Wednesday, 30 January 2013

Ibu dan anak

Semenjak anak-anak menetap dan melanjutkan pelajaran di luar negeri, mek aka ibunda tercinta kelihatan senantiasa dan selalu dan sentiasa risau akan kesihatan dan keselamatan anak-anaknya. Dari segi persepsi aku sebagai anak, aku berasakan yang mek terlalu-lalu-lalu risau pasal anak-anak beliau. Aku pulak yang berasa risau akan mek yang merisaukan diri mengenang nasib anak-anak. Oleh itu, dengan kasih-sayang yang mendalam daripada anak kepada ibundanya, aku tidak mahu mek terlalu risau tentang kami, maka aku pun meluahkan isi hati yang telah lama terbuku ini :
Aku: "Mek tok payoh la dok bimbe ko adik. Adik besar doh eh, boleh jago diri sediri". 
(Mek tak perlu la bimbang pasal adik. Adik dah besar (la), boleh jaga diri sendiri)
Mek: "Lagu tu la mok nge anok gak. Besar setaro mano pon, dok sero bimbe jugok. Demo tok tahu lagu mano perasae mok mugo demo tok jadi mok lagi". 
(Macam tu la mak dengan anak. Besar macam mana pon, tetap berasa bimbang jugak. Awak tak tahu macam mana perasaan mak sebab awak tak jadi mak lagi)
Aku: (...) Kata-kata itu membuatkan aku berfikir sejenak dan terus menginsafkan diri :)


Assalamualaikum

Assalamualaikum pembuka kata buat pengenalan kepada blog saya. Impian saya semoga blog ini dapat memberikan "sesuatu" kepada sesiapa sahaja. Impian saya yang lain semoga blog ini tidak akan bersawang di kemudian hari. Sekian sahaja pembuka kata. Sudah cukup panjang rasanya. Ada jodoh dan umur yang panjang semoga kita bakal bertemu lagi :)

Keperluan ke Hospital (improvised version)

Assalamualaikum. Alhamdulillah aku selamat delivered baby girl on 2 April 2018 ") Priceless experiences :) So of course lah kan be...