Assalamualaikum. Yes tajuknya memang Lombok 2017 sebab kemungkinan besar aku akan pegi lagi. InsyaAllah. & untuk mengelakkan ke-konfiusan better aku letak tahun heuheuheu. So tanpa membuang masa, aku terus bagi korang itinerary ke Lombok eaaaa. Aku gi 23/1/2017-27/1/2017.
Aku gi untuk honeymoon so memang santai gile.
Rp 1M=RM 332
23/1/2017 (Isnin)
Flight kol 8.35pagi-sampai kol 11.45pagi.
Gi makan tengah hari the famous Ayam Taliwang kat Lombok at Nada Ayam Nyaman, Mataram Rp 234,300 (3 orang).
Terus ke jeti untuk ke Gili Trawangan. Penat kan 3 jam dalam flight so memang aku decide untuk rehat 2 hari kat Gili Trawangan. I know me well, aku naik flight 1 jam pon satu hari jadi xde mood, ini apatah lagi 3 jam hehe. The famous Gili kat lombok ada tiga sebab tiga-tiga Gili ni dekat-dekat. Gili Trawangan, Gili Air & Gili Meno. Aku & husband naik fast boat amek ulang-alik Rp 240,000. Katanya Pak Rahman, sekarang fast boat xmacam dulu, dia xyah tunggu penuh baru gerak. Sekarang dah sampai jadual, terus gerak. Gitewwww.
So the gilis ni kan bebas dari asap. Kitaorang naik cidomo satu hala Rp 150,000. Ombak Sunset sangatlah jauh. Memang kena naik cidomo ni lah. Sampai Ombak Sunset sewa dua malam Rp 2,550,000. Sangat niceee. Staff manyak senyum, depan pantai cantik, pool cantik, breakfast sedap kecuali bilik dia lain macam maybe sebab dapat hujung & xrasa sangat air-cond kalau panas & air panas xjadi.
Dinner kitaorang order makan kat bilik je Rp 195,000.
24/1/2017 (Selasa)
Ambil pakej sekali breakfast yum2 sedappp. Jalan-jalan kat tepi pantai main buaian. Nice gile view depan pantai Ombak Sunset.
Sewa basikal Rp 150,000 untuk 24jam. Makan petang air kelapa & megi goreng Rp 75,000.
Ada photographer depan buaian Rp 300,000 sekali ngan cd. Tapi ni gambar ngan kamera aje.
Dinner kat Ombak Sunset Rp 298,000. Sunyi je malam macam takde orang. Semua gi kat area jeti kot. Kat sana meriahhh.
25/1/2017 (Rabu)
Bye-bye Gili Trawangan. We are sedih. Walaupon kitaorang tak buat apa sangat kat Gili Trawangan, memang xpuas dok sini. Atau maybe kitaorang xpuas sangat dok situ sebab xbuat apa sangat (?). Hmmmmm. Naik cidomo ke jeti Rp 150,000.
Off to Senggigi. Bot kol 12.05tgh.
Masa otw nak gi Sunset House Senggigi, ada 2,3 tempat gak untuk benti amek gamba. One of them Malaka. Kitaorang beli baju 12 helai Rp 400,000 kat van kat Malaka. Murah gileeeeeee. Naseb beli banyak.
|
Gamba ni singgah amek gamba kat Vila Hantu. |
Hotel Sunset House untuk 2 malam sekali breakfast Rp 1,900,000. Mahal sket sebab amek sea view. But nice gile bangun-bangun dengar ombak. Tak picky sangat kat hotel ni sebab xsempat pon menikmati sebab kol 9 pagi dah kuar.
Next destinations are Air Terjun Benang Kelambu, Air Terjun Benang Stokel & Air Terjun-aku lupa nama apa-sebab xpernah dengar. Niceeeeee gile. One of a kind. Yang air terjun yang aku xpernah dengar nama tu katanya guide, orang putih ramai wat aksi terjunan. Tapi petang tu xramai orang sebab baru lepas hujan.
|
Air Terjun Benang Kelambu |
Kalo korang hikers maybe tak perlu sewa speda (macamtu ke eja motor kekeke). Tapi agak jauh gak lam 30minit jalan pon boleh tahan gak naik turun. Nak naik dari air terjun benang kelambu ke atas ke jalan boleh lalu motor pon mak tercungap-cungap. Rp 250,000.
