Monday, 1 May 2017

Let's Talk about Jodoh: Bila Pengantin Baru Berbicara

Assalamualaikum. Bagi aku, JODOH merupakan satu KEAJAIBAN. Macam mana eh nak cakap, aku rasa semua orang pon rasa apa yang aku rasa tentang betapa ajaibnya jodoh itu. Jodoh yang membuatkan kau tertanyatanya. Jodoh yang tak tahu dari mana & korang terjumpa out of nowhere. Jodoh yang mempunyai dua karektar yang berbeza. Jodoh yang dibesarkan dengan cara yang tersendiri. Subhanallah. Betapa besarnya kekuasaan Allah kan.

Bagi yang masih menunggu jodoh, menunggulah dengan sabar :) Percaya dengan kekuasaan Allah. Bila Allah kata Kunfayakun, maka Kunfayakunlah jadinya. Teruskanlah berdoa & berusaha. Bagi yang lelaki, be gentlelah weii. Kalo perempuan tersebut macam bagi respond kat hint korang, apa lagi, be brave, confess, apa tunggu lagi! Built your own disney like love story. Auwww so sweet kan 😍😍. Excited plak kita haa.

Bagi yang perempuan plak, you know, perempuan penuh dengan kekompleksan. Bila dah ambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang, it's a big thing you know. I know lah laki pom fikir benda yang sama tapi bagi perempuan, big thing dia lain, macam macam yang ada dalam kepala. Macam macam fikir. Insecurity & pelbagai pengalaman pahit berumah tangga yang diceritakan menambahkan lagi kekusutan dalam kepala. Haa nampak takkk, tak nak kalah.

Bila tanya perempuan, lelaki macam mana yang menjadi lelaki idaman, of course macam macam jawapan yang ada. Nak yang macam ni lah nak yang macam tu lah. But what these answers lead to. To think of it, it leads to the HAPPINEST. Nak yang beriman sebab nak menjamin kebahagiaan. Nak yang kaya sebab nak menjamin kebahagiaan. Nak yang handsome sebab nak menjamin kebahagiaan. Nak yang bertanggungjawab sebab nak menjamin kebahagiaan. Nak yang rajin sebab nak menjamin kebahagiaan. Nak yang perfect sebab nak menjamin kebahagian. Tapi manusia yang perfect tu memang tidak wujud, kalau wujud tu bukan manusia. Haaa

& i'm not condemning anyone yang nak macam mana macam mana selagi ia boleh membuatkan seseorang itu gembira. Memetik kata kata dari seorang sahabat, jodoh itu custom made. To think of it, apa je yang dalam hidup kita ini yang bukan custom made. Keluarga, masalah, kelebihan, keburukan malahan jodoh semua custom made. Kehidupan aku tak sama dengan kehidupan kau. Karakter aku tak sama dengan karakter kau.

& because human is not perfect so we must choose things over things which we can tolerate well. For some, money is not a big thing over perangai yang baik. For some, handsome is a big thing over perangai yang baik. So it is our choice. Custom made right. As long as we are confident that we can tolerate well their kekurangan. After all, kita yang menjalani kehidupan tersebut. Akan ada mulut mulut di luar sana yang akan mempersoalkan jodoh kita. Macam, "kenapa kau pilih jodoh macam ni, you deserve better" dan selepas mempersoalkan jodoh tersebut & membuatkan korang single balik, maka diorang akan berlalu pergi dari hidup korang & paling suci diorang boleh buat & come back is tanya "bila nak kahwin".

Tak salah untuk mendengar nasihat dari pihak luar tapi yang lebih mengenali jodoh kita adalah diri kita sendiri, ibu ayah & keluarga. As long as dapat restu dari mak ayah & keluarga, it is more than enough. Allah ada kan. Solat istikharah jangan ditinggalkan :) Ia adalah keputusan yang paling sukar dalam hidup tapi percayalah selepas meletakkan Allah, ibu bapa & keluarga di hadapan, kau akan rasakan bahawa Alhamdulillah i made the right choice by marrying you 👫. Gitewwwww. Sweet ko idok.

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...