Wednesday, 25 December 2013

Favourate Product of 2013

Assalamualaikum. Dalam beberapa hari sahaja lagi 2013 akan melabuhkan tirai (ekeke cliche sahngatt ayat). Welcome 2014 and continue being more awesome in 2014 :)

Sepanjang 2013 ni, adala jugak beberapa produk yang macam best jee nak kongsi ngan korang-korang sayang semua hihi :)

1. Selsun Blue

gamba skema? oh tidak. ini gamba muka customer yang
hati girang selepas mempercayai keberkesanan selsun blue heuheu
Produk yang meng-ungguli carta saya pada kali ini adalah Selsun Blue! Aku ni suatu ketika dulu mengalami masalah kelemumur yang kronik (asal masalah je terus gam kronik, kalo nikmat takde plak nak kata kronik kan. manusia uolss hihi). Serius korang, masalah kelemumur aku ni menyebabkan aku takbleh study dengan tenang. Gatal-gatal di kepala menyebabkan aku menyangka adakah kegatalan dikepala ini disebabkan oleh sejenis binatang yang dipanggil kutu? Bila aku tengok orang ikat rambut kemas-kemas, aku plak yang rimas sebab aku bleh merasai kegatalan dikepala apabila rambut diikat kemas. Ha kronik tak kronik masalah kelemumur aku ni? Tapi alhamdulillah dengan izin Allah, lepas sekali je aku guna shampoo ni, terus aku dah merasai perubahannya. Gatal-gatal dah takde! Serius! Aku tak tipu! Tapi haruslah shampoo rambut setiap 2 hari sekali dengan shampoo biasa pon bley. Dengan selsun blue 2 kali sahaja seminggu.

2. Watsons Green Tea

cc: missnockie.blogspot
Aku ingat lagi masa tu aku exam. Dah tak macam oranglah kan exam, minum nescafe, stress, tido dua jam je (sebab stud last minute). Jerawat naik takyah citelah. Pastu aku pi menggalakkan ketumbuhan jerawat dengan sambung stay up tengok cite korea Faith selepas tamatnya exam. Pastu bila muka dah teruk, terus insaf pakai mask green tea ni. Cool gile weh. Jerawat yang begitu besau-besau tetiba mengecut di keesokan hari. Lagipon mask ni jenis mask yang moisturize giteww bukan yang jenis kering yang menarik minyak. Kalo yang moisturize cenggini memang syokla pakai sebabnya kulit akan rasa cam lembap sangat seperti dimasukkan air hihi. 

3. Simple Facial Wash


Aku stat guna pencuci muka simple ni bila pencuci muka laneige aku tertinggal masa attend wedding kat Tengganu. Since simple claim they are sensitive skin experts, 100% soap free, no artficial perfume or colour, why not aku trylah kan. Almost dua bulan dah kot aku pakai pencuci muka ni. I'm satisfied! hihi. Kalau dulu-dulu jerawat besar-besar naik kat muka and they will last for 1-2 weeks tapi lepas aku pakai simple ni, jerawat beso tu naiklah jugak bila TERsalah makan (TER sangat) atau aku tak jaga rutin penjagaan kulit tapi they will last for 2-3 days je. Impressive kan! Harga pon murah rm20 jewr.

4. Laneige Power Essential Skin Refiner Light


Ahak! Power sangat ini toner. Aku suka sangat toner ni sampai tahap tak sabar nak pakai lepas cuci muka heuheu. Syiokk! Bila letak je atas kulit muka guna kapas muka, rasa macam liquid-liquid toner ni berlumba-lumba nak masuk dalam kulit i hihi. Tapi harga toner ni mahal sikitla. Kalau beli kat sasa online murahle jugak beza rm10-20 cenggitu. Lagi satu pastikan korang guna kapas muka bila memakai toner sebabnya bila aku usha-usha blog cite sal SK-II, penasihat dia cakap toner will be distributed well on all over skinface(?) by using cotton compared to palm. Dorang siap ada mesin nak lihat kesemarataan guna kapas and telapak tangan. So siapalah i untuk menidakkan kenyataan mesin itu ihuk!