Balik dinner kat Sunset House Rp 352,000. Kuar makan jagung bakar kunun nak amek gamba tapi xnampak apa gelap hehe. Sebab ada satu tempat kitaorang malas nak benti amek gamba kat situ tengah hari tadi sebab panassss gilee huhu. Cun gak sebab dapat tengok bot2 banyak-banyak otw nak gi Sunset House.
26/1/2017 (Khamis)
Awal pagi bangun siap-siap nak gi Pulau Pink kol 9 pagi. Btw, subuh awal sangat kol 4.40 pagi huhu.
Sampai kat jeti ke Pulau Pink lam kol 10.30 pagi. Tukar baju semo bertolak lam kol 11 pagi ke Pulau Pink. Yang ni agak mahal sket Rp 1,000,000 satu bot include sekali ajar snorkeling ngan makan tengah hari. Best gak makan tengah hari nasi, ketam, udang, sotong, ikan bakar, sayur. Niceee. Aku baru perasan lepas cite kat mek yang makanan semua best-best kecuali yang aku salah order. Haha k bai.
|
But first belajar snorkeling dulu. |
Kitaorang memang xplan langsung nak belajar snorkeling but since dah masuk dalam pakej. Have to. Tapi naseb bek gak cetek je siap dapat tengok coral lagi. Niceee. Oh bagi perempuan jangan lupa bawak sarung tangan sebab yang ajar tu memang laki-laki.
Pulau Pink 1
Bendanilah yang menyebabkan pasir pantai ni seolah jadi pink. Tapi masa aku gi haritu xdelah pink sangat pon haha. Guide kata masa pagi & petang nampak pink. Idok tahu lah kito.
Pulau pink ada 3. Kitaorang gi Pulau Pink 1 & 3 je sebab pink 3 dekat sket ngan pink 1. Pulau Pink 2 & 3 lagi nampak pinknya. Tapi pink 2 & 3 xde orang jaga.
Nampak takk pasir dia ada campuran ketul-ketul kecik warna pink?
Dari Pulau Pink 1 korang boleh sewa motor Rp 150,000 ke Tanjung Poki.
|
Otw balik jeti |
Siap ada kabel letrik gi kauu. Siap ada orang mancing tengah laut gi kauu. Siap boleh jalan-jalan atas pasir gi kauu sambil mancing. Hehe.
|
Excited nampak lepas usik kite ngan diriku tapak sulaiman. |
|
Pulau Pasir |
Pulau Pasir ni bila air xsurut nampak cam tempat orang mancing tadi tulah. Tapi bila dah surut airnya, ginilah jadinya ;)
Sampai kat jeti lam kol 4 petang. Sempat gi Pantai Selong Belanak. View otw ke pantai pon cantikkkk gile. Dapat tengok bukit-bukau gunung-ganang real punya depan mata.
Balik pengsan(tido) hehe.
27/1/2017 (Jumaat)
Check out kol 9 pagi. Gi beli ole-ole makan. Beli sikit je takut xmuat beg.Kebanyakan ole-ole makan lam Rp 25,000 satu.
Then gi beli ole-ole kat Sasaku. Harga biasa-biasa tak mahal tak murah. Baju lam satu Rp 75,000. Dia cam kedai so xleh tawar-menawar.
|
Rp 16k-Rp19k satu |
Singgah kat masjid paling besar kat Lombok. Niceee. Menara tinggi gile kot. Siap ada lif gi. Tapi time ada acara je boleh naik.
