Thursday, 23 January 2014

Review Movies (The Croods + Pee Mak Phrakanong + Now You See Me)

Assalamualaikum. Cuti-cuti ni layan movie pon sedap jugak hehe. Tiga movie yang aku nak suggest kat korang adalah The Croods, Pee Mak Phrakanong dan Now You See Me.

1. The Croods

Cerita ini mengisahkan tentang satu keluarga, cavemen. Menghabiskan banyak masa di dalam gua siang dan malam, kalau keluar pon, keluar pergi mencari makanan. Gile challenging nak cari makanan dorang. Si ayah cuba melindungi keluarga dengan mengikuti semua pantang larang dulu-dulu. Tinggal dalam gua, keluar mencari makanan, dok dalam gua balik and don't try to discover anything and you'll be saved. Si anak, Eep, watak utama, as a teenager and try to rebel. Dipendekkan cerita, kawasan tempat tinggal dorang musnah. Si Eep terjumpa dengan sorang budak laki. Budak laki ni bijak, invent anything that he could to live. Masa dalam perjalanan mencari tempat tinggal baru yang penuh dengan cabaran tu, budak laki nilah yang menemani dorang dan menggunakan invasion dia tu. Dan si ayah masih dengan perangai lama, everything are dangerous. What happen next? Tengoklah! Hehe comey angat cite ni. It is a beautiful story ok ^^


2. Pee Mak Phrakanong

Haha cerita ni lawak gile ok! Dah lama rasanya aku tak ketawa besar camtu. Mengisahkan empat orang sahabat pulang ke kampung si Pee Mak ni after a war. Orang kampung cakap si isteri sudah meninggal, so kawan-kawan si Pee Mak ni cuba nak bagitau kat Pee Mak yang isteri dia tu hantu. Dalam nak bagitau tu, pelbagai cara digunakan dan kekeliruan berlaku. Siapa sebenarnya hantu? Haha tu korang kena tengok sendirilah! Kalut gile kot cite ni dan tu yang membuatkan cite ni lawak. Lawak genius kot bukan lawak bo**h =) Oh kalo korang minat si P'Shone dalam cite first love tu, si Pee Mak tu adalah P'Shone. Pandai dia belakon sampai tak kenal langsung itu adalah P'Shone.


3. Now You See Me

Mengisahkan tentang empat orang magicians yang terkenal dan dorang siap ada show sendiri. Dorang rompak bank dalam satu show ni. Dari situlah si polis cuba mencari bukti untuk jatuhkan hukuman kepada magicians ni. Dan si magicians ni terus melakukan kesalahan dan si polis pon terus memburu mereka. Apa motif magicians ni? Ha kenalah tengok sendiri uollss. Kalau korang suke unexpected ending, sesuai sangatlah haa cite ni kat korang. Aku pon suke jugak unexpected story tapi cite ni betol-betol unexpected, geram plak braso hihi.


Bye! ;*

Tuesday, 21 January 2014

Why do I blog?

Assalamualaikum. Hehe sorila. Tajuk entry aku selalu dalam bahasa inggeris tapi isi mestilah dalam bahasa melayu komunikasi. Bukan apa, epik plak rasanya kalau tajuk entry aku berbunyi "kenapa saya memblogkan diri" atau "kau nak tahu ke kenapa aku tulis blog" atau "kenapa saya terjebak di dalam dunia blog". Hehe epik bukan?

Kenapa? What else! Sudah tentulah minat yang mendalam di dalam dunia blog ni. Aku suka sangat berkongsi perasaan gembira, terinspirasi aku ngan kawan-kawan. Aku ni suke tengok movie, kalo ada movie yang best-best, mesti berbuih-buih mulut aku suggest movie tu kat housemates and kawan-kawan rapat sehingga mereka cemuih mendengarnya. Oleh itu, untuk mengelakkan dorang cemuih dengan kata-kata aku, eloklah aku berkongsi suggestion aku ni kat blog. Hati senang mereka pon gumbira hihu ;p

Then, aku suke sangat ngan sis Bubzbeauty and kak Fatin Liyana. Sis Bubzbeauty is a blogger and vlogger. Tapi aku lagi suke tengok video beliau. Dan macam aku cakap sebelum ni, thanks to her, i'm much inspired by her to have a blog =) Aku ni malas betol nak baca blog orang, baca pon tak pernah habih, panjang-panjang plak dorang tulis tapi bila baca blog kak Fatin Liyana, satu perkataan pon tak tertinggal. Tak sangka aku beroleh kegembiraan sebegitu rupa dengan membaca satu blog hihu. Jadi, betullah cara penulisan aku terinspirasi dari kak Fatin Liyana.

Tapikan tapikan. Bila aku mula berfikir untuk mempunyai blog, aku takut sangat dengan persepsi masyarakat kepada aku selepas dorang baca entry-entry aku ni. Apa dorang akan cakap dan fikir tentang aku. Dalam kata lain, it's all about judgemental. Ahhh i cannot stand this. Konflik dalaman berlaku. Aku nak sangat ada blog tapi aku takut sangat dengan apa orang akan fikir pasal aku. Then, aku tanya diri aku sendiri kenapa aku takut sangat dengan persepsi masyarakat ni? Fikir punya fikir, tada! sebabnya aku ni pon sendiri seorang yang judgemental dulu. Kiranya aku takut dengan bayang-bayang sendirila. Tsktsktsk. Kesiannn. Sape suh pepandai jadi judgemental sahngattt kan. Benarlah bak kata tajuk lagu abang JT "what goes around comes around". I believe in you abang Justin Timberlake hehe :*

hepi first anniversary blog! muahh. Walaupon 9hari lagi hehe.
Tak sangka sudah setahun kita bersama =)

Friday, 3 January 2014

A Must Watch Video to Begin 2014 with..

Assalamualaikum. Haritu kawan aku ada cakap yang aku ni bleh jadi kaunselor. Senang menceritakan masalahnya kepadaku katanya. Waa tak sangka juge berguna jugak aku ni kepada agama, bangsa mahupun negara heuheuheu (amboi enkau feelin lelebih nampak). Tapi kawan aku sorang tu jela yang penah cakap cenggitu, yang lain takde pon heuheuheu.

Sebenarnya aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Btw, kenapa aku rasa ayat ni pelik. Kenapa aku yang dulu bukanlah yang sekarang? Macam terbalik je. Bukan sepatutnya aku yang sekarang bukanlah yang dulu ke? Kan? Haha

Kenapa aku yang sekarang bukanlah yang dulu? Ofkoslah sebab aku dah matang sket. Kalau dah tua sedemikian rupa tapi tak matang-matang jugak walaupon sedikit, memang sia-sialah umur enkau tu hihi. Amboi kasau nampok ayat ;p

Dan salah satu sumber kematangan aku adalah dari dunia youtuber. Pelik kan? Tetapi benarrr hehe. Semenjak aku mengenali dunia youtuber ni, aku suke sangat dengan bubzbeauty. She inspired me a lot! Aku adore sangat dengan dia :) Rasa macam ada sorang lagi kakak yang dekat oberseas yang tidak pernah diketemuin hihi. And she is one of the reasons why i blog besides my own interest. And this video is one of the best video that she ever made.

Presenting to you dealing with negative people by bubzbeauty :) chill n enjoys! :)


Such an eye opener kan? Seriously I learnt a lot from this video and this video even change my perceptions when i'm dealing with difficult situations, problems and people. Do watch with your heart. Ketepikan ego yang menebal tu :) Till then assalamualaikum :)

feel free to feel free! heuheu
And one of my revolution this year is kurangkan kepala angin! heuheu. Doakan! :)

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...