5. Bio essence miracle bio water

Gangster ngat muka hang!
Aku suka sangat kalo produk kosmetik yang spray-spray macam ni sebab aku malas nak cuci tangan dan tunggu tangan kering. Fresh plak tu. Kadang-kadang bila malas sangat nak pakai toner and moisturizer lepas cuci muka sebab moisturizer aku berminyak tapi apakan daya taknak membazir terpaksalah aku menghabiskan moisturizer itu jugak, aku pon kasi spray ini miracle bio water sebab taknak kasi muka bare macamtu je lepas cuci muka.

6. Gel eye mask

hihi inilah gambau yang i letak kat instagram i key_laugh
Yang gel eye mask ni setakat ni takde lagi produk faverat aku. Cumanya aku nak bagitau yang bila pakai eye mask ni, ghupanya ada jugak perubahan lingkaran hitam bawah mata i ni. Dulunya hitam legam namun kini sudah bertukar menjadi kelabu taik ayam. Tapi kena konsisten la. Dalam seminggu kena sekali pakai. Tapi iolss terpaksa berhenti memakainya sekarang sebab budget uollss. Boleh tahan mahai jugak. Rm10 dua eye mask. Bankrupt jadinya hihi.

Oklah babai assalamualaikum jumpa nanti 2014 muah :)

Friday, 13 December 2013

Pegi Big Bad Wolf

Assalamualaikum. Hai. Sabtu minggu lepas aku pegi big bad wolf. Beria sangat sampai aku sanggup pegi sana dengan menaiki kenderaan awam. Okla at least aku dah pandai naik komuter ok hihi. Thanks nora dan adik nora sebab temankan aku dan bawak buku aku yang banyak itu hihi.


Best koranggg. Rambang mata dibuatnya. Murah-murah je. Mostly semua buku rm8 je. Rm6 pon ada. Eee mana nak dapat semurah itu? Sudah tentulah hanya di big bad wolf ekekeke. Yang paling mahal aku penah jumpa pon Rm20. Tu pon buku kulit tebal yang macam ensiklopedia tu. Kalo novel aku tak tengok plak. Aku tak suke sangat baca novel ok hihi. Suke bebeno mak dibuatnya. Ikut hati memang nak beli banyak lagi buku namun ku sedar sudah hujung sem kocek pon dah nipis naik kenderaan awam plak tu. Sape plak yang nak bawak buku aku bebanyak cenggitu eceh!

Tapi kalo korang nak cari buku agama, susah sketla sebab tak banyak. Kalo korang expect buku tu buku terbitan terbaru, maafla. Anda salah. Yang paling latest yang penah aku jumpa pon terbitan 2012. Mostly 2011-2006 gitew.

me feel alive eceh!
Tadadada! Inilah hasil yang aku dapat. Korang mesti risaukan kena beratur panjang nak bayar tu kan? Korang takyah risauu, kaunter bayaran banyak gile. Aku tunggu dalam 5-10 minit je nak bayar. Okla aku amek tetengah, dalam 7minit cenggitu je. Memang ramai orang, penuh tapi sekejap je beratur sebab kaunter banyakkan. Haa! apa tunggu lagi? Dah nak abes da ni. Tinggai 2 hari je lagi. Grab the chance bebeh! Cepat-cepat ke The Mines tingkat 4 east door. Ha aku dah siap bagitau korang kat mana BBW tu. Dah takde alasan lagi hihi.

Babai :p Aku nak pi sambung tengok runningman ep 175. Tadi tunggu loading sambil update blog ni. Gong yoo ok jadi guest! Waaa fan-girl mode on! ^^ Gong yoo yang mana? Yang coffee prince tula uolllsss. Yang hensem macho lagi charming itu ihik <3 *feelin love*~ Bai!

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...