Hai. Konon rare lah hai hai ni hehe. Assalamualaikum. Lagi 2 bulan 13 hari lagi maka genaplah umur saya 24 tahun. Hehe. Saya ingat lagi masa saya umur 21 tahun masa tu da ujung tahun da. Saya amek kelas memandu. Alhamdulillah guna duit biasiswa hehe. Kalo umur 21 tahun tu da kira lambat la skeet amek ujian memandu. Rata-rata kawan saya amek masa lepas SPM lepak lama cuti panjang kan sementara tunggu panggilan matrik ke uni ke.
Nak dijadikan cerita saya memang malas nak amek lesen keta sebab tiga sebab sebab pertama saya memang takde asas lam memandu sebab kat uma takde keta kan ada pon keta kakak jarang balik kampong. Sebab kedua sebab saya memang takut kalo dapat cikgu garang. Denga cite memang ramai cikgu memandu yang garang huhu. Sebab ketiga saya memang tak yakin yang saya boley buat semo tu. Saya memang admire gile kot kat orang yang boleh memandu especially perempuan. I look up to them so much. Macam gile ah. Hebat gile. Kalo aku memang impossible ah nak wat camtu huhu. So saya tangguhkanlah niat saya tu saban hari dari hari ke hari. Tapi nak tak nak kena amek gak sebab masa tu saya fikir saya da takde masa da nak amek lesen. Iyelah cuti sem sekejap je kan nanti da nak keja plak. Nak gi keja naik apa. Cukuplah tak pandai naik moto je huhu.
So saya tekadkan diri untuk amek lesen. Sekali amek kauuu huhu. Dapat cikgu garanggg!! Hoho. Maka tiada guna aku bertangguh-tangguh setelah sekian lama. Kalo dah takdir dapat cikgu garang dapat jugok. Haha. Haha. Aku ingat lagi masa tu banyak gak muncul lagu-lagu semangat. Lagu hall of fame ngan lagu apa entah satu lagi. Sampai tahap aku denga lagu tu kot untuk naikkan semangat. Aku ni cepat berair mata. Anak bongsu tak penah kena marah ngan laki. Entah. Mungkin tu la sebabnya kot. Ato aku memang spesies berair mata hehe. Ada gak sekali aku berair mata. Tapi after that day dah memang tekad gile ah tak nak putus asa. Maka aku lulus ujian memandu dengan jayanya hanya sekali ujian ;)
Tapi cerita aku tidak habis hanya di situ. Sebab aku takde kenderaan sendiri dan kewangan sendiri pon nan hado. Aku bia je lesen P aku jadi hiasan lam beg duit. Aku takut nak guna keta orang lain takut apa-apa jadi duit nak korek mana kan. So 2 tahun gak ah lesen tu terperap camtu. Dan oleh sebab aku konvo dan kakak aku yang lovely nak beli keta baru yang besaq skeet sebab nak bagi angkut semo mak kakak aku yang sulung dan anak-anak buah. Maka aku sambung bayar keta kakak aku yang dulu. So aku da ada keta! Yeyyyy. Haha
So alasan takde keta sendiri terhapus begitu sahaja. Nak tak nak kena pegi keja ngan keta gak. Kalo tak buat apa bayar bulan bulan bro. Rugi r. Huhu. Tapi nasib baik tempat keja masa tu dekat je. Jalan strait je. So boleh biasakan diri. Aku eksyen tak nak orang ajar sebab aku tak nak kena marah haha. Aku belaja sendiri. Pastu ada budak tempat keja aku tego aku cara aku memandu bahaya. Berdesing gak telinga aku tapi memang betol pon apa yang dia bagitau. Haha. Thanks to her btw hehe. Kakak aku ada cite gak cara-cara pemanduan selamat huhu. Aku takut gile nak masuk parkir. Takut makan dua kotak parkir. Haha. Aku lak jenis cepat gelabah and nak cepat ajo. Haaa bahaya kan. Then aku takut sangat kan takut apa-apa jadikan. So yang aku takut tu memang dapat. Dapat cikgu garang dapat apa-apa jadi huhu. Dah takdir kan. Nasib aku da matang sket dapat fikir setiap kejadian ada hikmah hehe.
Kakak aku sorang lagi lak salu gak ajak aku gi sana sini mentang-mentang da ada keta huhu. So terpaksa berani kan diri pegi sana sini. Dulu-dulu memang takut gile nak masuk highway. Tak reti nak tengok side mirror. Nak tengok orang bagi jalan ke tak. Kena ada co-pilot hehe. Dan kebetulan aku tukar keja. Dapat keja yang jauh sket. So terpaksa tekadkan diri memandu jauh. Alhamdulillah. Takde la skang aku nak cakap aku pemandu hebat tapi memang tak sangka gile ah yang aku dapat memandu. Dapat masuk parkir tak makan dua kotak tu penting. Haha.
So apa aku nak cakap kat sini. Sebenarnya kite boleh je jadi apa yang kite nak sangat tu. Macam aku look up to female drivers so much kan padahal tanpa sedar ada je sifat tu lam diri aku cuma aku je yang tak sedar huhu. Aku percaya tekad+usaha+doa insyaAllah kita dapat buat. Kalo aku menempuhi masa-masa sukar masa-masa likes "aku tok leh nok wat ni huhu" ada gak aku ingat kisah pemanduan aku ni. Yang dari mission impossible ke mission possible ;)