Saturday, 31 August 2013

Cuti Sem 6 + Review movies

Assalamualaikummmmmmm. Home sweet home bebeh. Sampai je kat umah terus ngap nasi kerabu. Nasi kerabu di pagi hari dibumi kelantan. Heaven.

sori la gamba google je. tak sempat nak snap picture sebab masa aku menatap nasi kerabu,
terus tak ingat apa dah. ingat nak makan jew haha

Praktikal aku dah habis wei. Itu hari aku praktikal kat HTC, FRIM, Kepong. Best woo. Thanks abang-abang dan kakak-kakak kat HTC. Abang-abang and kakak-kakak cweeet sangattt. Thanks jugak kawan-kawan praktikal. Everyday always have a big laugh. Enjoy sesangat :p

unfortunately, tak semua orang ada dalam gamba ni :(
gamba kak wani (our sv) ada dalam tefon kawan :(
gamba ni pon aku amek dari fb. kawan upload :p

Disebabkan aku praktikal nun jauh disana, jauh dari desa kampung yang permai malah yang paling penting jauh dari ibubapa tercinta, aku banyak mengisi kekosongan hati dengan menengok movie. mehmehmeh. Dalam banyak-banyak movie yang aku tengok, aku nak buat review cite G.I. Joe and Warm Bodies. Aku tau cite tu dah lama tapi bia ah aku nak buat jugak review :p

G.I. Joe ada dua.

1. G.I. Joe Rise of Cobra

Obviously aku ni a big fan of fast furious especially fast furious 5 & 4. Dan aku rasa takde cite lain yang boleh menandingi ff5 & ff4. Ahaa aku tau ayat aku ni cam taksub sangat ngan ff, ha what do u expect from fangirl's ayat haha.

And after aku tengok cite G.I Joe Rise of Cobra, aku pon cakap "wooo this is it! cite ni la yang setanding ff5! cool gile." (ahha ayat fangirl lagi). Sepanjang cite tu, aku dok asyik cakap "cool" aja.

Sinopsis: Cite dia pasai satu orang cipta satu senjata yang power gile. Bila senjata tu melekat kat besi, terus senjata tu makan besi-besi tu nonstop. Satu pasukan askar ni akan hantar senjata tu ke satu tempat yang selamat and otw tu senjata tu kena rompak. So, G.I Joe la yang menyelamatkan keadaan.

Tapi satu halnya, aku tak tahu kenapa aku rasa cite ni panjang. Pening kepala aku tengok cite ni haha. Aku bagi 4.9/5 bintang. 0.1 sebab aku rasa cite ni panjang sangat.

2. G.I. Joe Retaliation

Cite ni pon ok la. Not bad. Aksi dia best. As expected from G.I. Joe. Tapi jalan cite dia biasa-biasa saja.

Sinopsis: Dia cite pasai nak amek senjata nuklear dari penjahat. Itu sahaja mehmehmeh.

Lagipun, Duke awal-awal dah takde. Tu yang tak berapa nak ohsem sangat tu ahak! :p Bintang 4.6/5. 0.4 sebab typical story.

3. Warm Bodies

Ok kalo korang nak cite yang ala-ala romantik and comel-comel. Tengok la cite warm bodies. Comey giler zombie tu, hensem! Tapi hensem masa jadi zombie je. Lepas dah tak jadi zombie dah tak comey dah lol.

Sinopsis: Zombie bertukar jadi manusia sebab zombie tu dah jatuh cinta dengan manusia. ahak! comeyyyy ^^

Bintang 4.8/5. 0.2 sebab saje-saje aku tak nak bagi markah penuh :p

bye! home sweet home ^^

Saturday, 17 August 2013

Orang hodoh pon boleh jadi hensem/cantik

Assalamualaikum. Sorila kalo tajuk entry sentap sikit hehe. Saje nak buat gempak sikit mehmeh. Haritu bila aku dengar suara Nate Ruess (walaupon ejaannya ialah Nate tapi sebutannya ialah Net bukan 'nate' ye mehmehmeh) dalam lagu Just Give Me a Reason, suara dia memang appealing sangat. Terus iollls jatuh cinta dengan suara dia. Pastu aku bagitaula kat kawan aku yang suara Nate tu best, pastu kawan aku cakap "sura dia memang best, hensem kan dia." Pastu aku cam dah "ha? hensem?" Pastu otak aku dah tak boleh proses da haha.

