena pakai sebelum tido, barulah nampak hot sebab merah menyala gitu. Bila aku nak pakai inai je, nota belambak (exaggerate) kena baca, stress tahu bila setiap lecturer masuk je lecture, dorang guna skrip yang sama "takkan ini pon korang tak tahu, korang kan dah final year student, it should be on your fingertip." Ha gitewww. Bila aku takde benda nak buat sebelum tido atau aku malas nak study, aku tetido telebih dahulu, takpon aku malas, takpon aku layan movie muahaha. Tu yang lama baru boleh pakai inai ni. Walaupon begitu, semalam aku gagahkan diri jugak untuk pakai inai ni. Kalau tidak, sampai bila-bila tak terupdate la aku punya blog ni. hihu :p

Masa dulu-dulu aku tak interested langsung nak pakai inai. Bila kakak aku beria nak pakai inai, aku pandang sebelah mata je. Dalam hati aku "ada apa dengan inai." Tapi sejak kawan aku hadiahkan inai ni, kemain kalau boleh tak nak bagi putih langsung kuku aku ni. Siap rasa macam nak inaikan kuku jadi warna hitam ke, kelabu taik itik ke, hijau pucuk pisang ke, kuning diraja ke, merah hati ke, biru langit ke, arghhh semua warna la. Namun apa daya, inai hanya berwarna reddish-orangish sahaja hmmm.

rawrr bebeh!
Ini adalah kali kedua aku pakai inai. Gile comot. Eeee tak reti tahu pakai benda-benda macam ni! Bila aku bangun tido je, aku tengok dah macam kucing da kuku aku ni muahaha. Btw, apa kaitan kucing dengan comot ni? Ahahaha. Aku pon tidak tahu~~ Tapi untuk menyedapkan hati, aku bagitau awal-awal ok, tema kuku aku ni adalah tema horror mehmeh.

Korang macam mana sem baru? Aku ni dah dua minggu dah pon sem baru aku. Ahaa. Doakan aku semoga aku bertambah-tambah-tambah rajin. Semoga aku gunakan masa dengan sebaik mungkin. Study hard and smart. Dan sewaktu dengannya ok. Ha? Kenapa korang kena doakan aku? Iyelah aku kan dah final year student, dah nak kerja dah pon. Nanti kalau aku dah kerja nanti, bila aku yang bagi ubat kat saudara-mara korang ke sepupu sepapat korang dan yang paling penting keluarga korang, takde la korang cam was-was dengan aku ni kan. mehmeh. Takdelah! Doa mendoa itu kan amalan mulia :) Aku doakan korang jugak okeh. Babai :p

auwww me feelin sexxy bebeh :p

Sunday, 1 September 2013

Nama Keluarga Saya Ma, Tok Abah, Tok Mek

Assalamualaikum. Mek told a story about one budak. Mek borak-borak ngan sorang budak ni.

Mek: Mu ni anok sapo?
         (Kau ni anak sape?)
Budak: Anok ma.
            (Anak ma) 

Mek: Ma mu namo gapo?
       (Mak kau nama apa?) 
Budak: Namo ma r.
            (Nama ma la) 

Mek: Pah tok mek mu namo gapo?
         (Habis tu nenek kau nama apa?)
Budak: Namo tok mek.
          (Nama tok mek) 

Mek: Pah tok ayoh mu namo gapo?
       (Habis tu datuk kau nama apa?) 
Budak: Namo tok abah. 
          (Nama tok abah) 

Mek: O'ohh. Pah mu gi sekolah, cikgu tok tanyo ko namo ma mu
       namo gapo, anok sapo?
      (*Kind of sound effect. Habis tu kau pegi sekolah, cikgu tak tanya
       ke nama mak kau apa, anak siapa?) 
Budak: Tanyo. *dengan selambanyanye jawab 
           (Tanya) 

Mek: Pah mu oyak gano? 
       (Habis tu kau bagitau macam mana?) 
Budak: Oyat la namo ma kito, namo ma. 
          (Bagitau la nama mak saya, nama dia ma)

Mek: Namo mu gapo? Umur berapo tahun?
       (Nama kau apa? Umur berapa?)
Budak: Ali (bukan nama sebenar). Ne tahun.
          (Ali. Enam tahun)

LOL. So adorable. Agak-agak masa aku kecik dulu adorable macam budak ni tak haha. Nasib baikla budak tu tahu jawab nama dia sendiri haha. Pastu bila Ali(bukan nama sebenar) tu terserempak ngan mek aku, siap bye-bye bagai. Haiii budak-budak ni. So adorable ^^