Ke Desa Sukarara. Xbest sangat kat sini. Kecik. Kalo untuk amek gamba ok je lah.
|
Desa Sukarara |
Ke Desa Sade. Yang ni nicee sebab besar memang satu perkampungan. Guide dia pon bagus, penceritaannya bagus. Dorang ada kursus ke? Haha. Slang pon slang Malaysia. We are impressed. Tanya beliau, katanya belajar dari Upin Ipin. Femes weh Upin Ipin. Malaysia je Upin Ipin. We are proud ;)
|
Guide-slang Malaysia |
Kalo nak beli ole-ole better beli kat sini jugak sebab boleh tawar-menawar kan. Kalo dah beli ole-ole, boleh beli key chain je kat sini sebab cam unik gak. Kat Sasaku xde key chain bentuk camni. Pilihan key chain pon tak banyak kat Sasaku.
Ke Kuta-Mandalika. Kat Kuta pon banyak tempat menarik. Sekarang tengah dimajukan resortnya. Rasanya tahun depan Kuta ni dah jadi cam Senggigi. Tapi yang lemahnya Kuta je tempat budak-budak & jual kain semo ikut. Degil jugak dorang ni. Yang comel pandai cakap pon ada gak. Comel je dengar husband layan budak ni cakap. "Beli la pak Rp 12,000 aja. RM 4 aja". Katanya belajar ngan Upin Ipin gak hehe.
Makan tengah hari kat Kuta dekat ngan Pantai Kuta at Restoran Anda Rp 185,900 dua nasi goreng satu ayam bakar. Dah kenapa tiga nasi dua orang makan habis haha. Jumpa Safiey Ilias kat sana. Auwww.
|
Puteri Mandalika |
|
Geruaaa |
Pantai Seger
|
Cakkk |
Ke Bukit Meresek/Merese & Tanjung Aan. Bukit Merese ni dah cam kat negara eropah sebab bukit yang berumput.
|
Bukit Meresek |
Dari Tanjung Aan korang boleh sewa bot ke Batu Payung dalam RM 80++.
|
Husband & Pak Rahman |
Untuk supir korang boleh contact Pak Rahman +6281907806464. Wasap je. Boleh bincang lebih kurang. Satu hari Rp 500,000. Hari pertama jemput dari airport ke jeti Rp 350,00. Sediakan itinerary sebab korang nak book hotel kan.
|
Kot Pak Rahman nak buat testimoni haha |
Expectation:
23/1-25/1
Menginap di hotel Ombak Sunset di Gili Trawangan
25/1
Menginap di Sunset House di Senggigi
1. Pantai Selong Belanak
2. Batu Payung, Tanjung Aan
3. Tanjung Poki
4. Pink Beach
26/1
Menginap di Rinjani Lodge
1. Air Terjun Benang Kelambu+Benang Stokel
2. Pantai Nambung
3. Pantai Tebing
27/1
1. Desa Sade di Kuta
Realiti
23/1-25/1
Menginap di hotel Ombak Sunset di Gili Trawangan
25/1
Menginap di Sunset House di Senggigi
1. Air Terjun Benang Kelambu+Benang Stokel+Xingat Nama
26/1
Menginap di Sunset House di Senggigi
1. Pantai Pink 1 & 3
2. Pulau Pasir
3. Pantai Selong Belanak
27/1
1. Kota Mataram
2. Desa Sukarara
3. Pantai Kuta-Mandalika
4. Pantai Segar
5. Desa Sade
6. Bukit Meresek
7. Tanjung Aan
Boleh dikatakan lebih kurang samalah yang plan ngan yang jadinya. Cuma Pantai Nambung & Pantai Tebing xdapat pegi sebab jalan xcantik. Batu Payung & Tanjung Poki sebab xcukup masa & bajet. Bajet cukup-cukup je. Tak lebih langsung hehe.
#CIMB Niaga ada kat lombok. Xyah tukar banyak sangat
#kat Kuta murah je sewa motor 24jam Rp 50,000 tapi hati-hati kena amek gambar sebelum & selepas sebab kalo ada calar sket dah mintak ganti rugi
#awas musim hujannya sebab naik bot kan. masa gi haritu kerap gak hujan tapi alhamdulillah selepas selesai semua urusan baru hujan
#beli ole-ole hari last baru xover-bajet haha
#sekian