Aku ada satu tabiat, bila aku suka certain lagu, aku akan tengok mv dorang. Pastu aku pon usha-usha la semua mv lagu yang Nate nyanyi. Tiba-tiba aku bersetuju ngan kawan aku yang Nate ni hensem. Hensem in term of charming and confidence. ahaa. Tak caya eh? Cuba korang tengok mv ni.


Dia cam tak control macho langsung. Confident! Confident dengan diri dia. Confident with the way he looks. Takdenya nak cover-cover macho ke hapa. All out. Seolah-olah cam dia nak cakap "ko kata aku tak hensem? So what? back off from my way!" haha. Pepandai je aku ni :p

So that is how orang hodoh boleh jadi hensem/cantik with the help of confidence. Actually, aku rasa semua orang kat dunia ni takde yang hodoh pon. Cuma kurang hensem/cantik tu ada la hehe. Perkataan 'hodoh' kat tajuk entry saje nak buat drama muehehe.

Mungkin masa kecik-kecik atau masa tak matured lagi memang rasa looks is a big deal. But after a while, we will accept the way we look. Cara kita puji orang pon berbeza. Bila kita puji "hensemnya orang tu". It could be maksud tersiratnya ialah "baiknya orang tu", "machonya orang tu", "confidentnya orang tu", "coolnya orang tu". Ha gitewww. 

Atau masa kita puji "hensemnya orang tu", maksud tersuratnya ialah memang orangtu hensem! After all, physical appearance mereka yang hensem/cantik semuanya datang dari Allah. Physical apperance yang cantik/hensem datang dari Allah, perangai dan character yang membuatkan kita hensem/cantik datang dari kita sendiri :)

Sunday, 4 August 2013

Memahami Bacaan Solat (doa iftitah dan duduk antara dua sujud)

Assalamualaikum. Adakah anda-anda sudah sampai di kampung halaman nan indah lagi suci? ehek! Bagusla kalau sudah sampai. Boleh menolong ibunda membuat ketupat dan rendang (awai bebeno ha buat ketupat dan rendang, kompem habis buat moreh lepas terawih hihu). Menolong kakak mengemas rumah. Serta menolong menseterika baju raya. 

Ah! Ini semua poyo. Semua itu masih awal lagi. Revolusi ramadhan nak memahami bacaan solat masih tidak terkabul lagi. Ayuh teman-teman! Ayuh teruskan usaha kita. Apalah makna raya kalau salah satu revolusi ramadhan tak tercapai. Tidak semua. Satu pon jadilah. Kita hanya manusia biasa. Mudah tergoda dengan godaan nafsu oh ho. Sebelum aku tersasar jauh dari tujuan sebenar entry aku ni, eloklah aku straight to the point bak kata omputih.

Doa iftitah

الله اكبر كبيرا
Allah Maha Besar

والحمدلله كثيرا
lagi sempurna kebesaranNya

وسبحان الله بكرة واصيلا
segala puji bagiNya Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang

اني وجهت وجهي للذى فطرالسمواتوالارض
kuhadapkan muka hatiku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi

حنيفا مسلما
dengan keadaan tunduk dan menyerahkan diri

وما انا من المشركين
dan aku bukanlah golongan dari kaum musyrikin

ان صلاتي
sesungguhnya solatku

ونسكي
ibadahku

ومحياي
hidupku

ومماتي
matiku

لله رب العالمين
semata-mata hanya untuk Allah seru sekalian alam

لاشريك له
tiada sekutu bagiNya

وبذلك امرت
dan dengan demikian itulah aku diperintah

وانا من المسلمين
dan aku termasuk orang-orang muslim (berserah diri)


Duduk antara dua sujud

رب اغفلي
ya Allah ampunilah aku

وارحمني
belas kasihanilah aku

واجبرني
dan cukuplah segala kekurangan

وارفعني
dan angkatlah darjat kami

وارزقني
dan berilah rezeki kepadaku

واهدني
dan berilah petunjuk

وعافني
berilah kesihatan kepadaku

واعف عني
dan berilah keampunan kepadaku

Honestly, aku tak berapa ingat pon semua bacaan solat ni. Aku amek alternatif tulis kat kertas memo pastu tampal dalam buku cite yang aku selalu bawak. Nanti kalau ada masa senggang, bolehlah jenguk-jenguk tengok. InsyaAllah bila dah tengok banyak-banyak kali, mesti tafsir ni tersemat disanubari kuikui. 


Selamat hari raya maaf zahir batin. Kalau nak suh mintak maaf personal, pm aku hihu :)

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...