Assalamualaikum dan hai. 3 & 4 bulan 5 haritu kitaorang ada dinner geng-geng Pharmacy UiTM Puncak Alam kat Primaland Port Dickson bagi meraikan kami-kami si senior final year ni ha yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi dalam bulan 7 insyaAllah. Doakan! :)
Ahhhhh malasla nak cite pepanjang. Ku biarkan sahaja gambar berbicara. Pictures will tell thousands words whether they are true or not kekekekeke.
Haaaa korang mesti pelik kan kenapa dinner kitaorang sampai dua hari? hihi. Begini ceritanya, masa kitaorang part 4 dedulu. Kitaorang reramai handle dinner untuk senior final year, jadi atas cadangan pengarah part 4 masatu kitaorang nak buat dinner kat luar untuk senior iaitu kat PD jugak. Nak buat dua hari sekali ngan family day. Jadi apa lagi tahun ini tiba giliran kami plak merasa dinner dua hari kekeke.
Pagi 3 mei tu kitaorang sampai terus tempek sunblock bebanyak. Kata malam tu dinner, makanya haruslah tidak mahu burn dek kerana UV matahari keke.
Haaaaa apalagi tengok air terus tak ingat ape-ape dah, main sampai gatal-gatal badan haha. Aku ni hobinya suka termenung. Pelik kan hobi aku? Tapi termenung bleh menggembirakan aku. Aku rasa tenang. Pelik tapi menggembirakan dan tenang. Takpela ek hihi. Jadi aku memang suka sangat dok kat belakang air terjun sambil termenung dahla rabun tak pakai spek kan lagi syoq. Kalo bleh dok satu hari pon takpe.
Nampak sotong besaq tu? Tu tempat bebudak sebenarnya. Ahhhhhh kitaorang bantai je ada kitaorang kisah hihi. We have rights as customers ok. Kata customers always right hehe.
Beristirehat. Termenung lagi. Haaaa kan dah kata termenung tu hobi aku kekekeke.
Makan tengah hari buffet uolllsss pastu dah dapat kunci bilik naik bilik tengok-tengok bilik tapi bilik takde bilik dalam tu dan agak panas sikit tapi malam sejuk jadi agak banyak beristighfar jugak sebab bilik air ada satu cermin pon ada satu kat luar dan satu dalam bilik air. Haaaa mampu korang faham ayat aku kat tepi sebelah kiri ni? haha. Pastu kitaorang turun rehearsal. Inilah pintu gerbang kami. Masa rehearsal pon dah begambo kehmain hihi.
Persembahan malam tu sahngatttttt awesomeeee okehhhhh! Good job juniors and kitaorang hihi. Juniors sangat-sangat-sangat kreatif especially dance in the dark (aku yang pepandai bagi nama) and videos parady! We are the happy seniors =) Persembahan kitaorang pon apa kurang hebatnya hihi. Kitaorang reramai 161 orang tu main cup songs. Banyak kali gak kitaorang belatih. Pastu persembahan nyanyi combine gitar combine sajak. Haaa mampu? Video kitaorang pon sahngat kreatif ok. Tak caye cari kat youtube happy by 9th generation. Persembahan yang lain pon best. Ahhhh overalll best gile la persembahan malam tu =)
Haaaa gamba ni macam potret family kan? Sebabnya nila housemates kite. Bergelak ketawa bersama-sama. Menyimpan rahsia bersama-sama. Memang kalo nak cerita rahsia kat kitaorang memang boleh cayela haha. Rumah kitaorang cantik dan kemas tau hihi (tetiba). Memula tu aku macam drama queen jugakla biasala budak baru nak up haha ayat cover sangattt. But we fit each other very well siap wajib sambut befday setiap orang ok for these four years =)
Cantik kan gamba ni? Kat dalam blog ni aku behave sket hihi kalo kat luar skripnya akan berbeza sedikit ye. Kitaorang tak guna camera 360 pon tau jangan salah faham tapi kitaorang guna kamera fon samsung la haha. If you know what i mean :p
With our coolest mentor everrr hihi. Kalo buat perjumpaan mentor mentee memang tak sah kalo tak kering gusi pastu dapat mengalas ke memenuhkan perut ke hihi. Sangat pemurah mentor kami suami isteri. Kami doakan semoga encik hisyam dan puan noreen dimurahkan rezeki dan selalu dapat apa sahaja yang terbaik yang diinginkan =) Haaaa cepat reramai amiiiinnnkan.
Btw, aku tidak pasti untuk gembira ato sedih tengok aku dalam gamba ni. Gembira sebab nampak kurus. Sedih sebab nampak cam tak cukup zat. Patutla mek asyik suruh aku makan bebanyak setiapkali balik rumah haha.
Haaaa ni diaaaa. With frimmerzz cantik dan osem hihi. Kitaorang start rapat masa buat praktikal sesama kat frim. Sebab tu we call ourself frimmerzz. Kitaorang memang satu kepala gile. Havoc sangat kalo dok sesama haha. Masa tu sedih gile sebab tak dapat praktikal kat Kelantan tapi rupanya inilah hikmahnya. Alhamdulillah ;*
With my fypmate hihi. Memang susah senang bersama sangat masa buat fyp dulu. Aku demotivated, dia upmotivated aku and vice versa. Sempat borak dari hati ke hati lagi ecewahhh sepanjang buat fyp bersama-sama. Mekwa looks so gorgeous that night ;*
Penatkan baca. Korang baca ke tengok gamba je ni? haha. After godek-godek gamba barulah brain ni pop up names orang itu orang ini yang aku tak ambik gamba berdua. Tetiba berasa amat perlu untuk bergamba berdua haha. Malam tu rasa cam penat jugele lepas habis dinner tu. Tak sempat nak fikir dah nak ambik gamba ngan sape lagi ngan sape lagi haha. Nasib baik cik thirah lalu depan-depan mata aku. Sempatla ambik gamba ngan cik thirah ni hihi.
Dengan kawan meronggeng pon ada satu je gamba berdua. Takpela cik nora. Nasib baik ada. Dah banyak sangat da gamba kite berdua kan (?) hihi. Dahla, tu jela.
Weiiii tetiba plak sdeyyyy sobsob :'| Masa tengok video memperkenalkan sorang-sorang kami 161 orang tu lagilaaa. Perghhhh ayat dia. We meet and know each other and we create memories then we need to let go ..... haa pepandaila sambung sendiri
Babai! ;* :* =* Assalamualaikum! =)