Saturday, 31 August 2013

Cuti Sem 6 + Review movies

Assalamualaikummmmmmm. Home sweet home bebeh. Sampai je kat umah terus ngap nasi kerabu. Nasi kerabu di pagi hari dibumi kelantan. Heaven.

sori la gamba google je. tak sempat nak snap picture sebab masa aku menatap nasi kerabu,
terus tak ingat apa dah. ingat nak makan jew haha

Praktikal aku dah habis wei. Itu hari aku praktikal kat HTC, FRIM, Kepong. Best woo. Thanks abang-abang dan kakak-kakak kat HTC. Abang-abang and kakak-kakak cweeet sangattt. Thanks jugak kawan-kawan praktikal. Everyday always have a big laugh. Enjoy sesangat :p

unfortunately, tak semua orang ada dalam gamba ni :(
gamba kak wani (our sv) ada dalam tefon kawan :(
gamba ni pon aku amek dari fb. kawan upload :p

Disebabkan aku praktikal nun jauh disana, jauh dari desa kampung yang permai malah yang paling penting jauh dari ibubapa tercinta, aku banyak mengisi kekosongan hati dengan menengok movie. mehmehmeh. Dalam banyak-banyak movie yang aku tengok, aku nak buat review cite G.I. Joe and Warm Bodies. Aku tau cite tu dah lama tapi bia ah aku nak buat jugak review :p

G.I. Joe ada dua.

1. G.I. Joe Rise of Cobra

Obviously aku ni a big fan of fast furious especially fast furious 5 & 4. Dan aku rasa takde cite lain yang boleh menandingi ff5 & ff4. Ahaa aku tau ayat aku ni cam taksub sangat ngan ff, ha what do u expect from fangirl's ayat haha.

And after aku tengok cite G.I Joe Rise of Cobra, aku pon cakap "wooo this is it! cite ni la yang setanding ff5! cool gile." (ahha ayat fangirl lagi). Sepanjang cite tu, aku dok asyik cakap "cool" aja.

Sinopsis: Cite dia pasai satu orang cipta satu senjata yang power gile. Bila senjata tu melekat kat besi, terus senjata tu makan besi-besi tu nonstop. Satu pasukan askar ni akan hantar senjata tu ke satu tempat yang selamat and otw tu senjata tu kena rompak. So, G.I Joe la yang menyelamatkan keadaan.

Tapi satu halnya, aku tak tahu kenapa aku rasa cite ni panjang. Pening kepala aku tengok cite ni haha. Aku bagi 4.9/5 bintang. 0.1 sebab aku rasa cite ni panjang sangat.

2. G.I. Joe Retaliation

Cite ni pon ok la. Not bad. Aksi dia best. As expected from G.I. Joe. Tapi jalan cite dia biasa-biasa saja.

Sinopsis: Dia cite pasai nak amek senjata nuklear dari penjahat. Itu sahaja mehmehmeh.

Lagipun, Duke awal-awal dah takde. Tu yang tak berapa nak ohsem sangat tu ahak! :p Bintang 4.6/5. 0.4 sebab typical story.

3. Warm Bodies

Ok kalo korang nak cite yang ala-ala romantik and comel-comel. Tengok la cite warm bodies. Comey giler zombie tu, hensem! Tapi hensem masa jadi zombie je. Lepas dah tak jadi zombie dah tak comey dah lol.

Sinopsis: Zombie bertukar jadi manusia sebab zombie tu dah jatuh cinta dengan manusia. ahak! comeyyyy ^^

Bintang 4.8/5. 0.2 sebab saje-saje aku tak nak bagi markah penuh :p

bye! home sweet home ^^

Saturday, 17 August 2013

Orang hodoh pon boleh jadi hensem/cantik

Assalamualaikum. Sorila kalo tajuk entry sentap sikit hehe. Saje nak buat gempak sikit mehmeh. Haritu bila aku dengar suara Nate Ruess (walaupon ejaannya ialah Nate tapi sebutannya ialah Net bukan 'nate' ye mehmehmeh) dalam lagu Just Give Me a Reason, suara dia memang appealing sangat. Terus iollls jatuh cinta dengan suara dia. Pastu aku bagitaula kat kawan aku yang suara Nate tu best, pastu kawan aku cakap "sura dia memang best, hensem kan dia." Pastu aku cam dah "ha? hensem?" Pastu otak aku dah tak boleh proses da haha.

Aku ada satu tabiat, bila aku suka certain lagu, aku akan tengok mv dorang. Pastu aku pon usha-usha la semua mv lagu yang Nate nyanyi. Tiba-tiba aku bersetuju ngan kawan aku yang Nate ni hensem. Hensem in term of charming and confidence. ahaa. Tak caya eh? Cuba korang tengok mv ni.


Dia cam tak control macho langsung. Confident! Confident dengan diri dia. Confident with the way he looks. Takdenya nak cover-cover macho ke hapa. All out. Seolah-olah cam dia nak cakap "ko kata aku tak hensem? So what? back off from my way!" haha. Pepandai je aku ni :p

So that is how orang hodoh boleh jadi hensem/cantik with the help of confidence. Actually, aku rasa semua orang kat dunia ni takde yang hodoh pon. Cuma kurang hensem/cantik tu ada la hehe. Perkataan 'hodoh' kat tajuk entry saje nak buat drama muehehe.

Mungkin masa kecik-kecik atau masa tak matured lagi memang rasa looks is a big deal. But after a while, we will accept the way we look. Cara kita puji orang pon berbeza. Bila kita puji "hensemnya orang tu". It could be maksud tersiratnya ialah "baiknya orang tu", "machonya orang tu", "confidentnya orang tu", "coolnya orang tu". Ha gitewww. 

Atau masa kita puji "hensemnya orang tu", maksud tersuratnya ialah memang orangtu hensem! After all, physical appearance mereka yang hensem/cantik semuanya datang dari Allah. Physical apperance yang cantik/hensem datang dari Allah, perangai dan character yang membuatkan kita hensem/cantik datang dari kita sendiri :)

Sunday, 4 August 2013

Memahami Bacaan Solat (doa iftitah dan duduk antara dua sujud)

Assalamualaikum. Adakah anda-anda sudah sampai di kampung halaman nan indah lagi suci? ehek! Bagusla kalau sudah sampai. Boleh menolong ibunda membuat ketupat dan rendang (awai bebeno ha buat ketupat dan rendang, kompem habis buat moreh lepas terawih hihu). Menolong kakak mengemas rumah. Serta menolong menseterika baju raya. 

Ah! Ini semua poyo. Semua itu masih awal lagi. Revolusi ramadhan nak memahami bacaan solat masih tidak terkabul lagi. Ayuh teman-teman! Ayuh teruskan usaha kita. Apalah makna raya kalau salah satu revolusi ramadhan tak tercapai. Tidak semua. Satu pon jadilah. Kita hanya manusia biasa. Mudah tergoda dengan godaan nafsu oh ho. Sebelum aku tersasar jauh dari tujuan sebenar entry aku ni, eloklah aku straight to the point bak kata omputih.

Doa iftitah

الله اكبر كبيرا
Allah Maha Besar

والحمدلله كثيرا
lagi sempurna kebesaranNya

وسبحان الله بكرة واصيلا
segala puji bagiNya Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang

اني وجهت وجهي للذى فطرالسمواتوالارض
kuhadapkan muka hatiku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi

حنيفا مسلما
dengan keadaan tunduk dan menyerahkan diri

وما انا من المشركين
dan aku bukanlah golongan dari kaum musyrikin

ان صلاتي
sesungguhnya solatku

ونسكي
ibadahku

ومحياي
hidupku

ومماتي
matiku

لله رب العالمين
semata-mata hanya untuk Allah seru sekalian alam

لاشريك له
tiada sekutu bagiNya

وبذلك امرت
dan dengan demikian itulah aku diperintah

وانا من المسلمين
dan aku termasuk orang-orang muslim (berserah diri)


Duduk antara dua sujud

رب اغفلي
ya Allah ampunilah aku

وارحمني
belas kasihanilah aku

واجبرني
dan cukuplah segala kekurangan

وارفعني
dan angkatlah darjat kami

وارزقني
dan berilah rezeki kepadaku

واهدني
dan berilah petunjuk

وعافني
berilah kesihatan kepadaku

واعف عني
dan berilah keampunan kepadaku

Honestly, aku tak berapa ingat pon semua bacaan solat ni. Aku amek alternatif tulis kat kertas memo pastu tampal dalam buku cite yang aku selalu bawak. Nanti kalau ada masa senggang, bolehlah jenguk-jenguk tengok. InsyaAllah bila dah tengok banyak-banyak kali, mesti tafsir ni tersemat disanubari kuikui. 


Selamat hari raya maaf zahir batin. Kalau nak suh mintak maaf personal, pm aku hihu :)

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...